Menggunakan corak batang lilin bulis untuk dagangan

Batang lilin bulis adalah salah satu daripada 2 jenis batang lilin berbeza yang boleh digunakan untuk membeli saham atau instrumen kewangan lain dalam pasaran dengan cara yang tepat pada masanya dan secara strategik. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan batang lilin bulis dalam analisis teknikal? Dalam artikel ini, kami akan menerangkan asas menggunakan corak ini untuk dagangan dan juga memberikan sumber tambahan untuk membantu anda membuat keputusan belian dan jualan yang mempunyai potensi keuntungan.

Batang lilin bulis ialah bahagian yang penting bagi asas semua carta saham. Jika anda mempunyai soalan lanjut tentang batang lilin bulis, anda boleh menyemak semula salah satu daripada artikel berguna yang terdahulu sebelum meneruskan bacaan di sini. Namun, untuk mengingatkan semula perkara yang telah dibincangkan sebelum ini: batang lilin bulis terbentuk apabila pedagang (juga dipanggil sebagai pedagang bull) cuba menaikkan harga. Hasilnya, harga penutup lilin lebih tinggi daripada harga pembukaan. Lilin ini biasanya berwarna hijau atau putih pada carta harga.

Pasaran saham ialah persaingan antara pedagang yang menaikkan harga (pedagang bull) dengan membuka kedudukan panjang atau menurunkan harga (pedagang bear) dengan menjual aset mereka. Untuk meneroka pasaran yang dinamik, anda perlu mengetahui siapa yang mempunyai kelebihan pada masa anda berdagang untuk membuat keputusan dagangan yang lebih bijak. Anda tidak mahu membuat pesanan pendek pada saham apabila pasaran bulis dan mengetahui perbezaannya boleh memberikan kesan yang serius kepada portfolio anda.

Secara mudahnya, batang lilin bulis menjadikan anda menyedari tentang pembeli. Lebih ramai pembeli, lebih tinggi harga aset yang didagangkan. Corak lilin bulis terdapat pada setiap carta yang anda gunakan. Oleh itu, mengetahui cara membacanya adalah sangat penting.

Corak saham bulis memberitahu anda waktu saham berada dalam trend bulis. Dalam analisis teknikal, batang lilin bulis ialah barisan pertahanan yang pertama.

Pedagang menggunakan corak batang lilin bulis untuk mengenal pasti pembalikan trend dan membentuk bahagian yang penting bagi strategi analisis teknikal mereka. Menggunakan corak ini untuk berdagang sering dilakukan sebagai sebahagian daripada strategi FX, kerana corak ini memberikan petunjuk yang pantas tentang kemungkinan arah pergerakan harga pasaran yang selanjutnya — ini sangat penting dalam pasaran yang tidak menentu.

Corak Batang Lilin untuk Dagangan

Corak batang lilin bulis hanyalah sebahagian daripada strategi analisis teknikal. Ia biasanya digunakan di samping petunjuk volum – seperti RSI – yang boleh menunjukkan kekuatan trend.

Corak lilin bulis memberitahu pedagang bahawa pasaran akan memasuki trend menaik selepas harga menurun sebelum itu. Corak pembalikan ini ialah isyarat bahawa pedagang bull mengambil alih pasaran dan boleh menaikkan lagi harga – menandakan waktu untuk membuka kedudukan panjang.

Bagaimanakah cara membaca corak carta bulis?

Setiap batang lilin bulis harian menunjukkan data harga selama sehari dan terdiri daripada harga pembukaan, harga penutup, paras tinggi dan rendah hari tersebut. Warna badan batang lilin menunjukkan sama ada harga pembukaan atau penutup yang lebih tinggi. Formula yang sama digunakan pada setiap carta rangka masa yang anda lihat. Pedagang boleh menggunakan carta batang lilin dari lilin 1 minit sehinggalah lilin bulanan.

Corak lilin bulis boleh disahkan selanjutnya melalui analisis teknikal yang lain — seperti garisan trend, momentum, pengayun atau petunjuk volum — untuk mengesahkan tekanan belian. Terdapat banyak corak batang lilin bulis yang menunjukkan peluang untuk belian, tetapi terdapat beberapa corak saham bulis yang memberikan isyarat pembalikan yang lebih kuat.

Corak Carta Bulis?

Tukul Bulis

Tukul Bulis (Bullish Hammer) ialah salah satu corak yang paling popular. Ia diperhatikan di bahagian bawah trend atau semasa trend menurun. Maksud namanya diperoleh daripada lilin 'mengetuk' dari bahagian bawah. Ini ialah corak batang lilin tunggal dengan bayangan bawah yang panjang dan badan yang kecil pada atau sangat hampir dengan paras atas julat dagangan hariannya.

Tukul Bulis

Bullish Engulfing

Bullish Engulfing ialah corak dua lilin. Salah satu lilin mempunyai badan putih besar yang menyelubungi badan hitam kecil yang sebelumnya. Corak ini biasanya diperhatikan semasa trend menurun. Tidak penting untuk badan putih menyelubungi bayangan badan hitam, sebaliknya menyelubungi sepenuhnya badan hitam itu. Ini isyarat pembalikan bawah yang penting.

<i>Bullish Engulfing</i>

Tukul Terbalik Bulis

Tukul Terbalik Bulis (Bullish Inverted Hammer) terdiri daripada badan hitam disusuli dengan Tukul Terbalik. Ciri pentingnya ialah bayangan atas yang panjang dan badan yang kecil. Corak ini serupa bentuknya dengan Tahi Bintang Bearis ( Bearish Shooting Star). Namun begitu, Tukul Terbalik biasanya diperhatikan dalam trend menurun dan menunjukkan pembalikan bulis.

Tukul Terbalik Tahi Bintang
Tukul Terbalik, Tahi Bintang

Bintang Pagi Bulis

Bintang Pagi Bulis (Bullish Morning Star) ialah corak tiga batang lilin. Ia mengisyaratkan pembalikan bawah yang besar. Dalam corak ini, batang lilin hitam disusuli dengan batang lilin pendek, biasanya dengan jurang ke bawah untuk membentuk Bintang. Penutupan batang lilin putih ketiga masuk ke dalam badan lilin hitam sesi pertama. Ini corak bawah yang penting.

Bintang Pagi Bulis

Tiga Askar Putih Bulis

Tiga Askar Putih Bulis (Bullish Three White Soldiers) ialah corak yang mengisyaratkan pembalikan yang kukuh dalam pasaran. Terdapat tiga batang lilin normal atau panjang yang bergerak ke atas. Pembukaan bagi setiap hari agak lebih rendah daripada penutupan sebelumnya dengan harga secara progresif ditutup pada paras yang lebih tinggi. Penampilan yang berbentuk seperti tangga ini mengisyaratkan pembalikan trend. Pedagang perlu berhati-hati apabila mengenal pasti corak ini. Kadang-kadang, lilin yang terlalu panjang untuk menarik perhatian penjual pesanan pendek menyebabkan harga saham semakin menurun.

Tiga Tentera Putih

Ini ialah lima corak batang lilin bulis paling popular yang mengisyaratkan peluang untuk membeli. Corak ini dapat membantu pedagang mengenal pasti perubahan dalam sentimen pasaran di mana tekanan pembeli mengatasi tekanan penjual. Pembalikan trend menurun sedemikian boleh memberikan potensi untuk kenaikan yang panjang.

Namun begitu, corak saham bulis itu sendiri tidak menjamin bahawa trend akan membalik. Pedagang perlu menunggu untuk mengesahkan pembalikan dengan tindakan harga selanjutnya sebelum memulakan dagangan.

Menggunakan corak batang lilin bulis untuk dagangan saham boleh memberikan lapisan tambahan analisis selain analisis fundamental yang membentuk asas bagi keputusan dagangan. Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan carta batang lilin bulis dalam dagangan anda, anda boleh menyemak webinar kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Soalan Lazim

  • Apakah corak engulfing bulis?

    Ini ialah corak pembalikan dua lilin dengan lilin kedua 'menyelubungi' sepenuhnya badan lilin yang pertama. Panjang bayangan yang mengekor tidak berkaitan.

  • Bilakah corak lilin bulis terbentuk?

    Corak pembalikan bulis akan terbentuk dalam trend menurun. Jika tidak, ia hanyalah corak yang berterusan.

  • Adakah corak pembalikan bulis memerlukan pengesahan bulis?

    Ya. Corak bulis mestilah disusuli dengan pergerakan harga menaik dalam bentuk batang lilin berongga panjang atau jurang menaik dan disertakan dengan volum dagangan yang tinggi. Biasanya, pengesahan ini perlu diperhatikan dalam tempoh tiga hari bagi corak tersebut.

  • Bagaimanakah anda berdagang berdasarkan carta batang lilin bulis?

    Biasanya, pedagang mengambil kedudukan panjang apabila harga menembusi di atas paras tinggi batang lilin bulis.

Ketahui lebih lanjut tentang strategi dagangan dengan panduan berguna FXTM.

Scroll Top