Apakah Platform Dagangan Forex?

Platform dagangan forex ialah perisian dalam talian yang membolehkan pelabur mengakses pasaran pertukaran asing. Platform ini boleh digunakan untuk membuka, menutup dan mengurus dagangan daripada peranti pilihan mereka dan mengandungi pelbagai alatan, penunjuk dan tempoh masa yang direka untuk membolehkan anda memantau dan menganalisis pasaran pada masa nyata.

Platform dagangan seperti MetaTrader tidak membataskan anda untuk pertukaran asing sahaja — anda boleh berdagang pelbagai instrumen kewangan yang lain termasuk komoditi, logam berharga, CFD dan banyak lagi.

Broker yang menumpukan perhatian pada pelanggan seperti FXTM menjadikan platform yang termaju ini tersedia untuk dimuat turun secara percuma dan menyediakan sebarang sokongan teknikal atau praktikal yang mungkin anda perlukan.

Pilih platform dagangan untuk peranti anda

Salah satu kelebihan terbesar MT4 dan MT5 ialah kedua-duanya tersedia pada pelbagai pilihan peranti. Sama ada anda lebih suka untuk berdagang daripada peranti mudah alih, tablet atau PC, pilihannya di tangan anda!

Sistem Pengendalian Windows

Sistem Pengendalian Windows

Anda lebih suka untuk berdagang di meja anda yang selesa? Muat Turun MetaTrader pada PC anda untuk menerima set peralatan analisis teknikal yang lengkap. Tersedia untuk MT4 dan MT5.

Sistem Pengendalian Mac

Sistem Pengendalian Mac

Adakah anda pengguna Mac? Terokai pasaran kewangan pada komputer riba atau komputer anda. Ketahui cara untuk memuat turun MT4 dan MT5 secara percuma hari ini.

WebTrader

WebTrader

Anda mencari sesuatu yang ringkas sepenuhnya? MT4 dan MT5 dengan WebTrader – tidak perlu memuat turun! Anda hanya memerlukan sambungan Internet.

Android – Telefon Mudah Alih dan Tablet

Android – Telefon Mudah Alih dan Tablet

Jika anda pengguna Android, anda boleh mengikuti setiap pergerakan pasaran dengan memuat turun MT4 dan MT5 pada telefon mudah alih atau tablet pilihan anda.

IOS – iPhone dan iPad

IOS – iPhone dan iPad

Lebih suka untuk berdagang daripada iPhone atau iPad? Muat turun MT4 atau MT5 untuk iOS daripada Apple App Store. Percuma sepenuhnya.

Dapatkan lebih banyak manfaat daripada pasaran dengan FXTM pada MetaTrader

Jika anda telah memilih platform kesukaan anda, log masuk atau daftar untuk memuat turunnya sekarang - hanya akan mengambil masa beberapa minit.

Anda tidak pasti tentang versi yang sesuai bagi anda dan dagangan anda? Hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami yang mesra dan akan membantu anda dengan senang hati.


Scroll Top