Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
FXTM

Tentang FXTM

Pihak yang Berkuasa Global dalam Forex

Jenama FXTM mula-mula dilancarkan pada tahun 2011 dengan visi yang unik untuk menyediakan syarat-syarat dagangan yang tiada tandingan, pendidikan lanjutan dan alat dagangan yang termaju dalam industri forex. Hasil daripada tumpuan yang berterusan terhadap menyetempatkan produk dan perkhidmatan kami untuk disesuaikan dengan setiap pasaran, serta kerjasama yang berjaya dengan pasukan yang berbakat dan berpengalaman dari seluruh dunia, kini FXTM mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global.

Misi teras kami tertumpu pada komoditi yang paling berharga iaitu – masa. Dengan menghargai masa dan memahami kepentingan kecekapan dalam pasaran kewangan yang turun naik dan amat pantas, setiap keputusan yang kami lakukan direka bagi memastikan pelanggan dan rakan perniagaan kami, serta pasukan profesional kami menggunakan masa mereka dengan cara yang bijak. Laluan ini adalah berlandaskan tumpuan yang kukuh terhadap mendidik pelanggan kami. Pengetahuan adalah kuasa dan memperkasa pedagang untuk mendapatkan nilai-nilai yang terbaik untuk pelaburan mereka adalah keghairahan kami.

Tidak Pernah Berhenti

Anugerah

Pembekal Pendidikan Forex Terbaik di Afrika
Syarat Dagangan Terbaik
Broker FX Terbaik Asia
Anugerah: Broker Paling Inovatif 2018
Anugerah: Broker Forex Terbaik 2018 Rusia

Sijil

Sebagai rakan Let's Make Cyprus Green rasmi, FXTM komited untuk mewujudkan Cyprus yang menghijau.

Perkembangan & Detik-Detik Perkembangan

FXTM melepasi 1,000,000 akaun berdaftar

Terkenal sebagai broker global dengan sentuhan termpatan, FXTM mendahului dengan 1,000,000 akaun berdaftar – dengan lebih banyak pedagang baru setiap hari.

ForexTime UK Limited beroperasi di bawah nombor lesen 777911

FXTM terus meluaskan sayapnya ke seluruh dunia, dengan meraih lesen Financial Conduct Authority. Hal ini melengkapkan lesen-lesen bertaraf antarabangsa lain yang telah sedia dimiliki oleh jenama ini. ForexTime UK Limited beroperasi di bawah lesen FCA bernombor 777911.

Olga Rybalkina

Olga Rybalkina menjadi Rakan Kongsi Pengurusan dan Pemegang Saham Minoriti FXTM, menjadi sayap kanan kepada Andrey Dashin dalam pembangunan strategik FXTM. Nicholas Deftwerasn menjadi CEO ForexTime Limited, mengambil alih tanggungjawab pengurusan operasi syarikat.

Jameel Ahmad

Pasukan Penyelidikan Pasaran terus berusaha keras, dalam membekalkan komentari kewangan kepada para pengamal media terkemuka di seluruh dunia. Kejayaan jelajah media di Afrika Selatan dan Indonesia telah menjadi batu aras kepada imej kepakaran pasaran ‘di mana sahaja’ FXTM.

E-buku oleh Andreas Thalassinos

FXTM meneruskan komitmen mereka terhadap pendidikan pedagang, dengan mengeluarkan eBuku, video dan webinar percuma di bawah penyeliaan Ketua Jabatan Pendidikan FXTM, Andreas Thalassinos. Ebuku yang diterbitkan pada tahun ini termasuklah Bearish Japanese Candlesticks & Strategies dan Reach your trading potential: 50 successful traders habits’.

Produk & Fakta Penting

  • Pasukan Analisis Pasaran kami sentiasa menjadi sebutan dalam penerbitan antarabangsa utama, termasuklah BBC, CNN, CNBC, Bloomberg, The Wall Street Journal, Financial Times, Reuters dan Forbes.
  • Kini, FXTM menawarkan pembayaran balik 100% terhadap semua yuran deposit, sebagai sebahagian daripada misi kami untuk membekalkan klien dengan syarat dagangan yang tiada tandingan.
  • ForexTime Limited menjadi penaja utama dalam ekspo Forex Day yang cukup berprestij di Madrid.
  • FXTM menambah Konnexone sebagai salah satu kaedah pembayaran terbarunya, menjadikannya lebih mudah untuk klien dalam melakukan pengeluaran dan deposit dalam setiap cara yang paling sesuai buat mereka.
  • Pedagang kini boleh kekal maklum dengan berita dan produk terkini FXTM menerusi perkhidmatan pemesejan, Telegram.
  • Ketua Strategi Pasaran (Gulf & MENA) Hussein Sayed turut berucap sebagai panel pakar industri semasa mempengerusikan sidang kemuncak 5th Global Family Office Investment di Dubai.

Peneraju dalam Forex

Anugerah

2017: Best Customer Service Global
2017: Best FX Broker Asia
2017: Best Online Forex Trading Company of the Year Nigeria
2017: Forex Broker of the Year

Perkembangan & Detik-Detik Bersejarah

Sahara Force India

FXTM menjadi rakan kongsi forex rasmi pasukan Sahara Force India Formula One™, mengembangkan sayap mereka di peringkat global dengan penajaan sukan bermotor Peringkat Pertama. Sepanjang kempen 'Formula One. Dua Pasukan', FXTM dan Sahara Force India telah mempamerkan kecemerlangan mereka sebagai rakan kongsi dalam bidang masing-masing.

Dominika

Juara Tenis, Dominika Cibulkova menjadi wakil jenama FXTM sepanjang sesi WTA 2017. Kelincahan beliau ketika di gelanggang turut menyumbang kepada gaya di luar gelanggang serta sifat keanggunan yang menjadikan beliau sebagai rakan kongsi ideal bagi dua pasukan utama FXTM, dan juga pemimpin dalam bidang masing-masing.

Loyalty Programme

The FXTM Loyalty Programme gives clients more value for their dollars by reducing the cost of every trade. FXTM has re-invented its Loyalty Programme and designed it to help people save while they trade – up to $10,000 maximum savings! T&Cs Apply.

South Africa

Formula Dagangan Terunggul bersama Ketua Jabatan FXTM, Andreas Thalassinos, yang turun padang ke Afrika Selatan buat julung kalinya. Pasukan telah dibawa bertemu dengan para pedagang yang teruja dengan dagangan FXTM dan berhasrat untuk kembali dan berkongsi pengetahuan dan maklumat dalaman bersama yang lain.

Produk & Fakta Penting

  • FXTM telah mencapai tahap penanda aras baru dari segi klien dan kaedah pembayaran, dengan lebih 750,000 akaun berdaftar serta 45+ kaedah pembayaran.
  • FXTM Invest, salah satu daripada program salin dagangan terbaik dalam industri ini, kini menyaksikan kejayaan demi kejayaan. Kini tersedia dengan akaun dagangan ECN Zero dan ECN, dengan bimbingan lebih 1,800 Pengurus Strategi.
  • Pusat pendidikan FXTM terus menyaksikan kejayaan demi kejayaan dengan lebih 100+ webinar, eBuku baru, video dagangan forex singkat, dan juga artikel-artikel dalam pendidikan forex.
  • Alat dagangan yang unik dibangunkan oleh En. Thalassinos sendiri – Isyarat Dagangan FXTM dan Strategi Titik Pangsi FXTM – yang menggabungkan penanda popular dalam antara muka yang mudah bagi membantu pedagang untuk mengembangkan bakat dan strategi mereka.

Berkuasa dalam industri

Anugerah

2016: Best Sell-Side Analysis Contributor
2016: Top Customer Service Provider
2016: Best FX Broker

Pembangunan & Detik Bersejarah

Base Jump

FXTM bergabung tenaga dengan dua kali juara dunia, Atlet legenda lompatan BASE Red Bull, Valery Rozov, yang berjaya mencatatkan rekod dunia baharu dengan sokongan daripada FXTM. Dengan mentakrifkan semula batasan bersama Rozov, FXTM memberikan inspirasi kepada para pedagangnya untuk mempertingkatkan pengalaman dagangan mereka.

World Map

Pelan pengembangan global memperlihatkan ForexTime Limited untuk mendapatkan lesen Afrika Selatan baru pada bulan Julai 2016 serta pembukaan Cawangan UK pada awal tahun 2016. FT Global Limited kini membuka pejabat operasi baru di Armenia. Rakan kongsi FXTM juga turut membuka Pusat Latihan baru di Pakistan.

FXTM in the Media

Menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan aktiviti berkaitan media yang dikendalikan oleh Jameel Ahmad (Naib Presiden Pembangunan Korporat & Penyelidikan Pasaran), Prof. Andreas Thalassinos (Ketua Jabatan Pendidikan) dan Hussein Al Sayed (Ketua Strategi Pasaran) di seluruh dunia, FXTM kini terus melanjutkan sayap globalnya. 

PwC

Statistik Prestasi FXTM telah disahkan dan diterbitkan, demi penyampaian yang telus dalam pelaksanaan dagangan, pembukaan dan pembiayaan akaun - dengan angka yang disemak oleh PricewaterhouseCoopers Limited (PwC).

Products & Important Facts

  • MT5 yang terbaru datang dengan Opsyen Lindung Nilai yang telah lama dinantikan, kini tersedia untuk dimuat turun.
  • FXTM telah mencatatkan lebih 480,000 akaun berdaftar, yang menawarkan lebih daripada 30 kaedah pembayaran.
  • Akaun saham dengan pautan langsung kepada penyenaraian harga produk NYSE dan NASDAQ.
  • Program Ahli Gabungan Forex Termaju (untuk FXTM Partners), Promosi Rujuk Rakan dan Pengembalian Tunai Kesetiaan untuk FXTM, dan pertandingan dagangan baru.
  • Produk pendidikan terkini termasuk e-book & siri webinar terbaru daripada Prof. Thalassinos dan video pendidikan dengan John Jergeson (Learning Markets LLC)
  • Aplikasi ForexTime kini dengan naik taraf yang lebih berkuasa, untuk akses MyFXTM yang lebih baik.
  • Laman web utama dan MyFXTM kini tersedia dalam 18 bahasa.

Broker Global dengan Sentuhan Tempatan

Anugerah

2015: Most Promising Forex Broker
2015: Most Trusted Forex Broker Dubai
2015: Best Affiliate Programme
2015: Best Broker Eastern Asia, Including China
2015: Best Broker Online Forex Trading Middle East
2015: Forex Broker Fastest Order Execution
2015: Best Investor Trading Institution

Pembangunan & Detik Bersejarah

Europe Map

FXTM meneruskan pembangunan di negara-negara Asia dan berkembang ke Eropah, memberi tumpuan pada Kepuasan Pelanggan

Mobile App

Syarat-syarat dagangan FXTM antara yang terbaik termasuk spread mentah dan pelaksanaan yang amat pantas. FXTM kini boleh diakses melalui Mudah Alih dengan Aplikasi ForexTime yang boleh didapati di AppStore dan Google Plus

FXTM in the Media

Pasukan Penyelidikan FXTM mendapat pengiktirafan media utama: Bloomberg Malaysia, Bloomberg Indonesia, CNBC Arabia, Dubai TV dan Dubai Eye Radio. Forbes, CNN Money dan The Telegraph

Malaysian Training Center

Rakan Kongsi FXTM membuka Pusat Latihan baharu di Kuala Lumpur, Malaysia

Produk & Fakta Penting

  • FXTM disampaikan dalam bahasa anda! Laman web diterjemahkan kepada 7 bahasa baharu, kini boleh didapati dalam 16 bahasa keseluruhannya.
  • FXTM Invest memperkenalkan perkhidmatan salin dagangan yang inovatif dan mudah.
  • Akaun FXTM Pro baharu disesuaikan untuk pedagang profesional dan institusi.
  • Peningkatan yang besar bagi perkhidmatan sedia ada (WebTrader, 12+ pilihan pembayaran, pengeluaran segera, akaun didenominasi GBP dan MyFXTM reka bentuk baharu).
  • Video Kemas Kini Pasaran dikeluarkan dua kali seminggu daripada Pasukan Penyelidikan Pasaran FXTM.
  • Tinjauan Kepuasan Pelanggan menunjukkan keputusan yang menarik: Lebih daripada 80% responden sangat berpuas hati dengan FXTM; 92% akan mengesyorkan FXTM kepada orang lain!

Perkembangan Global Selama Setahun

Anugerah

2014: Best Partner Program Asia
2014: Fastest Growing ECN Broker Asia
2014: Most Educational Broker Best Forex Broker

Pembangunan & Detik Bersejarah

Asia, Middle East

FXTM mula berkembang ke Asia dan Timur Tengah. Satu rangkaian perkongsian yang meluas kini dibangunkan.

Events and Webinars

FXTM percaya dalam usaha Mendidik pelanggan – satu siri acara pendidikan luar talian dan webinar yang berjaya diadakan secara global sepanjang tahun.

Jameel Ahmad

Kejayaan yang besar dengan media – Usaha pertama daripada Pasukan Penyelidikan Pasaran yang baru dibentuk kini mendapat perhatian daripada media kewangan yang bereputasi tinggi apabila nama Jameel Ahmad telah disebut dalam Reuters, Financial Times dan the Wall Street Journal.

FXTM Tower

FXTM HQ berpindah ke pejabat baharu – kakitangan berpindah ke Menara FXTM yang luas dan moden.

Produk & Fakta Penting

  • Proses pembukaan akaun yang dioptimumkan kini diperkenalkan untuk pelanggan bukan EU.
  • Syarat-syarat dan alat dagangan yang lebih unik kini diperkenalkan.
  • Rakan Kongsi FXTM memperkenalkan Program Gabungan baharu, peningkatan lanjut bagi Program IB.
  • MetaTrader 4 dan 5 kini tersedia untuk Mac.
  • Pertandingan dagangan Langsung pertama telah diadakan.
  • Bilangan pelanggan dan jumlah volum dagangan meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pembangunan Aktif Selama Setahun

Anugerah

2013: Fastest Growing Forex Broker
2013: Most Innovative Product Award
2013: Best Forex Newcomer

Pembangunan & Detik Bersejarah

FXTM starts very active development

FXTM memulakan pembangunan yang sangat aktif, penambahbaikan infrastruktur yang signifikan dilakukan dalam persediaan untuk perkembangan global.

FXTM opens rep offices in London, Beijing and Lagos

FXTM membuka pejabat perwakilan di London, Beijing dan Lagos.

First Demo Contest

FXTM mengadakan Pertandingan Demo yang pertama.

Global Recruitment Initiative

FXTM meningkatkan inisiatif pengambilan global, mengalu-alukan perkembangan yang pantas dengan pelanggan dan rakan kongsi.

Produk & Fakta Penting

  • 70 instrumen dagangan baharu telah ditambah.
  • 7 kaedah pembayaran telah diperkenalkan.
  • Laman web diterjemah kepada 9 bahasa.
  • 3 jenis akaun dilancarkan termasuk Cent dan ECN Zero (tiada komisen).
  • Leveraj ditingkatkan sehingga 1:1000.
  • Akses percuma ke Pusat Dagangan, Pengehosan VPS dan isyarat MQL5 diperkenalkan.

Detik Permulaan

Dengan pengalaman industri yang meluas dan visi yang jelas, Andrey Dashin membangunkan konsep FXTM, menghubungkan nilai masa dengan keghairahan untuk pasaran.

  • Jenama ForexTime (FXTM) ditubuhkan (2011).
  • FXTM mendapat pengiktirafan broker terkawal CySEC, kebenaran untuk berurusan dengan pelanggan EU di bawah lesen CIF 185/12 (2012).
  • Banyak persediaan teknikal dan operasi telah dilakukan untuk pembangunan dan perkembangan global yang dirancang oleh FXTM.

Manfaat Anda Peroleh dengan FXTM

  • Sama ada anda pelanggan runcit atau korporat, kami mempunyai penyelesaian yang disesuaikan untuk anda.
  • Sebagai broker global, kami berbangga kerana mempunyai pasukan sokongan berbilang bahasa yang berkemahiran tinggi dan membantu yang sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam bahasa anda.
  • Anda boleh berdagang mana-mana pasaran yang diingini daripada pelbagai pilihan instrumen dagangan. Kami menawarkan lebih daripada 60 pasangan mata wang, CFD, Logam lani dan Indeks, serta lebih daripada 180 CFD Saham.
  • Terdapat akaun dagangan yang sangat sesuai untuk anda walau apa pun kategori anda sebagai pedagang, platform dagangan yang menggunakan teknologi paling terkini bagi setiap peranti, serta beberapa syarat dagangan yang paling kompetitif dalam perniagaan.
  • Program salin dagangan kami, FXTM Invest, sesuai untuk pedagang daripada semua tahap pengalaman, manakala FXTM Partners menawarkan perkongsian menarik tambahan untuk Pencadang dan Ahli Gabungan.
  • Anda boleh mendapatkan pengetahuan dagangan yang meluas dan menyeluruh melalui pusat pendidikan kami yang kukuh.
ikon
KEPIMPINAN

Pasukan pengurusan kami mempunyai pengalaman gabungan melebihi 30 tahun dalam forex dan industri pasaran kewangan, merangsang keyakinan dalam pasukan masing-masing dan menyediakan jaminan kepada pelanggan yang disertakan dengan rekod perniagaan yang berjaya.

Baca lagi
ikon
Kerjaya

Di FXTM, kami menyediakan persekitaran yang merangsang secara professional untuk pekerja kami, persekitaran yang memenuhi nilai teras syarikat dan menggalakkan perkembangan kerjaya.

Layari Halaman Kerjaya kami
Scroll Top