Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Projek #FXTMbasejump Diteruskan – Pendidikan & Latihan

17.08.2016 Semua

Susulan terjunan ujian suit sayap di Chammonix, Perancis, legenda terjun TAPAK dan atlit Red Bull, Valery Rozov pada masa ini sedang membuat persediaan selepas ekspedisi latihan yang menyaksikan beliau mendaki Gunung Huascaran di Peru. Bahagian ini dalam projek #FXTMbasejump menyaksikan Valery memeriksa kelengkapan beliau dan mendapatkan penyesuaian iklim yang diperlukan untuk cabaran besar pada bulan September ini, membuktikan betapa pentingnya membuat persediaan yang betul sebelum cuba melakukan pencapaian yang hebat.

Begitu juga, menyediakan pedagang dan pelabur dengan pendidikan yang berkesan sentiasa menjadi misi dan nilai teras FXTM. FXTM sangat mempercayai bahawa dalam usaha untuk mencapai potensi dagangan yang hebat, anda perlu mempunyai akses kepada pelbagai alat dan bahan pendidikan yang akan membantu anda membuat perubahan dalam perjalanan menuju kejayaan.

Pendakian Valery ke gunung Peruvian merupakan bukti yang tepat bagi tiga peringkat penting dalam membuat latihan dan persediaan yang berkesan:

Mendapatkan Pengetahuan Penting

‘Sebelum anda melakukan sesuatu, anda perlu belajar sebanyak mungkin yang anda boleh. Mempunyai kelengkapan yang betul adalah penting. Membuat persediaan yang betul juga sangatlah penting.’ – Valery Rozov

  • Seminar Tempatan: Dibentangkan dan diperakui oleh pakar-pakar bertaraf dunia, seminar FXTM menyediakan pedagang dan pelabur dengan maklumat yang sangat penting dan bimbingan untuk meningkatkan pengetahuan dagangan mereka.
  • Bengkel Ekstensif: Digubah untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pedagang tempatan, bengkel FXTM menumpukan pada aspek teknikal dan fundamental dagangan. Para peserta diberikan sijil selepas melengkapkan kursus.

Lengkapi diri anda dengan Alat Terbaik

Anda perlu menyedari keupayaan kelengkapan anda. Kelengkapan yang betul adalah penting bagi mana-mana aktiviti yang ekstrem.’ – Valery Rozov

  • Analisis Pasaran: Analisis pasaran FXTM yang kerap dipetik oleh media kewangan yang terkenal menyediakan para pelanggan dengan wawasan dan ramalan harian melalui video dan laporan.
  • Video Pendidikan: Siri video FXTM dilengkapkan dengan kerjasama John Jagerson - pengasas bersama Pasaran Pembelajaran - melalui A-Z dagangan forex.

 Memahami Persekitaran anda

‘Penyesuaian iklim ialah proses menyesuaikan diri dengan kekurangan oksigen. Apabila saya dapat lebih menyesuaikan diri dengan iklim, lebih tinggi saya boleh mendaki.’ – Valery Rozov

  • Akaun bebas risiko: Pedagang boleh membiasakan diri dengan syarat-syarat dagangan FXTM yang hebat melalui akaun demo percuma dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang hebat dalam pertandingan bebas risiko yang kerap diadakan.
  • Sokongan dalam Bahasa anda: Pelanggan FXTM tidak akan mengalami pasaran menaik dan menurun sendirian dengan adanya sokongan dalam lebih daripada 25 bahasa. Pasukan sokongan yang berdedikasi dan profesional sentiasa bersedia membantu menjawab sebarang soalan anda.

Hentian terakhir Valery sebelum cabaran beliau yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada bulan September ialah Itali. Ikuti perkembangan terkini, video dan foto eksklusif di sini.

Ikuti projek #FXTMbasejump di YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram.

Berita Acara Terkini

Scroll Top