Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Finale Projek #FXTMbasejump Mendedahkan Terjunan yang Memecahkan Rekod Dunia

25.10.2016 Semua

FXTM amat berbangga untuk mengumumkan bahawa legenda penerjun BASE dan Atlet Red Bull, Valery Rozov telah memecahkan satu lagi rekod dunia dengan mempersembahkan terjunan dari titik terjunan tertinggi di gunung Cho Oyu, China (7700m), lebih tinggi daripada terjunan beliau sebelum ini yang juga memecahkan rekod dari Everest Massif (7220m)  pada tahun 2013.

Perjalanan ini merupakan pengalaman yang sangat hebat dari mula hingga akhir. Saya sangat berterima kasih kepada FXTM atas sokongan yang berterusan untuk projek ini dan kerana memberikan peluang kepada kita untuk menunjukkan kepada dunia bahawa jika anda ingin mencapai sesuatu yang hebat, anda perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa. Saya sangat gembira kerana projek #FXTMbasejump ini berupaya memberikan inspirasi dan asas yang diperlukan oleh para pedagang dan rakan penerjun BASE untuk memulakan laluan mereka mencapai rekod dunia mereka sendiri.’ - Valery Rozov, Pemecah Rekod Dunia dalam terjunan BASE

Projek #FXTMbasejump dibangunkan berdasarkan aspirasi bersama yang gigih untuk mentakrifkan semula batasan kemungkinan sedia ada yang digambarkan oleh perjalanan Valery dari Perancis ke Peru, ke Itali dan akhirnya ke acara kemuncak di China. FXTM telah menunjukkan kepada pedagang dan pelabur di seluruh dunia cara untuk memaksimumkan potensi mereka demi mencapai kejayaan.

Semangat, dedikasi dan tumpuan Valery Rozov adalah sama dengan nilai-nilai FXTM, sebagai sebuah syarikat, yang dikongsi dengan pelanggannya setiap hari. Dengan memiliki matlamat, mendapatkan latihan yang betul, memahami dan mengurus risiko secara berkesan, anda berpotensi mencapai tahap baru yang lebih tinggi. Sebagai broker, tugas kami ialah menyediakan alat yang paling penting dan pendidikan yang paling berkesan kepada para pelanggan kami. Dengan sentiasa membuat perubahan dalam perkhidmatan kami dan mengekalkan janji kami sebagai broker yang telus dan boleh dipercayai, kami menyokong pelanggan kami sepanjang pengalaman dagangan mereka.’ - Olga Rybalkina, CEO ForexTime Ltd

Sejak dari awal kerjaya terjunan BASE beliau, Valery Rozov telah melihat sukan beliau berkembang dengan pesat dan beliau sendiri ialah individu di sebalik beberapa pencapaian yang paling mengagumkan telah dicapai dalam bidang ini. Melalui cara yang sama, FXTM telah memainkan peranan yang aktif dalam peningkatan dagangan dalam talian dan mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa global dalam industri dari awal lagi - membuka pintu kepada dunia forex yang mengujakan untuk ratusan ribu pedagang dan pelabur.

  • Kehadiran di Peringkat Global: Memberikan khidmat di lebih daripada 180 buah negara, menawarkan opsyen dan penyelesaian yang disetempatkan, serta menyokong lebih daripada 25 bahasa.
  • Pemenang anugerah: Dengan lebih daripada 15 anugerah industri yang berprestij, termasuk Broker Paling Pantas Berkembang, Broker Forex Paling Berpendidikan & Broker Paling Dipercayai.
  • Analisis Pakar: Ditampilkan dalam media yang terkenal di dunia dan diwakili oleh pakar-pakar analisis pasaran yang mantap.
  • Inovasi Dalaman: Jabatan R&D FXTM bertanggungjawab mencipta beberapa program dan alat dagangan yang termaju dalam perniagaan.
  • Persekitaran Tiada Tandingannya: Sudah disemak dan diterbitkan, pelaksanaan yang amat pantas, digabungkan dengan syarat dagangan yang terbaik.

Gambar dan video terjunan Valery yang memecahkan rekod akan disiarkan tidak lama lagi, oleh itu pastikan anda menyemak halaman #FXTMbasejump dan semua halaman media sosial FXTM.

Langkah Valery yang seterusnya ialah mengunjungi Ibu Pejabat FXTM, jelajah media di China yang kemudiannya disusuli dengan satu siri acara FXTM, di pelbagai rantau dan hadirin akan berpeluang bertemu sendiri dengan Valery Rozov!

Berita Acara Terkini

Scroll Top