Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Seminar anjuran FXTMPartners di Pulau Pinang mendapat sambutan hangat

FXTMPartners amat berbesar hati kerana telah berjaya menganjurkan dua seminar dagangan di Pulau Pinang, Malaysia daripada 10-11 November yang lalu.

Acara tersebut telah mendapat sambutan hangat, mencatatkan lebih 100 orang kehadiran! Majlis telah dimulakan dengan pembentangan mendalam mengenai FXTM sebelum beralih kepada strategi BBMA (Jalur Bollinger + Purata Pergerakan). Pakar FX, Kang Loon telah menyampaikan ucapan pengenalan yang cukup berkesan mengenai cara strategi ini berfungsi, serta bagaimana pelabur dapat memanfaatkannya ke dalam dagangan mereka.

Satu sesi soal jawab interaktif turut dianjurkan sejurus selepas pembentangan, apabila semua peserta yang hadir dapat mengemukakan persoalan-persoalan penting mengenai industri dan ilmu terkini yang berkaitan. Para peserta juga berupaya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pelbagai kaedah deposit dan pengeluaran FXTM serta FXTM Invest - program salin dagangan tercanggih kami.

Kami begitu teruja melihat kesungguhan dan minat mendalam yang ditunjukkan oleh peserta yang hadir. FXTMPartners terus komited untuk memupuk pendidikan forex di negara seperti Malaysia, yang semakin menunjukkan keinginan untuk mendalami pasaran kewangan. Bagi pihak FXTMPartners, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu menjayakan acara ini.

Teruskan menyemak halaman seminar kami untuk senarai lengkap bagi semua acara pendidikan FXTM yang akan datang. 

Sudahkan anda berdagang dengan broker global yang memenangi anugerah? Daftar dengan FXTM sekarang untuk pengalaman dagangan yang tiada tandingan.

Berita Acara Terkini

Scroll Top