Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

FAQ

What can we help you with today?

Pendaftaran

MyFXTM ialah ruang kerja peribadi anda di dalam ForexTime. Melalui MyFXTM anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Deposit/Pengeluaran dana dari akaun anda
  • Muat turun platform dagangan
  • Muat naik dokumen pengesahan anda
  • Buka seberapa banyak akaun dagangan Demo/Live yang anda mahukan
  • Ubah leveraj bagi akaun dagangan anda
  • Sunting butiran peribadi anda
  • Papar sejarah transaksi anda
  • Hantar pertanyaan
  1. Untuk mendafat MyFXTM, klik pada pautan berikut: https://www.forextime.com/eu/ms/register/open-account
  2. Ikuti langkah-langkah di bawah:
    • Masukkan butiran perhubungan anda (e-mel dan nombor telefon yang sah adalah diperlukan untuk tujuan pengesahan)
    • Kemudian klik “Terima Pin Sekarang – SMS & Emel” untuk menerima PIN anda
    • Masukkan PIN yang anda terima sama ada melalui telefon atau e-mel ke dalam ruang baharu yang muncul di bawah
    • Tanda kotak semak di bawah sekiranya anda bersetuju dengan Terma dan Syarat kami
    • Klik “Mula Berdagang” untuk terus ke langkah terakhir
  3. Lengkapkan butiran pendaftaran anda:
    • Pilih matawang lalai akaun anda (EUR, GBP atau USD)
    • Pilih Akaun yang mahu anda daftarkan
    • Pilih leveraj bagi akaun anda (ini boleh diubah kemudian dari dalam MyFXTM)
    • Pilih Soalan Keselamatan dan Jawapan sekiranya anda terlupa kata laluan anda
    • Isikan butiran peribadi anda, alamat kediaman dan latar belakang kewangan anda
  4. Akhir sekali klik Daftar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa pengesahan dokumen pengenalan anda adalah diperlukan untuk mula berdagang dengan kami.
  5. Untuk Memuat Naik dokumen anda, log masuk ke MyFXTM dan klik pada butang Dokumen Saya di bawah Desktop Pedagang.

Ini bermakna telefon atau alamat e-mel anda telah wujud di dalam sistem kami (sistem tidak membenarkan anda mendaftar dua kali).

Sila ambil perhatian bahawa:

  • Setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk mendaftar MyFXTM sekali sahaja.
  • Jika anda sudah boleh mengakses MyFXTM dan mahu membuka akaun dagangan baru, anda perlu log masuk ke MyFXTM dan memilih ikon ‘Akaun Baru’ pada Desktop Pedagang anda.
  • Jika anda tidak boleh mengakses MyFXTM atau percaya pihak ketiga menggunakan kelayakan anda sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami melalui Live Chat

Ya.

Beberapa maklumat peribadi anda termasuk kata laluan anda untuk akaun MyFXTM boleh ditukar dari dalam seksyen “Butiran Anda” di dalam MyFXTM. Jika walau bagaimanapun anda mahu menukar maklumat yang tidak disenaraikan dari dalam seksyen “Butiran Anda” sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan yang akan menerangkan anda bagaimana untuk menukar maklumat ini.

Kami mengumpul maklumat berkaitan latar belakang kewangan dan pengalaman pelaburan anda untuk rekod kami dan bagi tujuan kawal selia. Ini tidak memberi kesan kepada permohonan anda dan anda pastikan semua maklumat disimpan menurut  undang-undang perlindungan data.
Back to FAQ
Scroll Top