Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Teknologi Bitcoin: Fungsi Dalaman

Teknologi Bitcoin: Fungsi Dalaman

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Pada tahun 2008, Satoshi Nakamoto mencadangkan sistem pembayaran tunai rakan ke rakan yang akan membolehkan orang membuat transaksi secara terus antara satu sama lain, tanpa memerlukan institusi kewangan. Sejak itu, banyak perkara yang telah diperkatakan dan ditulis tentang bitcoin, mata wang digital baru. Tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan tentang jargon yang berkaitan dengan teknologi ini dan lebih khususnya, rangkaian komputer yang memudahkan sistem pembayaran ini.

Dalam rangkaian komputer, biasanya terdapat dua model yang utama: klien/pelayan dan rakan ke rakan. Perbezaannya ialah peranan dan fungsi setiap komputer yang mengambil bahagian (atau nod, nama yang sering digunakan).

Klien/Pelayan

Dalam model klien/pelayan, terdapat dua entiti berasingan; pelayan dan klien. Ini ialah persekitaran terpusat, dengan aplikasi, fail dan sumber lain disimpan di komputer pusat – pelayan. Pelayan bertindak sebagai kuasa pusat yang menyediakan perkhidmatan kepada nod yang selebihnya dalam rangkaian tersebut. Ia berkongsi maklumat dan sumber dengan klien. Semua klien dihubungkan ke pelayan pusat. Model ini mudah terdedah kepada pelanggaran keselamatan, penggodaman dan kerosakan kerana pelayan merupakan titik tunggal kegagalan. Jika pelayan rosak, ia boleh menyebabkan seluruh rangkaian tergendala.

Klien Pelayan

Rakan ke Rakan (P2P)

Sebaliknya, rangkaian rakan ke rakan ialah model tak terpusat – dengan kata lain, tiada kuasa pusat atau pelayan. Dalam model ini, setiap nod bertindak sebagai pelayan dan juga klien, dengan semua nod adalah sama. BitTorrent mungkin salah satu rangkaian P2P yang paling popular untuk perkongsian fail. Walaupun rakan-rakan mudah terdedah kepada serangan keselamatan (rangkaian Bitcoin mengatasinya melalui protokolnya), kelebihannya ialah mudah untuk diskalakan. Sebuah komputer baru boleh dipasangkan ke dalam rangkaian dan boleh digunakan sebaik sahaja segerak dengan rangkaian.

Apabila rangkaian semakin berkembang, kuasa pengkomputerannya juga berkembang. Tambahan lagi, sebuah komputer yang rosak tidak akan menjejaskan integriti rangkaian tersebut. Semua komputer saling bersambung dan berkomunikasi antara satu sama lain secara berterusan – dengan cara ini, penyebaran mesej berterusan tanpa terganggu. Ini mungkin kelebihan paling hebat P2P – ia rangkaian yang boleh tahan kerosakan.

P2P

Sistem Teragih

Rangkaian Bitcoin mengikut model aplikasi teragih, dengan beban kerja disebarkan dalam kalangan nod yang mengambil bahagian. Apabila "mendalami" rangkaian komputer, akan ditemui Byzantine Generals Problem yang mana konsensus ialah matlamatnya. Untuk mengekalkan kebolehpercayaan dalam rangkaian, konsensus mesti dicapai dalam kalangan komputer yang mengambil bahagian. Sudah tentu konsensus 100% adalah ideal tetapi tidak sentiasa boleh dilaksanakan.

Byzantine Generals Problem

Sekumpulan Jeneral telah mengelilingi sebuah bandar musuh. Mereka perlu menyerang atau berundur berdasarkan perintah Jeneral Pemerintah. Wujudnya konsensus dalam kalangan Jeneral adalah penting untuk kejayaan operasi ini. Mesej disampaikan daripada Jeneral Pemerintah kepada para Jeneral melalui rangkaian yang tidak selamat dan boleh ditembusi. Malah lebih buruk lagi, sebilangan Jeneral dan/atau Jeneral Pemerintah sendiri mungkin pengkhianat. Selagi Pemerintah setia dan bilangan pengkhianat tidak lebih daripada satu pertiga Jeneral, maka konsensus boleh dicapai untuk menyerang atau berundur pada masa yang sama.

Secara ringkasnya, mesti terdapat 3t + 1 Jeneral dengan t mewakili bilangan pengkhianat.

Byzantine Generals Problem

Jelas bahawa Jeneral 1 akan menerima maklumat yang bercanggah daripada Pemerintah dan Jeneral 2 yang menjadi pengkhianat. Dalam keadaan ini, tidak mungkin akan tercapai konsensus (iaitu lebih daripada 50% berpihak kepada menyerang atau berundur).

Sistem Bitcoin mengalami jenis masalah yang sama seperti Byzantine Generals. Untuk memintasnya, Satoshi Nakamoto memperkenalkan konsep bukti kerja. Apabila menghantar mesej, mesej tersebut dicincang dan satu kata karut dihantar kepada semua nod untuk mengesahkan bukti kerja. Setiap mesej (iaitu blok) dirantai dan oleh itu hampir mustahil untuk mengubahnya.

Kesimpulan

Bitcoin mengikut model rangkaian dan pengagihan rakan ke rakan yang tak terpusat. Konsensus diperlukan antara nod untuk memastikan operasi rangkaian yang lancar. Sebilangan nod "jahat" tidak mampu untuk mengubah rantaian blok kerana pelaksanaan bukti kerja.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top