Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Rantaian blok: Melombong bitcoin

Rantaian blok: Melombong bitcoin

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Teknologi rantaian blok ialah asas mata wang kripto, termasuk yang paling terkenal - bitcoin. Dalam bentuknya yang paling ringkas, rantaian blok terdiri daripada blok maklumat. Setiap blok mengandungi: transaksi (bagi bitcoin, jumlah yang dipindahkan), masa blok dibuat, tandatangan digital yang unik bagi kandungannya dan kod yang menghubungkannya dengan blok sebelumnya. Oleh itu, pendek kata, rantaian blok ialah jujukan blok yang dihubungkan bersama, menghasilkan rantaian blok.

Blok Binaan

Secara keseluruhan, rantaian blok terdiri daripada setiap transaksi yang berlaku sejak permulaan bitcoin, bermula dengan blok pertama yang dikenali sebagai Genesis.

Seperti yang digambarkan dalam contoh di bawah (yang diringkaskan untuk mengandungi hanya satu transaksi setiap blok), jika Alice ingin menghantar 1 Bitcoin kepada Bob, satu blok baru akan dibuat untuk merekodkan maklumat berkaitan. Satu nombor blok (dalam kes ini 15) akan ditetapkan kepada transaksi ini sendiri, serta pautan ke blok sebelumnya (0000abxf6h12gh) dan tandatangan digital (00008cnj21lxt3jh) yang unik untuk keseluruhan kandungan blok.

Tandatangan Digital

Tandatangan digital ialah hasil daripada fungsi matematik (atau algoritma cincangan kriptografi), dikenali sebagai SHA-256 atau SHA-256 berganda, untuk lebih tepat (untuk maklumat lanjut), baca artikel Kunci dan Alamat Bitcoin). SHA-256 menerima fail data, menjalankan algoritma kriptografi pada data ini dan menjana output 64 aksara abjad angka dikenali sebagai tandatangan digital. Panjang kod ini sentiasa 64 aksara abjad angka, tanpa mengambil kira panjang fail data yang diterima.

Menariknya, jika hanya satu huruf atau nombor ditukar dalam data, maka algoritma SHA-256 akan menghasilkan tandatangan yang sama sekali berbeza. Perhatikan juga bahawa setiap tandatangan digital bermula dengan 4 sifar.

Sekarang, jika Bob cuba "menipu" sistem dengan menukar jumlah bitcoin yang dia terima daripada Alice, daripada 1 kepada 100, maka tandatangan digital yang berpadanan juga akan berubah, termasuk semua tandatangan sebelumnya sejak dari permulaan. Dengan kata lain, mustahil untuk Bob melakukannya:

Pengepala Blok - pengecam utama bagi mana-mana blok yang diberikan dalam rantaian blok.

Kandungan Pengepala Blok

Versi

Versi rantaian blok terkini, contohnya: v20000000

Cincangan Pengepala Blok Sebelumnya

Pautan ke blok sebelumnya - contohnya: 0000abxf6h12gh

Cincangan Merkle Root

Ringkasan semua transaksi dalam blok dalam bentuk disulitkan

Cap masa

Masa blok dibuat

Sasaran

Nombor 256 bit

Nonce

Nombor untuk mengira tandatangan digital yang betul bagi pengepala blok

Apabila transaksi disahkan oleh nod (iaitu komputer dalam rangkaian Bitcoin), transaksi dipilih (atau disahkan) untuk rangkuman dalam blok dan proses perlombongan bermula. Ia merupakan perlumbaan menentang masa yang mana nod paling cergas dan paling bertuah akan menang.

Perlombongan Bitoin

Untuk melombong bitcoin, anda perlu memuat turun perisian dan membeli komputer yang dibina bagi tujuan ini. Dari segi perisian, terdapat beberapa pilihan, paling popular ialah: CGminer, BFGminer, BitMinter dan BTCMiner. Pelombong atau kumpulan pelombong, menyasarkan untuk mengira cincangan blok yang sama dengan atau kurang daripada sasaran yang ditentukan. Selagi semua maklumat dalam pengepala blok kekal malar, hasil SHA-256 akan sentiasa sama. Itulah sebabnya nonce disertakan (dalam kriptografi, nonce ialah nombor arbitrari yang hanya boleh digunakan sekali). Setiap kali cincangan pengepala blok yang dikira gagal memenuhi julat sasaran, nombor ini ditingkatkan dan cincangan dikira semula sehingga mencapai sasaran yang ditentukan.

Pelombong yang dilengkapi dengan peranti komputer paling berkuasa dan terpantas akan mempunyai kelebihan dalam mencapai sasaran mereka terlebih dahulu. Walaupun kuasa dan kelajuan penting dalam melombong, satu lagi faktor penting ialah tuah! Oleh sebab tiada logik apabila mengira cincangan yang menang, laluan terpanjang daya kasar perlu disusuli. Daya kasar ialah teknik carian menyeluruh yang menghitung semua kemungkinan jawapan sehingga jawapan yang betul dicapai. Bilangan jawapan yang akan dikira adalah hampir kepada 1077, yang memerlukan banyak kuasa pengiraan dan kelajuan.

Apabila cincangan sasaran yang menang telah dikira, blok ini dimasukkan dalam rantaian blok dan ganjaran (iaitu, pada masa penulisan, 12.5 bitcoin) diberikan kepada pelombong yang menang. Pada masa ini, satu blok dimasukkan ke dalam rantaian blok pada setiap lebih kurang 10 minit dan satu blok boleh mengandungi kira-kira 1,000 transaksi.

Kesimpulan

Apabila blok dimasukkan dalam rantaian blok, ia menjadi kekal dan tidak boleh balik semula. Semua nod (komputer) dalam rangkaian menyimpan salinan lejar tidak berpusat ini. Apabila nod baru menyertai rangkaian, satu lagi salinan rantaian blok atau lejar dimuat turun. Jika sesiapa cuba mengubah maklumat dalam suatu blok, walaupun sekecil 1 bit, tidak dapat dielakkan bahawa mereka perlu mengira semula semua cincangan blok sejak genesis. Ini hampir mustahil dengan teknologi pada hari ini. Walaupun terdapat kemungkinan, dari segi hujahnya, rantaian palsu yang baru ini akan ditolak selagi majoriti nod adalah jujur. Rantaian blok yang diterima oleh majoriti nod sentiasa mempunyai kelulusan majoriti daripada nod lain (iaitu, bukti kerja).

Artikel bitcoin sebelum ini:

Asal Usul Mata Wang Digital: Permulaan Perjalanan Baru yang Panjang

Mendedahkan Urus Niaga Bitcoin: Cara ia Berfungsi

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top