Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Dompet Matawang Kripto

Dompet Matawang Kripto

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Dompet matawang kripto merupakan perantara yang menyimpan kekunci peribadi dan umum anda, serta membolehkan anda untuk menerima dan menghantar syiling digital. Ia juga membolehkan anda untuk memantau transaksi dan baki akaun peribadi anda. Kebanyakan dompet merupakan aplikasi perisian yang boleh dimuat turun menerusi aplikasi peranti mudah alih, tetapi dompet perkakasan juga wujud.

Pelbagai pilihan dompet dan ciri masing-masing menjadikannya sukar untuk anda memilih dompet yang paling sesuai dalam mengendalikan tugasan yang rumit.

Sama seperti penggunaan dompet fizikal dalam kehidupan seharian untuk menyimpan wang tunai dan kad kredit, kami menawarkan dompet matawang kripto yang menyimpan data dan membantu anda dalam menguruskan transaksi yang melibatkan matawang digital. Walau bagaimanapun, tidak seperti dompet konvensional, dompet kripto ini menyimpan kekunci digital dan bukannya syiling sebenar. Terdapat dua jenis kekunci, iaitu kekunci peribadi yang disimpan secara rahsia dan hanya diketahui oleh pemilik dompet, dan kekunci umum.

Sama seperti nombor PIN pada kad ATM, kekunci peribadi ini diperlukan untuk mengesahkan pindahan pemilikan syiling. Selagi kekunci disimpan secara rahsia, tiada orang lain yang boleh menghantar dan membelanjakan wang daripada dompet anda.

Kekunci umum anda diterbitkan daripada kekunci peribadi anda dan digunakan untuk menentukan alamat dompet anda. Inilah sebabnya mengapa keselamatan kekunci peribadi anda adalah teramat penting. Jika kekunci peribadi merupakan nombor PIN anda, anggaplah kekunci umum seperti nombor kad kredit anda.

Beberapa Jenis Dompet Matawang Kripto Terbaik

Dalam dunia matawang kripto, dompet-dompet ini dibahagikan kepada dua kategori - panas dan sejuk. Dompet perkakasan dan dompet kertas tergolong dalam kategori sejuk, manakala dompet lain merupakan dompet panas. Perbezaan paling utama antara dua kategori berkenaan adalah dompet panas mempunyai sambungan langsung kepada internet.

DOMPET PANAS

  • Dompet Matawang Kripto Dalam Talian

Dompet dalam talian atau berasaskan web, juga dikenali sebagai e-dompet, boleh didapati menerusi sebarang peranti yang mempunyai sambungan internet. Manfaat dompet dalam talian ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, tetapi ia boleh memberikan cabaran kepada individu yang tidak mempunyai kemahiran teknologi yang tinggi.  Kekunci peribadi dan umum biasanya disimpan di pelayan syarikat, atau pelayan pihak ketiga, yang mungkin terdedah kepada ancaman keselamatan. Walaupun kebanyakan syarikat pembekal dompet berkenaan mendakwa bahawa keselamatan sentiasa menjadi keutamaan mereka, tiada jaminan bahawa ia adalah 100% selamat apabila anda bersambung ke internet.

Dompet Blockchain merupakan salah satu daripada dompet dalam talian yang digunakan secara meluas. Dompet ini tidak dikawal selia, bermakna kekunci peribadi anda tidak disimpan di pelayan syarikat tetapi ia disimpan bersama anda, dan ini bermakna anda mempunyai lebih kawalan terhadap dana anda sendiri.

  • Dompet perisian Matawang Kripto

Dompet ini boleh dimuat turun seperti aplikasi lain pada laptop atau peranti mudah alih anda.  Oleh kerana perisian berkenaan disimpan di dalam komputer anda sendiri bersama kekunci anda, dan bukannya dengan sebarang pihak ketiga, anda perlu lebih berhati-hati terhadap keselamatan, kepercayaan dan kebolehcapaian komputer anda dan ikuti amalan keselamatan yang disarankan. Phishing, kod berniat jahat, kecurian dan kerosakan pemacu keras merupakan antara risiko yang perlu diberi perhatian. Sandaran komputer perlu dijadikan amalan lazim untuk melindungi kekunci anda, serta maklumat penting lain yang terdapat pada komputer anda.

Dompet perisian memberikan adalah lebih fleksibel, dengan bilangan peruncit yang kian bertambah yang menerima pembayaran dalam matawang kripto, anda kini boleh membayar pembelian barangan dan perkhidmatan anda di mana sahaja dengan dompet sebegini.

Electrum merupakan contoh dompet perisian yang terkenal.

DOMPET SEJUK

  • Dompet perkakasan Matawang Kripto

Dompet perkakasan biasanya kelihatan seperti pemacu USB. Manfaat paling utama dompet jenis ini adalah keselamatan yang ditawarkan kerana ia tidak mempunyai sambungan terus kepada internet. Namun begitu, pemilik dompet ini dinasihatkan untuk menyimpannya di tempat yang selamat kerana dompet perkakasan adalah terdedah kepada risiko kecurian. Haus dan lusuh fizikal juga merupakan antara kelemahan dompet perkakasan. Ciri-ciri pemulihan biasanya boleh didapati, tetapi pemilih dinasihati supaya sentiasa memeriksa sekiranya fungsi ini dibekalkan oleh pengeluar/peruncit dompet.

Pokoknya, dompet perisian bukan merupakan pilihan yang percuma. Dengan keselamatan yang lebih tinggi serta kawalan yang lebih baik terhadap kekunci peribadi anda, seterusnya kawalan terhadap wang anda, pastinya semua ini memerlukan kos yang tinggi.

Contoh terkenal bagi dompet perkakasan termasuklah Trezor dan Ledger Nano S.

  • Dompet Kertas Matawang Kripto

Dompet Kertas jatuh di bawah kategori dompet sejuk kerana ia juga berada di luar talian. Seperti dompet perkakasan, keselamatan merupakan kelebihan paling utama bagi dompet kertas kerana ia tidak boleh digodam. Seperti namanya, dompet kertas merupakan helaian kertas yang mencatatkan kekunci peribadi dan umum anda. Sesetengah dompet kertas mungkin mempunyai cetakan kod QR yang sepadan. Dompet sebegini amat mudah digunakan, hanya cetak kekunci pada sehelai kertas dan anda boleh terus menggunakannya.

Terdapat dua kelemahan utama bagi dompet kertas, iaitu ia mudah hilang jika tidak disimpan dengan baik, dan jika ia dicetak menggunakan pencetak dakwat jet, dakwat tersebut mungkin pudar. Oleh itu, disyorkan supaya pencetak laser digunakan oleh sesetengah pemilik dompet kertas.

Antara dompet kertas yang paling popular termasuklah Bitaddress.org, Walletgenerator.net dan Bitcoinpaperwallet.org.

DOMPET TUKARAN DALAM TALIAN

Kebanyakan pasaran tukaran matawang kripto turut menawarkan dompet. Dalam hal ini, kekunci peribadi anda disimpan di dalam atau pada pelayan tukaran (yang dirujuk sebagai awan). Memandangkan pelayan ini mudah diakses, ia merupakan sasaran oleh penggodam dan kurang selamat berbanding dompet lain. Pada tahun 2014, salah satu daripada tukaran awan terbesar di dunia – Mt Gox, telah diisytiharkan bankrap setelah mengalami kerugian sebanyak 850,000 oleh penggodam.

Contoh terkini dalam risiko ancaman keselamatan terhadap dompet berasaskan awan ialah Bitfinex. Pada tahun 2017, ramai pelanggan telah mengadu mengenai kelewatan teruk ketika cuba melakukan pengeluaran; tukaran tersebut telah berada di luar talian selama beberapa hari apabila harga bitcoin sedang melonjak tinggi. Syarikat tersebut telah menjelaskan bahawa mereka telah menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan tersebar (DDoS), dalam bentuk "deposit dan pengeluaran mikro yang berniat jahat".

Sesetengah pakar menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menyimpan matawang digital dalam jumlah yang besar dalam tukaran ini, khususnya bagi mengelakkan kes seperti yang dialami oleh Mt. Gox dan Bitfinex.

Rumusan

Banyak penulisan telah dilakukan mengenai dompet matawang kripto, tetapi soalan terakhir yang anda perlu tanya kepada diri sendiri ialah: "apakah dompet matawang kripto yang terbaik untuk saya?" Lakukan kajian anda, pertimbangkan kelebihan dan kelemahan setiap dompet, dan tentukan dompet yang paling sesuai dengan anda.

Dompet yang memberikan jaminan keselamatan tertinggi merupakan antara yang paling sesuai untuk komitmen jangka panjang dan jumlah dana yang lebih besar. Dompet yang memberikan jaminan kemudahan akses dan mesra pengguna pula adalah lebih sesuai untuk pedagang baru dan transaksi yang melibatkan jumlah yang lebih kecil. Anda juga boleh membuat keputusan untuk menggunakan lebih daripada satu dompet. Dalam hal ini, pertimbangkan untuk menggunakan dompet sejuk untuk keperluan jangka panjang anda dan dompet panas untuk transaksi segera.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top