Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Perluasan Fibonacci

Perluasan Fibonacci

Mempelajari Forex

Leonardo Bigollo Pisano yang turut dikenali sebagai Fibonacci ialah salah seorang ahli matematik yang terhebat di Eropah pada Zaman Pertengahan (476 AD – 1453 AD). Perjalanan beliau yang meluas di Mediterranean semasa kanak-kanak bersama-sama bapa beliau yang berdagang telah mendedahkan beliau kepada banyak teknik aritmetik dan perakaunan yang berbeza. Walaupun beliau meletakkan asas untuk aritmetik perdagangan dan matematik kewangan, sejak akhir-akhir ini, sebahagian besarnya beliau dikenali untuk nombor dan jujukan Fibonacci.

Dalam buku beliau yang bertajuk Liber Abaci (Book of Calculation), beliau mempertimbangkan bilangan arnab yang boleh dihasilkan dalam masa setahun sekiranya sepasang arnab diletakkan di dalam sebuah kandang dan setiap pasangan melahirkan satu pasangan anak arnab pada setiap bulan (dengan pengecualian bahawa setiap pasangan hanya boleh membiak untuk kali pertama selepas dua bulan). Pengiraan untuk persoalan di atas telah menghasilkan jujukan Fibonacci.

Jujukan Fibonaci

Jujukan ini terhasil dengan menambah dua nombor sebelumnya untuk mendapatkan nombor yang seterusnya:

Jujukan Fibonaci

Untuk mendapatkan nombor Fibonacci yang seterusnya dalam jujukan tersebut, tambahkan 233 dengan 377 untuk menghasilkan 610.

Perkara yang penting tentang corak ini ialah nisbah bagi mana-mana nombor dengan nombor sebelumnya dalam jujukan cenderung kepada 1.618. Nombor ini dikenali sebagai nisbah emas dan ditandakan dengan huruf Greek φ.

Geometri

Dalam geometri, terdapat satu titik pada garisan lurus yang:

a/b=a+b/a = φ = 1.618

Persamaan garisan lurus geometri

Begitu juga, nisbah ini terdapat dalam segi empat tepat emas dengan sisi a (sisi panjang) dan b (sisi pendek):

Segi empat tepat emas dengan sisi a

Apabila diletakkan di sebelah segi empat sama dengan sisi a, nisbah bagi sisi terpanjang (a+b) dengan sisi terpendek (b) adalah sama seperti nisbah bagi sisi b segi empat tepat yang lebih panjang dengan sisi b terpendek yang sama dengan min emas (1.618).

Segi empat tepat emas dengan sisi a+b

Begitu juga, segi empat tepat Fibonacci terdiri daripada segi empat sama yang sisinya ialah nombor Fibonacci.

Segi empat tepat Fibonacci

Seni bina

Nisbah emas (juga dikenali sebagai keratan emas atau min emas) muncul bukan sahaja dalam geometri, tetapi juga dalam seni bina. Nisbah panjang dengan lebar yang kira-kira 1.618 dianggap lebih menyenangkan untuk dilihat berdasarkan orang Yunani, termasuk pengarca Greek Phidias.

Jujukan Fibonacci dalam seni bina

Matematik

Dalam matematik, nisbah emas mempunyai sifat unik yang berikut:

1/Φ +1=Φ=1/(Φ+1)
Φ2 =Φ+1
Φ2 – Φ -1 =0 (selesaikan persamaan untuk mendapat φ=1+sqrt(5) / 2)

Alam semula jadi

Lebih mengejutkan, bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan juga mengikut jujukan Fibonacci. Contohnya, mariposa lily mempunyai tiga kelopak,

Jujukan Fibonacci dalam alam semula jadi - mariposa lily

manakala buterkup mempunyai lima kelopak berwarna kuning yang indah.

Jujukan Fibonacci dalam alam semula jadi - bunga buterkup

Jujukan ini berterusan dengan contoh bunga-bungaan yang mempunyai 8, 13, 21, 34 kelopak dan sebagainya.

Badan Manusia

Jujukan ini juga wujud dalam badan manusia. Contohnya, lebar insisor tengah berbanding dengan insisor lateral ialah nisbah emas.

Jujukan Fibonacci dalam alam semula jadi - gigi

Perluasan Fibonacci

Seperti yang telah dilihat, membahagikan nombor dalam jujukan ini dengan nombor sebelumnya akan menghasilkan nombor 1.618. Selain itu, membahagikan nombor dalam jujukan ini dengan nombor yang berada pada kedudukan dua nombor lebih rendah akan menghasilkan nombor 2.618. Tambahan lagi, membahagikan nombor dalam jujukan ini dengan nombor yang berada pada kedudukan tiga nombor lebih rendah akan menghasilkan nombor 4.236. Nisbah-nisbah ini juga dikenali sebagai perluasan Fibonacci.

Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan dan dagangan juga tidak terkecuali daripada nisbah Fibonacci yang tersebar luas ini. Nisbah Fibonacci atau lebih khusus perluasan, boleh digunakan untuk membantu pedagang menganggarkan sasaran harga yang berpotensi serta aras ambil untung dan henti rugi.

Contohnya, dengan menggunakan alat Fibonacci pada paras tinggi ayunan dan menyeretnya ke bawah ke paras terendah ayunan, tiga sasaran harga boleh dikira: 1.618, 2.618 dan 4.236. Aras ini akan menjadi sasaran yang berpotensi untuk kenaikan harga.

Fibonacci dalam pasaran kewangan

Sebaliknya, dengan menggunakan alat Fibonacci pada ayunan penurunan harga, tiga sasaran untung yang berpotensi juga boleh dikira. Alat Fibonacci dilampirkan pada paras terendah ayunan dan kemudian diseret ke paras tinggi ayunan untuk mengira sasaran harga yang berpadanan: 1.618, 2.618 dan 4.236.

Nisbah Fibonacci dalam paras tinggi dan paras terendah ayunan Pasaran Kewangan

Henti Rugi

Untuk aras ambil untung Fibonacci, pedagang perlu ingat bahawa pasaran tidak semestinya bergerak dalam arah yang dijangkakan. Kadang-kadang pasaran bergerak dalam arah yang bertentangan dan dengan itu pedagang perlu mengurangkan risiko kerugian wang dengan membuat henti rugi perlindungan. Oleh itu, risiko kerugian wang akan dikira terlebih dahulu. Contohnya, selepas membeli pedagang akan menjangkakan harga akan meningkat lebih tinggi. Sudah tentu, hal ini tidak semestinya berlaku. Pedagang yang berpengalaman mengetahui tentang perkara ini dan itulah sebabnya mereka membuat henti rugi perlindungan, kalau-kalau perkara yang tidak dijangka berlaku.

Nisbah Fibonacci dalam henti rugi Pasaran Kewangan - beli

Begitu juga, selepas menjual pedagang perlu mengetahui bahawa tiada apa-apa yang 100% pasti dalam pasaran kewangan dan dengan itu henti rugi sangat disyorkan untuk mengurangkan risiko kerugian wang.

Nisbah Fibonacci dalam henti rugi Pasaran Kewangan - jual

Gelombang Elliott

Perluasan Fibonacci juga merupakan prinsip yang penting untuk teori Gelombang Elliot. Mungkin anda ingat, mengikut Elliot, pasaran bergerak dalam lima gelombang.

Perluasan Fibonacci dengan Gelombang Elliott

Gelombang 3 boleh wujud dalam nisbah kira-kira 1.618, 2.618 atau 4.236 dengan Gelombang 1. Sebenarnya gelombang inilah yang paling diharapkan oleh ramai pedagang. Mengapa? Hanya kerana berdasarkan teori bahawa gelombang ini bukan gelombang yang terpendek dan biasanya gelombang terpanjang antara gelombang 1, 3 dan 5.

Kesimpulan

Nombor Fibonacci dan nisbah yang sepadan wujud di mana-mana sahaja dalam kehidupan, daripada matematik sehinggalah alam semula jadi, daripada seni bina sehinggalah badan manusia. Walaupun ada yang berpendapat bahawa kewujudan nisbah ini suatu kebetulan, nisbah ini ialah amalan yang diterima oleh sekurang-kurang sekumpulan pedagang untuk menggunakan perluasan Fibonacci untuk menganggar harga yang berpotensi serta sasaran untung atau rugi.

Belajar cara berdagang dengan FXTM

Ketahui cara membuat keputusan dagangan yang betul untuk gaya dan matlamat anda dengan sumber pendidikan kami yang komprehensif. Belajar dari rumah tentang bila dan bagaimana ia sesuai untuk anda dengan video pendidikan kami atau mendaftar untuk webinar secara jauh. Kami juga menganjurkan seminar dan bengkel forex yang interaktif di lokasi di seluruh dunia – mungkin ada yang diadakan di kawasan anda tidak lama lagi!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top