Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Corak Harmonik: AB=CD

Corak Harmonik: AB=CD

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Sejak pengenalan kepada corak harmonik dalam buku Harold M. Gartley bertajuk Profits in the Stock Market pada tahun 1935, banyak perubahan yang telah berlaku. Oleh itu, sudah tentu corak Gartley 222 yang asli juga akan mengalami beberapa perkembangan – apatah lagi, satu-satunya perkara yang kekal ialah perubahan. Apabila melayari Internet, kita akan menemui banyak variasi yang berbeza bagi corak harmonik yang asli. Perkara sama yang diguna pakai oleh corak-corak ini ialah nisbah Fibonacci sebagai prasyarat.

Corak AB=CD

Salah seorang penulis tentang subjek ini, Scott M. Carney telah memperhalusi corak ini dengan menetapkan unsur baru dan nisbah Fibonacci yang khusus untuk mengesahkan pembentukannya. Hasilnya ialah corak yang kini dikenali sebagai corak AB=CD.

Corak AB=CB Bulis Sempurna

Apabila strukturnya memenuhi spesifikasi yang berikut, struktur itu layak sebagai corak AB=CD bulis sempurna.

Spesifikasinya adalah seperti yang berikut:

  • AB=CD
  • BC menjejak semula 0.618 bagi AB
  • CD tamat pada unjuran 1.618 bagi BC
  • Tempoh masa yang sama untuk AB dan CD

Walaupun masa bukan faktor yang paling dipercayai dalam analisis teknikal, masa ialah unsur bagi spesifikasi yang unik bagi corak AB=CD sempurna. Satu cara untuk mengukur masa yang diperlukan bagi setiap cabang (iaitu AB, CD) untuk dilengkapkan adalah dengan mengira batang lilin berpadanan yang mengandungi setiap cabang.

Corak AB=CB Bearis Sempurna

Peraturan yang sama juga digunakan apabila mengenal pasti corak AB=CD bearis sempurna:

  • AB=CD
  • BC menjejak semula 0.618 bagi AB
  • CD tamat pada unjuran 1.618 bagi BC
  • Tempoh masa yang sama untuk AB dan CD

Jika kita melihat lebih dekat pada carta harga sebenar, kita boleh melihat dengan jelas bahawa contoh di bawah layak sebagai corak AB=CD bearis sempurna.

Titik D ditentukan dengan penyempurnaan cabang CD yang memenuhi syarat AB=CD. Selain itu, perhatikan Zon Pembalikan Berpotensi yang memenuhi kedua-dua syarat yang diperlukan: Unjuran 161.8 bagi BC dan AB=CD. Bar Pembalikan juga dikenali sebagai Bar Harga Terminal, menguji kedua-dua garisan (161.8 bagi BC dan AB=CD). Satu-satunya syarat yang hampir, tetapi bukan dipenuhi 100% ialah faktor masa. Cabang CD mengambil lebih banyak masa untuk terbentuk berbanding cabang AB. Perlu ditekankan lagi bahawa masa bukanlah faktor yang sangat boleh dipercayai.

Berikut ialah satu lagi contoh carta harga sebenar; kali ini menunjukkan corak AB=CD bulis. Sekali lagi, semua syarat dipenuhi, dengan pengecualian kepada faktor masa. Cabang CD memerlukan lebih banyak masa untuk dilengkapkan berbanding cabang AB, kerana tempoh masa ini jauh lebih singkat.

Berdagang Mengikut Corak AB=CD

Berdagang mengikut corak AB=CD melibatkan peraturan untuk memasuki dagangan, mengunci untung yang berpotensi dan keluar dagangan dengan kerugian yang minimum jika pasaran mengikut arah yang bertentangan.

Kemasukan ke dalam dagangan, sama ada beli atau jual, dicetuskan apabila corak terbentuk. Dalam carta yang berikut, penyempurnaan corak berlaku pada titik D, dengan AB=CD. Selain itu, unjuran 161.8 bagi BC bersama dengan titik D menentukan Zon Pembalikan Berpotensi. Dalam contoh ini, Bar Harga Terminal menguji hammer kedua-dua titik D dan unjuran 161.8 bagi BC. Kehadiran hammer pada penghujung corak mengisyaratkan berakhirnya pergerakan bearis dan bermulanya pergerakan menaik yang baru. Inilah kemasukan beli anda. 

Oleh sebab tiada dagangan yang dijamin 100% menguntungkan, disarankan untuk membuat henti rugi perlindungan di bawah Zon Pembalikan Berpotensi. Apatah lagi, perkataan 'berpotensi' menunjukkan bahawa corak boleh bertukar kepada menaik atau terus mengikut trend pada masa itu. Jika terus mengikut trend pada masa itu, corak tersebut tidak sah dan kedudukan beli perlu dikeluarkan.

Ambil untung adalah lebih subjektif kerana memberikan pilihan yang berbeza. Keuntungan awal, biasanya 50% daripada kedudukan boleh ditempah pada penanda 0.618 antara paras tinggi (titik A) dan paras rendah (titik D) corak tersebut. Selebihnya boleh ditempah menggunakan trailing stop 0.382 atau pelanggaran garisan trend.

Kesimpulan

Corak Harmonik mendapat banyak momentum sejak akhir-akhir ini. Sejak kemunculannya pada tahun 1935, banyak corak telah melalui beberapa perbaikan. Penambahan nisbah Fibonacci dan unjuran memberikan lebih perincian pada spesifikasi ini. Inilah salah satu matlamat utama artikel ini — untuk memberikan pencerahan pada corak AB=CD sempurna. Lebih banyak artikel akan menyusul dan corak harmonik yang selebihnya akan didedahkan.

Belajar cara berdagang dengan FXTM

Ketahui cara membuat keputusan dagangan yang betul untuk gaya dan matlamat anda dengan sumber pendidikan kami yang komprehensif. Belajar dari rumah tentang bila dan bagaimana ia sesuai untuk anda dengan video pendidikan kami atau mendaftar untuk webinar secara jauh. Kami juga menganjurkan seminar dan bengkel forex yang interaktif di lokasi di seluruh dunia – mungkin ada yang diadakan di kawasan anda tidak lama lagi!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top