Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Mengenal Pasti Arah Aliran: Panduan untuk Pedagang Baru

Mengenal Pasti Arah Aliran: Panduan untuk Pedagang Baru

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Pada peringkat awal perdagangan, pengecaman arah aliran berfungsi sebagai kompas untuk pasaran. Kita semua pernah mendengar ungkapan "arah aliran ialah rakan anda", "jangan menentang arah aliran" dan "berdagang dengan arah aliran". Tetapi, apakah arah aliran dan mengapa arah aliran sangat penting?  Arah aliran ialah arah pasaran semasa. Arah yang kemungkinan besar akan dilalui harga pada masa depan.  Oleh itu, pengecaman arah aliran pada peringkat awal adalah penting dalam perdagangan pasaran kewangan.  Sama ada naik, turun atau mendatar, perlu ditentukan sebelum memasuki pasaran. Banyak sistem dagangan telah dibangunkan dengan peraturan yang tepat bagi masa untuk membuka kedudukan dagangan, keluar daripada dagangan yang rugi dan sudah tentu mengunci keuntungan yang berpotensi. Pengecaman arah aliran adalah salah satu asas bagi dagangan yang berjaya.

Nilai Atas dan Nilai Bawah

Satu cara yang biasa untuk mengesan arah aliran adalah melalui pemeriksaan visual. Mengesan nilai atas yang lebih tinggi dan nilai bawah yang lebih tinggi yang berterusan akan menandakan arah aliran menaik, manakala nilai atas yang lebih rendah dan nilai bawah yang lebih rendah akan menandakan arah aliran menurun. Nilai atas yang sama dan nilai bawah yang sama akan menandakan arah aliran mendatar, pasaran yang tiada arah aliran.  Walaupun pengecaman nilai atas dan nilai bawah kelihatan sangat mudah dalam pengalaman yang lepas, pedagang terutamanya pedagang baru kadang-kadang sukar untuk mencari arah aliran semasa, ia memerlukan latihan. Satu lagi cara yang biasa digunakan untuk mengecam arah aliran pada carta harga adalah dengan melampirkan alat teknikal yang direka untuk mengesan arah pasaran.  Penunjuk dan pengayun termasuk dalam kategori ini yang berdasarkan konsep statistik seperti statistik induktif.

Menggunakan alat dagangan seperti penunjuk dan pengayun ialah cara yang popular untuk mengenal pasti arah aliran semasa. Terdapat begitu banyak alat sebegitu, yang mungkin mengelirukan pedagang yang baru bermula, jadi kita akan memberikan tumpuan terhadap tiga penunjuk yang paling popular untuk mengenal pasti arah aliran.

Purata Bergerak

Satu alat yang sangat popular untuk pedagang ialah Purata Bergerak. Penunjuk ini memberikan tumpuan terhadap satu siri purata. Alat yang sangat mudah; apabila harga melepasi di atas garis melengkung Purata Bergerak, satu arah aliran menaik dijangkakan. Apabila harga melepasi ke bawah garis Purata Bergerak, arah aliran menurun biasanya terbentuk kerana terdapat lebih ramai penjual berbanding pembeli yang mempengaruhi harga.

MACD

Penunjuk Pencapahan Penumpuan Purata Bergerak atau singkatannya MACD, menunjukkan perbezaan antara dua purata bergerak eksponen (iaitu MA yang memberikan penekanan khas terhadap harga terbaru). Apabila garis keseimbangan (sifar) dilepasi, permulaan arah aliran baru diisyaratkan - seperti mana-mana pengayun lain. Bacaan MACD positif menandakan arah aliran menaik manakala bacaan MACD negatif menandakan bahawa harga telah menurun - ciri yang biasa untuk arah aliran menurun.

Momentum

Penunjuk ini mengukur kadar perubahan harga. Dengan kata lain, betapa cepatnya harga meningkat atau menurun. Bagi Momentum, garis keseimbangan adalah pada 100. Arah aliran menaik baru bermula apabila harga kelihatan meningkat dan pengayun melepasi garis keseimbangan - ini akan menjadi isyarat positif. Perkara yang bertentangan berlaku apabila harga menurun dan Momentum melepasi ke bawah garis keseimbangan. Jika begitu, ia isyarat negatif yang menunjukkan arah aliran menurun.

Pengesahan

Pertemuan ketiga-tiga penunjuk (iaitu Purata Bergerak, MACD dan Momentum) pada arah yang sama, meningkatkan kebarangkalian pasaran bergerak dalam arah aliran yang telah ditentukan. Oleh itu, apabila semua tiga penunjuk mengisyaratkan arah aliran yang sama, pedagang cenderung untuk lebih yakin dengan analisis mereka, dengan itu menjadikan dagangan mereka lebih berdisiplin.

Penafian: Kandungan artikel ini terdiri daripada pendapat dan idea peribadi, dan tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat peribadi dan/atau nasihat pelaburan yang lain dan/atau sebagai tawaran dan/atau permintaan untuk sebarang transaksi dalam instrumen kewangan dan/atau jaminan dan/atau ramalan untuk prestasi masa hadapan. FXTM, ahli gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerja tidak menjamin ketepatan, kesahan, ketepatan masa atau kelengkapan sebarang maklumat atau data yang disediakan dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berlaku daripada sebarang pelaburan berdasarkan maklumat atau data tersebut.

Amaran Risiko: Terdapat tahap risiko yang tinggi terlibat dalam produk dagangan berleveraj seperti forex dan CFD. Anda tidak seharusnya merisikokan lebih daripada jumlah yang anda boleh kerugian. Terdapat kemungkinan anda kerugian lebih daripada pelaburan awal anda. Anda tidak seharusnya berdagang melainkan anda memahami sepenuhnya pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Apabila berdagang, anda mesti sentiasa mempertimbangkan tentang tahap pengalaman anda. Jika risiko yang terlibat tidak jelas kepada anda, sila dapatkan nasihat kewangan pihak bebas.

NOTA UNTUK EDITOR
Jenama FXTM menyediakan perkhidmatan broker antarabangsa dan memberikan akses kepada pasaran mata wang global, menawarkan dagangan dalam forex, logam berharga, CFD Saham, CFD ETF dan CFD ke atas Niaga Hadapan Komoditi. Dagangan disediakan melalui platform MT4 dan MT5 dengan spread bermula daripada sekadar 1.3 pada akaun dagangan Standard dan daripada 0.1 pada akaun dagangan ECN. Sokongan dan perkhidmatan dagangan yang direka khusus disediakan berdasarkan keperluan dan cita-cita setiap pelanggan - daripada pedagang baru, sehingga pedagang berpengalaman dan pelabur institusi. ForexTime Limited dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), dengan nombor lesen 185/12, dilesenkan oleh FSB Afrika Selatan dengan nombor FSP 46614 dan berdaftar dengan FCA UK di bawah nombor rujukan 600475. FT Global Limited dikawal selia oleh International Financial Services Commission (IFSC) dengan nombor lesen IFSC/60/345/TS dan IFSC/60/345/APM.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top