Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Penerangan Tentang Perdagangan Julat

Penerangan Tentang Perdagangan Julat

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Pedagang yang baru mula belajar tentang pergerakan pasaran, tumpukan pada corak julat; salah satu daripada corak harga paling popular dalam analisis teknikal. Dalam sesuatu julat, harga melantun dari garis mendatar yang lebih rendah (sokongan) dan melantun semula ke bawah dari garis mendatar yang lebih tinggi (rintangan). Keadaan ini menghasilkan pergerakan harga yang mendatar atau "tiada arah aliran", yang sangat menarik perhatian pedagang berpengalaman, kerana apabila pedagang melihat julat pada masa yang lalu atau di atas kertas, seperti sangat mudah untuk menjana pendapatan.

Selagi pergerakan harga mendatar berterusan, pedagang mungkin berpotensi meningkatkan keuntungan mereka dengan membuka kedudukan panjang (long) di sekitar kawasan sokongan dan kedudukan singkat (short) di sekitar kawasan rintangan.

Pedagang berpengalaman tahu bahawa adalah tidak mencukupi untuk hanya berdagang semasa harga mencapai garis sokongan dan rintangan, pada kebanyakan masa pengesahan diperlukan. Dalam situasi ini, corak batang lilin pembalikan boleh menjadi sangat berkesan untuk membantu mengesahkan pergerakan dan ia perkara yang diberikan perhatian teliti oleh pedagang berpengalaman.

Berikut adalah beberapa contoh.

Hammer (Tukul)

Corak batang lilin pembalikan menaik (bulis) yang sangat popular, tukul mengandungi satu badan yang kecil dalam dua warna (hitam atau putih) dan bayangan di bawah yang 2-3 kali lebih besar daripada badan. Bayangan di atas adalah sangat kecil atau tiada.

Tukul berhampiran garis sokongan akan mengisyaratkan beli - isyarat beli dicetuskan apabila harga melebihi aras tinggi batang lilin. Aras henti rugi perlindungan boleh dibuat di bawah garis sokongan dan begitu juga, pesanan ambil untung boleh dibuat pada aras rintangan.

Shooting Star (Tahi Bintang)

Tahi bintang sebenarnya ialah tukul terbalik yang didapati berhampiran aras atas julat berdekatan garis rintangan. Ia berbentuk badan kecil (hitam atau putih) dengan bayangan di atas 2-3 kali panjang badan dan mempunyai bayangan di bawah yang sangat kecil atau tiada.

Sama seperti isyarat tukul mengisyaratkan beli, isyarat tahi bintang mengisyaratkan jual jika ia dikesan berdekatan dengan rintangan.

Sebaik sahaja harga jatuh di bawah aras rendah batang lilin, isyarat jual dicetuskan. Jika pasaran bergerak dalam arah bertentangan, henti rugi perlindungan boleh dibuat di atas rintangan untuk melindungi modal.

Harami Bulis

Corak ini terdiri daripada badan yang panjang dalam apa-apa warna, disusuli terus dengan badan kecil dalam apa-apa warna. Badan kedua ini mestilah cukup kecil untuk ditutup dalam julat badan sebelumnya yang lebih panjang.

Corak Harami ini ialah bulis jika didapati berdekatan dengan bahagian bawah julat dan jika harga melebihi aras atas badan yang lebih panjang, isyarat beli dicetuskan. Langkah yang bijak untuk membuat henti rugi di bawah garis sokongan dan ambil untung di bahagian atas julat untuk melindungi keuntungan anda.

Harami Bearis

Jika corak yang sama didapati berdekatan dengan garis sokongan, maka ia dipanggil Harami bearis dan mengisyaratkan isyarat jual. Begitu juga, jika harga jatuh di bawah aras rendah badan yang lebih panjang, maka isyarat jual dicetuskan.

Henti rugi perlindungan boleh dibuat berdekatan dengan kawasan atas julat, manakala aras ambil untung perlu berada berdekatan dengan bahagian bawah hujung julat.

Corak Bertapis

Terlebih beli dan terlebih jual yang melampau boleh dikenal pasti menggunakan penunjuk tradisional (contohnya, Stokastik) dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan corak batang lilin dalam julat yang diberikan.

Stokastik dan penunjuk terbatas yang lain, turun naik antara aras 0 dan 100. Jika menuju aras di bawah 20, biasanya menandakan pasaran terlebih jual dan jika di atas 80, menandakan pasaran terlebih beli.

Oleh sebab corak perubahan arah dipertimbangkan hanya apabila pasaran terlebih beli atau terlebih jual, penunjuk terbatas ini membantu meningkatkan kebolehramalan corak. Sebagai contoh, jika corak yang dinyatakan di atas dikesan berdekatan dengan bahagian atas julat dan penunjuk Stokastik (terutamanya, %D) di atas 80, corak tersebut menjadi ramalan yang lebih boleh dipercayai. Begitu juga, jika corak perubahan arah muncul berdekatan dengan garis sokongan dan penunjuk Stokastik (%D) sudah berada di bawah 20, ia juga dipertimbangkan sebagai isyarat yang boleh dipercayai.

Penting untuk diberi perhatian bahawa corak perubahan arah perlu diabaikan jika muncul di hujung dua garis mendatar, manakala penunjuk Stokastik di atas 20 dan di bawah 80, kerana tidak boleh dipercayai.

Sama ada anda pedagang baru atau berpengalaman, dagangan julat boleh menjadi kaedah analisis yang sangat membantu. Oleh itu, walaupun tindakan harga menjadikan dagangan kelihatan lebih menguntungkan dalam sempadan atas dan bawah julat, pedagang perlu berhati-hati.

Dagangan julat masih mengandungi risiko kerana harga sentiasa tidak dapat diramalkan. Harga boleh melepasi batasan julat pada bila-bila masa dan ke mana-mana arah.

Menggunakan penapis, seperti penunjuk terbatas tradisional, boleh meningkatkan kebolehpercayaan corak perubahan arah dalam julat yang diberikan. Satu contoh yang biasa adalah menggabungkan corak batang lilin pembalikan dengan Pengayun (Oscillator), apabila pasaran terlebih beli atau terlebih jual. Jika tidak disahkan oleh Pengayun, perubahan arah yang dikenal pasti tidak boleh diambil berat.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top