Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Anjakan dalam Dagangan Forex

Anjakan dalam Dagangan Forex

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Leonardo Fibonacci, ahli matematik Itali dari Pisa diberikan penghargaan kerana memperkenalkan sistem angka Hindu-Arab ke Eropah pada Zaman Pertengahan. Dalam buku beliau, Liber Abaci atau ‘Book of Calculation’, beliau juga memperkenalkan jujukan angka berpengaruh yang dikenali sebagai nombor Fibonacci.

Hubungan antara nombor-nombor dalam jujukan ini (iaitu nisbah) bukan sekadar menarik pada tahap teori. Ia kerap muncul di sekitar kita di dunia fizikal dan penting untuk mengekalkan keseimbangan dalam alam semula jadi dan seni bina. Ia juga penting dalam pasaran kewangan; ramai pedagang menggunakan nisbah Fibonacci untuk mengira aras sokongan dan rintangan dalam strategi dagangan forex mereka.

Apakah jujukan Fibonacci?

Setiap nombor dalam jujukan Fibonacci dikira dengan menambah dua nombor sebelumnya.

1

1

2

3

5

8

13

21

34

55

89

144

233

377

dan seterusnya sehingga infiniti

Walau bagaimanapun, perkara yang penting tentang corak ini ialah nisbah mana-mana nombor yang berikutnya dalam jujukan cenderung kepada 0.618.

jujukan Fibonacci 0.618

Selain itu, nisbah mana-mana nombor dengan nombor di dua tempat di hadapan dalam jujukan adalah sentiasa 0.382.

jujukan Fibonacci 0.382

Begitu juga, nisbah mana-mana nombor dengan nombor di tiga tempat di hadapan cenderung kepada 0.236.

jujukan Fibonacci 0.236

Nisbah-nisbah ini lazimnya dikenali sebagai nisbah Fibonacci.

Membahagikan nisbah-nisbah Fibonacci ini akan menghasilkan sama ada 0.618 atau 0.382:

Cara anjakan Fibonacci berfungsi

Dalam dagangan, nisbah-nisbah ini juga dikenali sebagai aras anjakan. Pedagang menunggu harga mendekati aras Fibonacci ini dan bertindak mengikut strategi mereka. Biasanya mereka mencari isyarat pembalikan pada aras anjakan yang diperhatikan secara meluas ini sebelum membuka kedudukan mereka. Aras yang paling lazim digunakan daripada tiga aras ini ialah 0.618 – songsangan nisbah emas (1.618), ditandakan dalam matematik dengan huruf Greek φ.

Cara melukis aras anjakan Fibonacci

Melukis aras anjakan Fibonacci ialah proses tiga langkah yang mudah:

Dalam trend menaik:

  • Langkah 1 – Kenal pasti arah pasaran: trend menaik
  • Langkah 2 – Letakkan alat anjakan Fibonacci di bahagian bawah dan seret ke sebelah kanan, sehingga ke bahagian atas
  • Langkah 3 – Pantau tiga aras sokongan yang berpotensi: 0.236, 0.382 dan 0.618

Trend menaik

Dalam trend menurun:

  • Langkah 1 – Kenal pasti arah pasaran: trend menurun
  • Langkah 2 – Letakkan alat anjakan Fibonacci di bahagian atas dan seret ke sebelah kanan, sehingga ke bahagian bawah
  • Langkah 3 – Pantau tiga aras rintangan yang berpotensi: 0.236, 0.382 dan 0.618

Trend menurun

Sudah tentu, adalah lebih boleh dipercayai untuk mencari pertembungan isyarat (iaitu lebih banyak sebab untuk mengambil tindakan pada kedudukan). Jangan terperangkap dengan mengandaikan bahawa oleh sebab harga mencapai aras Fibonacci, pasaran akan berbalik secara automatik.

Gabungkan aras Fibonacci dengan corak Candlestick Jepun, Oscillator dan Penunjuk untuk isyarat yang lebih kuat. Seperti yang boleh anda lihat dalam carta di bawah, corak “Three White Soldiers” disahkan dengan fakta bahawa harga didagangkan di atas garis Purata Bergerak dan sebagai tambahan MACD (Penumpuan / Pencapahan Purata Bergerak) di atas garis sifar.

Menggabungkan corak isyarat

Berdagang menggunakan anjakan Fibonacci

Setiap pedagang, terutamanya pedagang baru mengimpikan untuk menguasai teori Fibonacci. Ramai pedagang menggunakannya untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan pada carta harga yang mencadangkan pembalikan mungkin berlaku. Ramai yang memasuki pasaran hanya kerana harga telah mencapai salah satu nisbah Fibonacci pada carta. Itu tidak mencukupi! Lebih baik untuk mencari lebih banyak isyarat sebelum memasuki pasaran, seperti pembentukan Candlestick Jepun pembalikan atau Oscillator melintasi garis dasar atau Purata Bergerak mengesahkan keputusan anda.

Belajar cara berdagang dengan FXTM

Ketahui cara membuat keputusan dagangan yang betul untuk gaya dan matlamat anda dengan sumber pendidikan kami yang komprehensif. Belajar dari rumah tentang bila dan bagaimana ia sesuai untuk anda dengan video pendidikan kami atau mendaftar untuk webinar secara jauh. Kami juga menganjurkan seminar dan bengkel forex yang interaktif di lokasi di seluruh dunia – mungkin ada yang diadakan di kawasan anda tidak lama lagi!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top