Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Pendedahan Sokongan dan Rintangan

Pendedahan Sokongan dan Rintangan

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Kebanyakan pedagang, termasuk pedagang baru mengetahui bahawa harga yang mencapai garis sokongan, melantun naik dan harga yang mencapai garis rintangan akan berundur semula. Hal ini berlaku pada aktiviti harga dalam suatu julat. Malah, ia terkandung dalam takrif julat - tindakan harga dalam kawasan yang terbatas pada carta. Oleh itu, dagangan julat sangat popular - begitu popular sehinggakan banyak sistem direka berkaitan dengan sokongan dan rintangan dagangan dan memanfaatkannya sepenuhnya daripada laluan harga yang ditentukan lebih awal.

Masalahnya adalah sukar untuk mengetahui bila harga akhirnya akan melepasi pergerakan mendatar dalam julat tersebut, terutamanya apabila volum tidak boleh didapati.

Apakah Sokongan?

Titik apabila permintaan mengatasi bekalan, betul-betul di bawah harga yang dipersoalkan, dikenali sebagai sokongan. Dengan kata lain, pada aras ini harga ditolak ke atas kerana terdapat lebih banyak tekanan untuk membeli berbanding menjual.

Apabila harga mencapai aras ini, pergerakan yang dominan (ke bawah) akan berhenti dan arah berubah ke atas. Sokongan kadang-kadang dirujuk sebagai bahagian bawah (bottom) atau jurang (trough).  

Apakah Rintangan?

Titik apabila bekalan mengatasi permintaan, betul-betul di atas harga yang dipersoalkan, dikenali sebagai rintangan. Dengan kata lain, pada aras ini harga ditolak ke bawah kerana terdapat lebih banyak tekanan untuk menjual berbanding membeli.

Oleh itu, apabila harga mencapai aras ini, pergerakan yang dominan (ke atas) akan berhenti dan arah berubah ke bawah. Rintangan kadang-kadang dirujuk sebagai bahagian atas (top) atau puncak (peak).  

Apakah Arah Aliran Meningkat (Uptrend)?

Beberapa bahagian atas (atau puncak) yang lebih tinggi dan bahagian bawah (atau jurang) yang lebih tinggi membentuk corak yang dikenali sebagai arah aliran menaik. Semasa jenis arah aliran ini, aras rintangan tidak dapat bertahan dengan tekanan membeli apabila permintaan mendominasi bekalan. Akibatnya, harga melepasi aras rintangan dan mencatatkan bahagian tinggi yang lebih tinggi pada carta. 

Apakah Arah Aliran Menurun?

Beberapa bahagian atas yang lebih rendah dan bahagian bawah yang lebih rendah membentuk corak yang dikenali sebagai arah aliran menurun. Semasa jenis arah aliran ini, aras sokongan tidak dapat bertahan dengan tekanan menjual apabila bekalan mendominasi permintaan. Akibatnya, harga melepasi aras sokongan dan mencatatkan bahagian rendah yang lebih rendah pada carta.

Apakah Garis Arah Aliran Meningkat?

Garis arah aliran meningkat berfungsi sebagai sokongan semasa pergerakan harga ke atas; iaitu garis yang harga biasanya melantun naik. Seperti sokongan, harga dipaksa lebih tinggi kerana terdapat lebih banyak tekanan untuk membeli berbanding menjual.

Apakah Garis Arah Aliran Menurun?

Garis arah aliran menurun berfungsi sebagai rintangan semasa pergerakan harga ke bawah; iaitu garis yang harga biasanya ditolak turun semula. Seperti rintangan, harga dipaksa lebih rendah kerana terdapat lebih banyak tekanan untuk menjual berbanding membeli.

Peranan Purata Bergerak

Jika anda mahukan bukti bahawa aras sokongan dan rintangan bukan hanya ditandakan dengan garis lurus, anda hanya perlu melihat pada purata bergerak. Garis arah aliran yang melengkung ini juga bertindak sebagai sokongan dan rintangan.

Semasa ayunan ke atas, harga menjauhi purata bergerak dan mencatatkan bahagian tinggi yang lebih tinggi - menandakan permintaan mengatasi bekalan. Apabila harga ditarik balik, harga menemui sokongan dengan purata bergerak, apabila tekanan untuk membeli menjadi lebih kuat daripada tekanan untuk menjual.

Perkara yang bertentangan berlaku semasa ayunan ke bawah. Harga menjauhi purata bergerak dan mencatatkan bahagian rendah yang lebih rendah - menandakan bekalan mengatasi permintaan. Apabila harga melantun semula ke atas, harga menemui rintangan dengan purata bergerak, apabila tekanan untuk menjual menjadi lebih kuat daripada tekanan untuk membeli.

Cara Berdagang Sokongan

Kebanyakan pedagang begitu meneliti aras sokongan dan rintangan semasa dagangan mereka. Logiknya agak mudah; oleh sebab arah aliran harga akan melantun ke atas dari garis sokongan, reaksi biasa adalah mencari sebab untuk membeli.

Alasan-alasan ini biasanya diperoleh dalam bentuk corak bulis seperti bahagian bawah berganda (double bottom), kepala dan bahu terbalik (inverse head and shoulders) atau bahagian bawah ganda tiga (triple bottom), sekadar beberapa contoh.

Alasan lain untuk membeli adalah jika pembentukan kaki lilin (candlestick) bulis seperti tukul (hammer) dikesan, sebagai contoh.

Cara Berdagang Rintangan

Oleh sebab harga cenderung untuk ditarik ke bawah dari garis rintangan, reaksi biasa adalah mencari sebab untuk menjual.

Alasan-alasan ini biasanya diperoleh dalam banyak bentuk dan saiz, termasuk kehadiran pembentukan bahagian atas berganda, kepala dan bahu atau bahagian atas ganda tiga.

Alasan lain untuk menjual adalah jika pembentukan kaki lilin (candlestick) bearis seperti tahi bintang (shooting star) dikesan, sebagai contoh.

Apakah Dagangan Ayunan (Swing Trading)?

Tindakan harga diketahui selalunya memecahkan garis sokongan dan melepasi rintangan - bergerak menentang kecenderungan biasa untuk dihentikan oleh mana-mana aras. Pergerakan harga ini boleh berlaku semasa arah aliran menaik atau arah aliran menurun. 

Dalam keadaan arah aliran ke atas, pedagang cenderung untuk membeli apabila tindakan harga melepasi aras rintangan. Perkara yang sama juga berlaku semasa pembalikan arah aliran; iaitu apabila arah aliran menurun menamatkan trajektorinya dan arah aliran meningkat mula membentuk. 

Dalam keadaan arah aliran ke bawah, pedagang cenderung untuk menjual apabila tindakan harga melangkaui aras sokongan. Perkara yang sama juga berlaku semasa pembalikan arah aliran; iaitu apabila arah aliran meningkat menamatkan trajektorinya dan arah aliran menurun mula membentuk.

Kesimpulannya

Ramai pedagang akan mencari aras sokongan dan rintangan apabila mereka mahu memanfaatkan sepenuhnya corak kelakuan yang dipratentukan, dalam kawasan terhad pada carta, seperti julat.

Amalan yang biasa adalah memberikan perhatian untuk membeli pada titik apabila harga melantun dari sokongan dan menjual apabila harga ditarik balik dari rintangan. Pedagang diberikan amaran agar berhati-hati dan tidak bersikap begitu selesa apabila berdagang sokongan dan rintangan, tetapi secara umumnya, jika tingkah laku seperti ini menjadi jelas, ia biasanya penunjuk bagi peluang dagangan yang baik.

Apabila berdagang sokongan, cari alasan teknikal yang kukuh untuk membeli - jangan sekadar bergantung pada hakikat bahawa harga telah mencapai garis tersebut. Perkara yang sama juga untuk menjual pada aras rintangan. 

Jika rintangan tidak bertahan semasa pergerakan ke atas dan harga melepasi satu aras rintangan ke aras rintangan yang lain, hal ini menjadi peluang mengikuti arah aliran untuk membeli.

Jika rintangan tidak bertahan semasa pergerakan ke bawah dan harga melepasi satu aras sokongan ke aras sokongan yang lain, hal ini menjadi peluang mengikuti arah aliran untuk menjual.

Akhirnya, tanpa mengira kata-kata orang lain, mengikuti aras sokongan dan rintangan boleh menjadi berharga untuk pedagang, tetapi tidak seharusnya bergantung sepenuhnya padanya. Kadang-kadang, dapat bertahan dan kadang-kadang tidak! Oleh itu, berdaganglah dengan bijak. 

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top