Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Asas Perdagangan dalam Pasaran Kewangan

Asas Perdagangan dalam Pasaran Kewangan

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Semua pedagang, tanpa mengambil kira pengalaman atau latar belakang mereka, tahu bahawa memiliki sistem dagangan yang kukuh sebagai sebahagian daripada kelengkapan mereka adalah sangat penting bagi potensi kejayaan dalam pasaran forex. Sistem dagangan yang kukuh ialah sistem yang telah dicuba dan diuji, dengan rekod prestasi yang terbukti mengaut keuntungan dan dalam masa yang sama meminimumkan kerugian. Selain itu, sistem dagangan yang kukuh ialah sistem yang ditentukan mengikut arah aliran; dengan kata lain, sistem yang mengikut arah aliran. Oleh sebab arah aliran lebih berkemungkinan untuk meneruskan arah yang sudah ada, pendekatan yang mengikut arah aliran menjadi pilihan berbanding jenis sistem yang lain. Dalam jenis sistem ini, titik masuk dan keluar bagi sesuatu kedudukan ditentukan oleh kaedah yang jelas.  

Mencari titik Masuk yang "Sempurna"

Pedagang yang baru bermula untuk membiasakan diri dengan sistem dagangan meluangkan banyak masa mencari  titik masuk yang ideal dalam pasaran. Mereka mencari "Holy Grail" bagi titik masuk, selalunya kecewa dan ditenggelami dengan begitu banyak alat teknikal yang boleh digunakan untuk meneliti semua kemungkinan. Realitinya, matlamat pedagang yang mengikut arah aliran adalah untuk mengenal pasti arah aliran pada masa peringkat awal, sebelum ia berkembang menjadi arah aliran besar-besaran. Sebaik sahaja mereka membangunkan kemahiran ini, mereka mula mendapat pengalaman yang diperlukan untuk mengenal pasti arah aliran dengan segera - seperti corak pembalikan yang berkebarangkalian tinggi.

Contoh jenis corak ini termasuk Kepala dan Bahu, Atas Berganda, Atas Ganda Tiga, Kepala dan Bahu Songsang, Bawah Berganda dan Bawah Ganda Tiga - semuanya boleh dikenali pada carta harga. Bagi corak pembalikan, penting untuk mengingati prasyarat ini: pedagang mesti mengenal pasti terlebih dahulu arah aliran semasa sebelum mencari pembalikan. Pedagang baru juga kerap termasuk dalam perangkap untuk mencari pembalikan dalam suatu julat.  

Henti Rugi untuk Perlindungan

Setiap sistem dagangan yang serius perlu direka bentuk untuk melindungi modal pedagang. Satu cara untuk memastikannya adalah melalui henti rugi. Henti rugi permulaan, sebagai contoh, adalah berdasarkan pembalikan berkaitan yang mencetuskan kemasukan.

Lebih khusus, henti rugi permulaan ditempatkan di bahagian atas corak pembalikan adalah perlu untuk kemasukan singkat ke dalam pasaran.  

Sebaliknya, henti rugi permulaan perlu ditempatkan di bahagian bawah pembentukan pembalikan untuk kemasukan panjang.

Tujuan paling penting henti rugi adalah melindungi pedagang daripada pergerakan harga yang mendadak dan tidak dapat diramal.

Ambil Untung

Konsep untung ialah perkara yang benar-benar memisahkan pedagang baru daripada profesional. Pedagang baru biasanya mengalami kesukaran untuk menemui kemasukan ke pasaran yang sempurna, manakala pedagang yang lebih berpengalaman sentiasa memerhatikan kaedah ambil untung.

Perkara yang pasti menghasilkan ganjaran paling besar, setakat yang boleh dilakukan oleh teknik ambil untung, ialah pembalikan pada arah bertentangan.

Sebaik sahaja sebab untuk berada dalam pasaran lenyap, mana-mana kedudukan yang masih terbuka ditutup dan keuntungan yang berpotensi dikunci. Masalahnya ialah penetapan ini tidak cukup kerap pada carta harga untuk membolehkan pedagang hanya bergantung pada perkara ini. Teknik ini juga mempunyai surutan yang besar, iaitu satu lagi kekurangannya. Perkara ini boleh memberikan akibat negatif terhadap psikologi pedagang, yang boleh menyebabkan malapetaka.

Dari segi teknik ambil untung yang popular, pedagang kerap memilih "henti rugi mengekor" (trailing stop loss) - yang secara automatik dilaraskan mengikut arah aliran semasa pergerakan pasaran. Dengan kaedah ini, potensi keuntungan mungkin menghasilkan jumlah yang lebih kecil berbanding menutup seluruh kedudukan pada masa pembalikan dalam arah bertentangan, tetapi juga kurang surutan.   

Begitu juga, menetapkan aras ambil untung yang dipratentukan dan mengunci keuntungan apabila telah dicapai juga satu lagi teknik popular. Mengira aras yang dipratentukan boleh dilakukan dalam beberapa cara, cara yang popular adalah menggunakan aras Fibonacci (1.618, 2.618 dan 4.236). Walaupun teknik ini boleh menghasilkan jumlah keuntungan yang lebih kecil berbanding penutupan keseluruhan kedudukan pada masa pembalikan dalam arah bertentangan, penting untuk diingati bahawa ia juga mengurangkan surutan, yang merupakan kelebihan besar untuk psikologi pedagang.

Ringkasan

Untuk berdagang dalam pasaran kewangan, pedagang memerlukan sistem dagangan kukuh yang bergantung pada teknik mengikut arah aliran dan strategi masuk dan keluar yang jelas. Menempatkan henti rugi perlindungan adalah sangat penting bagi keselamatan modal pedagang, walaupun pedagang baru biasanya sukar untuk menerima kerugian.

Ambil untung juga sama penting seperti henti rugi apabila melibatkan pengurusan surutan dan tidak melemahkan set minda psikologi pedagang, dengan fokus utama selebihnya adalah untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Dalam pasaran masa kini, yang terdedah pada tahap turun naik yang tinggi dan pergerakan harga yang tidak dapat diramal, sistem dagangan yang kukuh dengan peratusan mendapat untung lebih tinggi berbanding rugi adalah lebih disukai walaupun keuntungan lebih kecil. 

Matlamat paling penting bagi mana-mana pedagang adalah menjaga modal - walau apa-apa pun berlaku! Ingatlah, pasaran akan sentiasa dibuka untuk lebih banyak peluang dagangan esok.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top