Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Corak Gartley Asli

The Original Gartley Pattern

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Apabila mengkaji corak Gartley, kita boleh menemui banyak versi yang berbeza kerana penulis yang berlainan menambah pendapat mereka sendiri. Oleh itu, orang yang baru berjinak-jinak dengan analisis teknikal boleh menghadapi kesulitan untuk mengenal pasti corak yang asli seperti yang dibentangkan pada tahun 1935 oleh H.M. Gartley sendiri dalam buku beliau Profits in the Stock Market, oleh itu untuk sesiapa yang berminat — izinkan saya membentangkannya di sini! Sila ambil perhatian bahawa corak ini telah dibangunkan pada asalnya untuk pasaran saham dan memerlukan penunjuk volum, yang tidak tersedia dalam semua pasaran — termasuk pertukaran asing.

Corak Gartley Bulis

Selepas penurunan, seperti yang ditunjukkan oleh cabang panjang AB, volum semakin kehabisan dan pedagang bull mendapati harga rendah menarik. Mereka memasuki pasaran secara agresif dengan kedudukan beli, menyebabkan pasaran semakin menaik. Lantunan kenaikan yang sebentar ini (iaitu BC) diiringi dengan volum yang meningkat dan tidak dapat dielakkan akan tamat pada titik C. Oleh sebab arah bearis pasaran masih berterusan dan bekalan lebih besar daripada permintaan, pasaran menurun lagi seperti yang dijangkakan.

Kemasukan Beli

Lebih khusus, penurunan ialah 33% - 50% daripada segmen BC. Di sinilah pasaran menemui sokongan dan kemasukan beli dibuat, seperti yang dicadangkan oleh volum yang menurun. Volum, jika ada, akan memberikan ramalan tentang kekuatan/kelemahan pergerakan. Contohnya, pada titik B, volum akan kehabisan, manakala pada lantunan menaik segmen BC akan menunjukkan volum yang meningkat. Hal ini memberikan bayangan tentang arah pasaran yang akan datang, kerana volum ialah penunjuk utama. Kemasukan beli dibuat dengan jangkaan bahawa pasaran akhirnya akan membentuk corak Kepala & Bahu songsang atau Paras Terendah Berganda apabila harga melebihi paras tinggi terakhir pada C. Gartley menyebut bahawa kedua-dua corak ini ialah pembalikan yang paling penting dan paling berharga:

  • Kepala & Bahu (dan songsangnya)
  • Paras Tinggi Berganda (dan Paras Terendah Berganda)
  • Pembundaran
  • Pelebaran

Kemasukan Beliimg-responsive

Satu lagi peluang kemasukan beli dilihat pada titik C apabila pasaran melebihi paras tinggi yang sepadan. Ini ialah kemasukan Kepala & Bahu Songsang atau Paras Terendah Berganda.

Henti Rugi

Sistem dagangan tidak akan lengkap tanpa peraturan pengurusan risiko dan lebih khususnya, henti rugi perlindungan untuk menangani pergerakan harga yang tidak dijangka selepas kemasukan. Henti rugi dibuat secara strategik di bawah titik B, dengan sebarang pergerakan harga yang mungkin berlaku boleh membatalkan corak bulis.

Ambil Untung

Menggunakan sasaran/objektif harga minimum biasa dalam pembalikan Kepala & Bahu Songsang dan Paras Terendah Berganda, ketinggian daripada B hingga C akan diunjurkan ke titik C. Henti mengekor (Trailing stop) boleh digunakan pada paras terendah yang seterusnya untuk melindungi keuntungan yang berpotensi.

Corak Gartley Bearis

Selepas kenaikan, seperti yang ditunjukkan oleh cabang panjang AB, volum semakin berkurangan. Pedagang Bear mendapati harga yang tinggi menarik dan memasuki pasaran secara agresif, dengan kedudukan jual dan menyebabkan pasaran semakin menurun. Lantunan semula menurun yang sebentar ini (iaitu BC) diiringi dengan volum yang meningkat dan tidak dapat dielakkan akan tamat pada titik C. Oleh sebab arah bulis pasaran masih berterusan dan permintaan lebih besar daripada bekalan, pasaran menaik lagi seperti yang dijangkakan.

Corak Gartley Bearis

Kemasukan Jual

Lebih khusus, kenaikan yang sebentar dari titik C ialah 33% - 50% daripada cabang BC. Di sinilah pasaran menemui rintangan dan kemasukan jual dibuat, seperti yang dicadangkan oleh volum yang menurun. Volum pada titik B akan kehabisan, manakala pada lantunan semula, segmen BC akan menunjukkan volum yang meningkat. Hal ini membayangkan arah penurunan yang akan datang bagi pasaran. Kemasukan jual dibuat dengan jangkaan bahawa pasaran akhirnya akan membentuk pembalikan Paras Tinggi Berganda atau Kepala & Bahu. Selain itu, satu lagi peluang kemasukan jual dilihat pada titik C apabila pasaran menurun ke paras terendah yang sepadan, membentuk pembalikan Kepala & Bahu atau Paras Tinggi Berganda.

Henti Rugi

Sekali lagi, henti rugi perlindungan adalah sangat penting untuk bantu melindungi modal pedagang. Henti rugi dibuat secara strategik di atas titik B, dengan sebarang pergerakan harga yang mungkin berlaku boleh membatalkan corak bearis.

Ambil Untung

Sasaran/objektif harga minimum biasa dalam pembalikan Kepala & Bahu dan Paras Terendah Berganda, ketinggian daripada B hingga C akan diunjurkan ke titik C. Henti mengekor (Trailing stop) boleh digunakan pada paras tinggi yang seterusnya untuk melindungi keuntungan yang berpotensi.

Kesimpulan

Corak Gartley asli mungkin kelihatan sama dengan pembetulan ABC yang didapati dalam Teori Gelombang Elliott. Gartley menyebut julat yang tepat (33% - 50%) daripada pergerakan balas dari titik C sebelum kemasukan ke dalam pasaran. Henti rugi adalah sangat penting dan henti rugi mengekor boleh digunakan untuk melindungi keuntungan.

Belajar cara berdagang dengan FXTM

Ketahui cara membuat keputusan dagangan yang betul untuk gaya dan matlamat anda dengan sumber pendidikan kami yang komprehensif. Belajar dari rumah tentang bila dan bagaimana ia sesuai untuk anda dengan video pendidikan kami atau mendaftar untuk webinar secara jauh. Kami juga menganjurkan seminar dan bengkel forex yang interaktif di lokasi di seluruh dunia – mungkin ada yang diadakan di kawasan anda tidak lama lagi!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top