Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Pendedahan Purata Bergerak Eksponen

Pendedahan Purata Bergerak Eksponen

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Purata Bergerak adalah salah satu penunjuk yang sering digunakan dalam pasaran kewangan.

Seperti kebanyakan penunjuk, ia sangat mudah untuk digunakan pada carta harga – anda hanya perlu menyeretnya ke atas harga. Tafsirannya juga agak mudah; beli di atas atau jual di bawah garis purata bergerak. Tidak hairanlah begitu ramai pedagang teknikal, juga fundamentalis, menggunakannya untuk kajian dan perdagangan mereka.

Sudah tentu, purata bergerak hadir dalam pelbagai 'perisa'. Beberapa nama seperti Purata Bergerak Mudah, Berwajaran Linear, Geometri, Eksponen, Segi Tiga, Terlaras Volum dan Pemboleh Ubah.

Jika anda baru mengenali purata bergerak, anda pasti tertanya-tanya kaedah mana yang terbaik.

Purata Bergerak Mudah (Aritmetik)

Kebanyakan pedagang mula membuat percubaan dengan Purata Bergerak Mudah (Aritmetik) pada awal kerjaya perdagangan mereka.

Penunjuk ini dikira dengan menambah harga penutup bagi beberapa kaki lilin (sama dengan tempoh masa purata bergerak) kemudian membahagikan nombor ini dengan jumlah keseluruhan harga. Hasilnya dikenali sebagai purata. Harga paling lama kemudiannya digugurkan (iaitu dibuang daripada pengiraan) dan formula yang sama digunakan untuk harga seterusnya. Oleh itu, ia menjadi purata bergerak.

Sebagai contoh, pengiraan untuk 5 tempoh purata bergerak mudah bermula dengan harga dari indeks 7 hingga 3, kemudian harga pada indeks 7 digugurkan dan purata berikutnya termasuk harga pada indeks 6 hingga 2, selepas itu harga pada indeks 6 digugurkan dan kiraan seterusnya menggunakan harga pada indeks 5 hingga 1:

IndeksHargaPurata
71.10110
61.10120
51.10125
41.10140
31.101431.101276
21.101491.101354
11.101561.101426

Berikut ialah formula dalam bentuk notasi matematik:

Purata Bergerak Mudah = [Harga(n) + Harga(n-1) + Harga(n-2)  + … + Harga(1)] / n

Dengan n ialah tempoh bagi purata bergerak

Walau bagaimanapun, apabila pelabur menimba lebih banyak pengalaman, mereka mula memahami kelemahan dalam purata bergerak mudah. Lat, sebagai contoh, mengambil kira hanya harga di dalam selang masa tersebut dan menetapkan wajaran yang sama pada semua harga dalam tempoh tersebut. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, penganalisis teknikal menghasilkan kaedah pengiraan yang lain, seperti Purata Bergerak Eksponen (EMA).

EMA

Kaedah ini menangani bias yang wujud dalam purata bergerak mudah, terutamanya masalah dengan wajaran sama, kerana ia hanya mengambil kira harga dalam tempoh yang dipratentukan. Secara faktanya, EMA mengambil kira semua harga yang tersedia di dalam kiraannya dan menetapkan wajaran yang lebih pada harga terkini. Walau bagaimanapun, lat masih menjadi kelemahannya.

 Berikut ialah formula EMA:

EMA = (Harga(i)*P)+(EMA(i-1)*(1-P))

Dengan P ialah tempoh dan i ialah indeks kaki lilin.

                       

Ini ialah formula rekursif yang pedagang paling berpengalaman sekalipun akan mengalami kesulitan untuk memahaminya. Mungkin, jika kami menulis formula dalam cara yang lain, ia akan lebih mudah difahami. Sebagai contoh:

EMA = (Harga semasa – EMA sebelumnya) * pengganda + EMA sebelumnya

Dengan pengganda = 2/Tempoh + 1

Mari perhatikan pengiraan 10 tempoh Purata Bergerak Eksponen. Perhatikan bahawa EMA yang paling lama (iaitu untuk indeks 10) dikira sebagai Purata Bergerak Mudah bagi harga sebelumnya.

Pengganda = 2/(Tempoh+1)

                   = 2(10+1)

                   = 2/11

                   = 0.18182

Bilangan Tempoh

Salah satu dilema terbesar yang pedagang hadapi adalah membuat keputusan bagi bilangan tempoh untuk digunakan dengan EMA.

Terdapat beberapa pemboleh ubah untuk dipertimbangkan semasa membuat keputusan tentang tempoh berkala bagi purata bergerak, ini termasuk:

  • Kelaziman Pasaran
  • Pemalar
  • Ketaktentuan
  • Pengoptimuman
  • Kitaran pradominan

Dalam pasaran saham, kami melihat pedagang kebiasaannya bergantung pada purata bergerak dengan 200 tempoh. Dalam pasaran pertukaran asing, tempohnya lebih pendek; antaranya 50, 20 atau 10. Antara faktor penentu yang lain ialah ketaktentuan dalam pasaran tertentu. Pasaran arah aliran menunjukkan tempoh yang lebih pendek, yang mana ketaktentuan yang rendah mencadangkan tempoh yang lebih lama bagi mengelakkan kecelaruan (isyarat palsu). Pengoptimuman yang kerap ialah cara lain bagi mengenal pasti tempoh yang “terbaik”. Sebaliknya, sesetengah pedagang menggunakan tempoh yang tetap untuk semua pasaran dan tempoh masa. Pilihan di tangan anda!

Analisis Arah Aliran

Mengenal pasti arah aliran adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menggunakan purata bergerak. Apabila harga naik di atas garisan, maka pergerakan menaik mungkin dalam akan terbentuk.

Sebaliknya, apabila harga jatuh di bawah garisan, maka pergerakan menurun mungkin akan bermula.

Purata bergerak membuatkan pengenalpastian melampau kelihatan sangat mudah. Apabila harga jauh di atas purata bergerak, ini mungkin memberikan isyarat dagangan terlebih beli. Apabila harga jauh di bawah purata bergerak, ini menunjukkan aras terlebih jual mungkin sudah dicapai.

Tafsiran

Seperti Purata Bergerak Mudah, isyarat beli akan dihasilkan apabila harga bergerak di atas purata bergerak. Begitu juga, isyarat jual akan dihasilkan apabila jatuh di bawah purata bergerak. Bagi mengelakkan isyarat palsu, pengesahan harga diperlukan bagi kebanyakan masa. Sebagai contoh, isyarat beli perlu berdekatan di atas garisan purata bergerak. Begitu juga, isyarat jual perlu berdekatan di bawah.

Tidak dinafikan, kecelaruan atau isyarat palsu masih menjadi salah satu kelemahan yang utama bagi purata bergerak. Satu cara untuk mengurangkannya, ialah dengan menunggu 'tip' bagi garisan purata bergerak menuju ke atas sebelum membuat pesanan beli, atau menuju ke bawah apabila membuat kedudukan pendek. Namun begitu, kesemua isyarat memerlukan pengesahan daripada harga itu sendiri.

Sudah tentu, purata bergerak boleh digabungkan dengan penunjuk dan pengayun lain bagi memberi pedagang ketepatan yang lebih baik.

Kesimpulan

Purata Bergerak Eksponen ialah alat yang berguna dan menjadi sebahagian daripada senjata ramai pedagang. Kemudahannya dalam mengenal pasti arah aliran, serta fakta bahawa kaedah ini menangani kedua-dua kritikan pada purata bergerak mudah, menjadikan kaedah ini menjadi pilihan ramai pedagang. Walau bagaimanapun, digabungkan dengan kelewatan dalam isyarat, isyarat palsu boleh mengakibatkan kesulitan apabila terperangkap dalam pasaran mendatar.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top