Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Keputusan dagangan: Apakah harga “terbaik” untuk dikenakan?

Keputusan dagangan: Apakah harga “terbaik” untuk dikenakan?

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Pedagang yang melakukan keputusan dagangan mereka berdasarkan alat analisis teknikal pastinya akan menghadapi dilema dalam menentukan “harga” terbaik dikenakan dalam pengiraan alat teknikal mereka. Memandangkan kini, kebanyakan pedagang menggunakan strategi batang lilin Jepun untuk memahami harga pada carta harga masing-masing, penting untuk difahami bahawa terdapat empat harga ketara yang boleh didapati, iaitu harga buka, harga tinggi, harga rendah dan harga tutup. Sememangnya inilah bilangan pilihan minimum untuk pedagang yang terdapat pada carta batang lilin. Selain itu, terdapat juga beberapa kombinasi lain yang berbeza, menjadikan penentuan “harga” sebagai satu tugasan yang menyukarkan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pedagang baru. 

Batang Lilin

Harga penutup

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kebanyakan pedagang, sama ada pedagang baru mahupun pedagang profesional, masing-masing menganggap harga penutup sebagai yang paling berguna. Tanggapan ini sering kali dipengaruhi oleh pedagang pasaran saham yang percaya bahawa harga terakhir pada setiap hari menjadi penentu utama dalam pembuatan keputusan dagangan bermaklumat. Ini termasuk sentimen harian (berdasarkan pengumuman ekonomi, perkembangan kewangan, kedudukan politik dan psikologi orang ramai), yang turut mencerminkan perkara yang diharapkan untuk berlaku sebelum sesi pembukaan pasaran berikutnya.

Malah, Charles Dow yang turut dianggap sebagai “bapa” analisis teknikal, turut menganggap bahawa harga penutup sebagai harga yang paling penting dalam sehari. Namun, bagaimanakah tukaran asing berkenaan dapat mempengaruhi harga penutup? Berbeza daripada pasaran saham yang tidak dibuka 24 jam sehari tetapi dibuka pada masa tertentu di waktu pagi dan ditutup pada masa tertentu di waktu petang, pasaran tukaran asing dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Ia merupakan pasaran yang berterusan tanpa masa pembukaan dan penutupan yang khusus!

Daripada masa pembukaan dan penutupan yang khusus, pasaran tukaran asing menawarkan rangka masa yang berbeza. Setiap batang lilin mewakili aktiviti harga pada julat waktu yang boleh laras: 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan. Pedagang forex boleh mengenal pasti harga penutup pada penghujung batang lilin dalam cara yang sama pedagang saham mengenal pasti harga mereka dalam pasaran saham.

Pilihan harga lain

Oleh itu, tanpa mengira pasaran yang didagangkan, persoalan utama di sini adalah: apakah harga “terbaik” yang dapat dikenakan? Untuk itu, platform dagangan menawarkan beberapa pilihan harga yang berbeza:

  • Buka
  • Tinggi
  • Rendah
  • Tutup
  • Median
  • Tipikal
  • Tutup Berpemberat

Pilihan harga

Sememangnya pilihan tersebut adalah bersifat subjektif dan boleh dipersoalkan, tetapi saya percaya bahawa ada keadaan yang menjadikan satu harga lebih baik berbanding yang lain.

Salah satu cara untuk menentukan harga “terbaik” adalah dengan mengikut keadaan pasaran. Contohnya, dalam pasaran saham, kebanyakan pedagang memerhatikan harga penutupan harian, jadi kita boleh memanfaatkannya dalam mengira alat teknikal.

Harga buka

Selain itu, harga buka mewakili tindak balas pedagang terhadap sebarang perkembangan sejak penutupan terakhir. Kaedah Profil Pasaran memanfaatkan harga buka dalam memberikan isyarat terhadap tindak balas pasaran.

Harga Median

Pedagang juga boleh menentukan titik tengah pada batang lilin, iaitu (tinggi + rendah) / 2 berbanding untuk mengharapkan pada satu harga sahaja. Titik harga ini dikenali sebagai harga median. Penanda Alligator memanfaatkan harga median untuk mengira bibir, gigi dan rahang “buaya”.

Alligator

Harga tipikal

Satu cara lain untuk mengira dua titik harga ekstrem ini dalam sesuatu sesi (tinggi dan rendah), serta harga tutup, adalah dengan menggunakan harga tipikal. Formula bagi harga tipikal adalah (tinggi + rendah + penutup) / 3.

Harga tutup berpemberat

Selain itu, memandangkan harga penutup dianggap sebagai angka yang penting buat pedagang, tidak hairanlah apabila harga penutup berpemberat menjadi pilihan popular lain dalam pembuatan keputusan dagangan. Untuk ini, formula yang digunakan adalah (tinggi + rendah + tutup) / 4. Mudah sahaja untuk melihat bahawa terdapat pendekatan terhadap harga penutup, berbanding harga lain. Tambahan pula, garisan sokongan dan rintangan yang dilakarkan merangkumi harga tinggi dan rendah pada suatu batang lilin. Pada masa yang sama, pengesahan harga pada corak batang lilin menentukan harga tinggi dan rendah.

Oleh yang demikian, dalam pembuatan keputusan dagangan, tiada satu harga “terbaik” yang dapat dikenakan dalam pengiraan alat teknikal atau lakaran garisan atau objek teknikal. Pilihan berkenaan sememangnya bersifat objektif. Ada kalanya, ia boleh ditentukan mengikut keadaan pasaran atau berdasarkan matematik sepenuhnya. Anda sendiri yang tentukannya!

Lebih banyak sumber pendidikan FXTM

Terokai koleksi komprehensif video pendidikan forex untuk menerokai lebih banyak sumber lain yang dapat membantu anda dalam membuat keputusan dagangan. Kami turut menganjurkan seminar dagangan di seluruh dunia untuk memberi klien kami peluang berlatih di bawah pimpinan pasukan jurulatih pakar kami sendiri. Ingat, pedagang berjaya adalah pedagang yang berilmu!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top