Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Apakah yang Membezakan Pedagang Baru daripada Profesional dalam Dagangan Forex?

Apakah yang Membezakan Pedagang Baru daripada Profesional dalam Dagangan Forex?

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Dunia forex penuh dengan keseronokan; ia memberi pedagang peluang untuk mengawal sejumlah wang yang sangat besar tanpa perlu melaburkan modal mereka sendiri dengan banyak. Pepatah industri lama yang mengatakan ‘beli rendah, jual tinggi’ – apabila dilakukan dengan betul – boleh memberikan keuntungan yang sangat tinggi.

Pada awal kerjaya dagangan mereka, pedagang baru akan sering mengatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mengatasi pasaran, mengawal sepenuhnya instrumen dan berusaha untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Mereka tidak tidur selama berhari-hari, mencari ‘Holy Grail’ dagangan dan sangat berkemungkinan untuk menggunakan sepenuhnya leveraj yang jauh melebihi tahap pengetahuan dan pengalaman mereka. Tabiat yang tidak elok ini biasanya berpunca daripada keseronokan yang terhasil susulan satu dagangan yang menguntungkan dan lantaran itu pertimbangan tidak lagi digunakan. Pedagang baru juga cenderung untuk melakukan kesilapan dalam pasaran apabila mereka membiarkan emosi menguasai mereka – biasanya selepas kerugian beberapa dagangan secara berturut-turut. Mereka terjerumus dalam perangkap pedagang baru iaitu merisikokan lebih banyak wang daripada yang sepatutnya, untuk cuba menebus kerugian mereka.   

Terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pedagang untuk menangani pasaran dan disiplin adalah salah satu daripadanya. Mereka yang gagal untuk menyedari kepentingan disiplin akan lebih berkemungkinan untuk berdagang dalam ketakutan, dengan dikuasai rasa tamak. Inilah gabungan yang membawa padah. Ketakutan selalunya melumpuhkan pedagang, menghalang mereka daripada mengunci pesanan atau memasuki pasaran sama sekali. Tamak sememangnya sesuatu yang tidak elok dalam dagangan kerana boleh menyebabkan pedagang membuat pelaburan berlebihan.

Pengurusan risiko yang betul dan diiringi dengan disiplin yang baik, ialah peneraju kepada setiap strategi dagangan yang cekap. Pedagang profesional sangat mengetahui tentang perkara ini. Mereka juga memahami kepentingan memiliki strategi dagangan peribadi; strategi yang berdasarkan gaya hidup, profil, sejarah serta tahap pengetahuan dan pengalaman mereka. Walau bagaimanapun, paling penting adalah sentiasa berpegang pada strategi dan langkah pengurusan risiko walau apapun yang berlaku. Teknik dan strategi itu boleh jadi yang terhebat di atas kertas, tetapi jika anda tidak mempunyai disiplin untuk mengikutinya, keputusannya besar kemungkinan akan mengecewakan.       

Untuk pedagang membuat peralihan daripada pedagang baru kepada profesional, penting untuk mereka menguasai seni disiplin berkaitan dengan memetakan strategi dan berpegang padanya. Inilah perkara penting untuk mendapatkan momentum yang mereka perlukan bagi kebarangkalian mencapai kejayaan yang sebenar; mereka perlu menjadikan strategi mereka suatu kenyataan tanpa mengira kedudukan mereka pada masa itu (iaitu untung atau rugi). Mengunci keuntungan pada aras yang ditentukan lebih awal, sebagai contoh, adalah sama penting seperti mengehadkan kerugian.

Setiap pedagang, baru atau lama, berkongsi matlamat yang sama – tetapi cara mereka mencapai matlamat ini yang membezakan mereka. Pedagang profesional mengamalkan disiplin, setia pada strategi dagangan mereka dan mengawal sepenuhnya emosi mereka (positif mahupun negatif). Sebaliknya, pedagang baru akan lebih kerap berasa tidak sabar beberapa kali sebelum mereka menyedari kelebihan disiplin. Lebih cepat mereka belajar cara mengendalikan beberapa aspek penting kerjaya ini, lebih cepat mereka boleh mendapat ganjarannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web FXTM di https://www.forextime.com.

Penafian: Kandungan artikel ini terdiri daripada pendapat dan idea peribadi, dan tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat peribadi dan/atau nasihat pelaburan yang lain dan/atau sebagai tawaran dan/atau permintaan untuk sebarang transaksi dalam instrumen kewangan dan/atau jaminan dan/atau ramalan untuk prestasi masa hadapan. FXTM, ahli gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerja tidak menjamin ketepatan, kesahan, ketepatan masa atau kelengkapan sebarang maklumat atau data yang disediakan dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berlaku daripada sebarang pelaburan berdasarkan maklumat atau data tersebut.

Amaran Risiko: Terdapat tahap risiko yang tinggi terlibat dalam produk dagangan berleveraj seperti forex dan CFD. Anda tidak seharusnya merisikokan lebih daripada jumlah yang anda boleh kerugian. Terdapat kemungkinan anda kerugian lebih daripada pelaburan awal anda. Anda tidak seharusnya berdagang melainkan anda memahami sepenuhnya pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Apabila berdagang, anda mesti sentiasa mempertimbangkan tahap pengalaman anda. Jika risiko yang terlibat tidak jelas kepada anda, sila dapatkan nasihat kewangan pihak bebas.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top