Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 83% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Apakah Henti Rugi? Trading Basics

Siri Video Pendidikan Forex

Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan di FXTM.

Apakah Pesanan Henti Rugi dalam dagangan Forex?

Selain Ambil Untung, aras harga prahitung sama penting yang digunakan oleh pedagang ialah Henti Rugi. Seperti namanya, jenis pesanan belum selesai ini membolehkan pedagang menetapkan aras pratentu pada carta harga yang menutup kedudukan yang rugi. Dengan kata lain, ia memastikan kerugian minimum apabila menutup kedudukan. Henti Rugi disingkatkan sebagai (S/L). Contohnya, pedagang membuat pesanan panjang (memasuki kedudukan beli) dengan memasuki pasaran pada 1.2980, menjangkakan harga terus naik. Tetapi dia tahu pasaran tidak boleh dijangka dan arah pasaran boleh bertentangan daripada jangkaannya. Jadi dia mengira risiko sebelum memasuki pasaran dan membuat pesanan Henti Rugi di bawah harga masuk. Jika harga Tawaran mencapai harga Henti Rugi yang dipratentukan pada 1.2880, kedudukan ditutup dan kerugian minimum dipastikan.

Jika pedagang memasuki kedudukan jual (pendek), menjangkakan harga menurun, dia akan membuat pesanan Henti Rugi perlindungan pada aras lebih tinggi berbanding harga masuk, jika harga naik. Jika harga Tanya mencapai harga Henti Rugi yang dipratentukan, kedudukan ditutup dan kerugian minimum dipastikan.

Henti Rugi direka untuk melindungi modal dengan memastikan kerugian minimum; arasnya ditetapkan lebih awal oleh pedagang mengikut nilai yang mereka sanggup risikokan dan/atau rugi. Penting untuk diingati bahawa Pesanan Henti Rugi dan/atau Ambil Untung boleh dibuat pada akaun Pelaksanaan Segera secara serentak semasa memasuki pasaran. Pada akaun Pelaksanaan Pasaran, anda boleh menentukan pesanan Henti Rugi atau Ambil Untung apabila membuat pesanan belum selesai untuk memasuki pasaran.

Henti Rugi dan Ambil Untung ialah ciri penting bagi Pengurusan Risiko – topik dalam video akan datang.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top