Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Pasaran Pertukaran Asing

Pasaran terbesar di dunia

Perdagangan Pertukaran Asing:

Pasaran pertukaran asing membolehkan dua mata wang ditukar, pada kadar pertukaran yang terapung atau tetap. Ini membolehkan perniagaan dari seluruh dunia melengkapkan transaksi merentasi mata wang. Mata wang perlu ditukar untuk mengimport hasil dari negara yang berbeza, contohnya: pedagang wain di England menukar paun sterling (GBP) kepada euro (EUR) untuk membeli wain dari Perancis. Menukar mata wang ialah asas bagi semua perdagangan antarabangsa. Tidak seperti pasaran saham, pasaran forex tidak terpusat – ini bermakna tiada kawasan dagangan pusat. Kebanyakan transaksi pertukaran asing dilaksanakan atas kaunter (OTC) oleh bank, bagi pihak pelanggan mereka.

Di manakah ia bermula?

Semuanya bermula dengan sistem kewangan standard emas pada tahun 1875. Sebelum sistem semasa terbentuk, emas dan perak ditukar untuk barangan dan perkhidmatan. Masalahnya ialah nilai emas berubah-ubah bergantung pada penawaran – jika sumber baru ditemui, emas akan menjadi kurang berharga. Akhirnya, beberapa negara yang berbeza mula menetapkan jumlah mata wang mereka dengan auns emas. Perbezaan antara jumlah ini ialah kadar pertukaran. Selepas Perang Dunia Pertama, sistem ini terhapus dan beberapa tahun kemudian mata wang tidak lagi ditetapkan dengan emas.

Dagangan FX sebelum ini dilengkapkan secara eksklusif melalui bank dan broker forex. Namun begitu, dagangan FX semakin lebih mudah dicapai apabila teknologi telah dibangunkan.. Kini pedagang individu boleh mengakses pasaran FX daripada telefon pintar dan melengkapkan dagangan di mana-mana sahaja.

Hari ini pasarn forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Pasaran yang pertama dibuka pada pagi Isnin di Wellington, New Zealand dan yang terakhir ditutup pada pukul 5 petang (ET) pada hari Jumaat di New York.

Dagangan Mata Wang

Bagaimanakah dagangan mata wang berfungsi?

Apakah Dagangan Mata Wang?

Dagangan FX - Pertukaran Mata Wang

Dagangan mata wang, juga dikenali sebagai dagangan FX ialah pertukaran mata wang antara dua pihak pada harga yang dipersetujui. Pihak perdagangan mungkin institusi kewangan, syarikat multinasional, bank, bank pusat, dana lindung nilai, penukar wang, syarikat insurans, spekulator atau pedagang individu.

Dagangan mata wang dilakukan dalam berpasangan. Pasangan mata wang terdiri daripada mata wang asas (base) dan sebut harga (quote ) – contohnya, pasangan mata wang EUR/USD terdiri daripada EUR, iaitu mewakili mata wang asas dan USD yang mewakili mata wang sebut harga. Kadar pertukaran EUR/USD pada 1.1630 bermakna untuk memiliki satu euro, anda memerlukan sebanyak 1.1630 dalam dolar AS.

Matlamat akhir dagangan FX adalah untuk mengenal pasti arah pasaran yang betul. Ia tentang membeli instrumen kewangan pada paras rendah dan menutup kedudukan pada paras lebih tinggi atau menjual instrumen kewangan pada paras tinggi dan menutup kedudukan pada paras lebih rendah.

Sebagai permulaan, pedagang memilih platform dagangan untuk berdagang mata wang. Terdapat banyak platform dagangan berbeza yang boleh dipilih, termasuk MetaTrader

Apabila pedagang mengenal pasti trend dalam pasaran, mereka membuat pesanan belian atau pesanan jualan pada platform pilihan mereka. Jika pedagang menjangkakan pasangan mata wang akan naik, mereka membuat pesanan belian untuk mendapat untung daripada kenaikan itu. Jika pedagang menjangkakan yang sebaliknya, mereka akan membuat pesanan jualan, untuk mendapat manfaat daripada penurunan itu. Oleh sebab pasaran forex tidak berpusat, mata wang didagangkan di pusat kewangan seluruh dunia, di New York, London, Frankfurt, Tokyo dan Sydney.

Dagangan FX

Kini pedagang boleh mengakses pasaran dengan mudah kerana terdapatnya peranti seperti telefon pintar, oleh itu dagangan mata wang semakin popular.

Ciri mesra pengguna pada platform dagangan dan jadual dagangan 24 jam sehari lima hari seminggu menjadikan dagangan mata wang sangat menarik. Kecairan yang tinggi dalam pasaran bermakna pedagang boleh berdagang hampir dengan sebarang volum pada harga yang diinginkan dan tidak mungkin mengalami manipulasi harga.

Jika itu tidak mencukupi, pusing ganti harian adalah kira-kira $5 trilion, ketersediaan leveraj dan sumber pendidikan yang disediakan oleh sesetengah broker menarik ramai pedagang dari seluruh dunia.

Terdapat banyak strategi yang biasa digunakan oleh pedagang:

1. Dagangan Harian
2. Dagangan Swing
3. Dagangan Kedudukan
4. Scalping
5. Perlindungan Nilai
6. Mengikut Trend
7. Penembusan
8. Terikat Julat
9. Dagangan Saluran
10. Dagangan Budi Bicara
11. Dagangan Mekanikal
12. Dagangan Automatik
13. Dagangan Berita Kewangan

Ketahui lebih lanjut di halaman Strategi Dagangan Forex.

Waktu Dagangan Forex

Zon Waktu Pusat Pasaran FX dalam Waktu Tempatan dan UTC

Wellington

New Zeland

NZD
Wellington

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 5.00 petang

UTC +12(+13)

Oceania - Sesi Forex Asia

Sydney

Australia

AUD
Sydney

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 5.00 petang

UTC +10(+11)

Oceania - Sesi Forex Asia

Tokyo

Jepun

JPY
Tokyo

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 5.00 petang

UTC +9

Oceania - Sesi Forex Asia

Hong Kong

Hong Kong

HKD
Hong Kong

Waktu Dagangan FX

9.30 pagi - 4.00 petang

UTC +8

Oceania - Sesi Forex Asia

Shanghai

China

CNY
Shanghai

Waktu Dagangan FX

9.00 pagi - 5.00 petang

UTC +8

Oceania - Sesi Forex Asia

Singapura

Singapura

SGD
Singapura

Waktu Dagangan FX

9.00 pagi - 5.00 petang

UTC +8

Oceania - Sesi Forex Asia

Mumbai

India

INR
India

Waktu Dagangan FX

9.00 pagi - 5.00 petang

UTC +5:30

Oceania - Sesi Forex Asia

Moscow

Rusia

RUB
Moscow

Waktu Dagangan FX

9.30 pagi - 7.00 petang

UTC +3

Oceania - Sesi Forex Asia

Frankfurt

Jerman

EUR
Frankfurt

Waktu Dagangan FX

7.00 pagi - 3.00 petang

UTC +1(+2)

Sesi Forex Eropah

Zurich

Switzerland

CHF
Zurich

Waktu Dagangan FX

9.00 pagi - 5.30 petang

UTC +1(+2)

Sesi Forex Eropah

Paris

Perancis

EUR
Paris

Waktu Dagangan FX

9.00 pagi - 5.30 petang

UTC +1(+2)

Sesi Forex Eropah

London

United Kingdom

GBP
London

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 4.00 petang

UTC (+1)

Sesi Forex Eropah

New York

Amerika Syarikat

USD
New York

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 5.00 petang

UTC -5(-4)

Sesi Forex Amerika Utara

Chicago

Amerika Syarikat

USD
Chicago

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 4.00 petang

UTC -6(-5)

Sesi Forex Amerika Utara

Toronto

Kanada

CAD
Toronto

Waktu Dagangan FX

8.00 pagi - 5.00 petang

UTC -5(-4)

Sesi Forex Amerika Utara

Apakah Pasangan Mata Wang?

Contoh: EUR/USD
EUR = Mata wang yang pertama dalam pasangan dikenali sebagai Mata Wang Asas
USD = Mata wang yang kedua dalam pasangan dikenali sebagai Mata Wang Balas atau Mata Wang Sebut Harga

Semua pasangan mata wang utama mengandungi dolar AS dan pasangan FX yang paling kerap didagangkan.

EUR/USDEuro/Dolar AS

USD/JPYDolar AS/Yen Jepun

GBP/USDPaun British/Dolar AS

USD/CHFDolar AS/Franc Swiss

USD/CADDolar AS/Dolar Kanada

AUD/USDDolar Australia/Dolar AS

NZD/USDDolar New Zealand/Dolar AS

Persilangan ialah pasangan yang tidak mengandungi USD, juga dikenali sebagai "persilangan" FX.

AUD/CHFDolar Australia / Swiss Franc

AUD/JPYDolar Australia / Yen Jepun

CAD/CHFDolar Kanada / Franc Swiss

CAD/JPYDolar Kanada / Franc Swiss

CHF/JPYFranc Swiss / Yen Jepun

EUR/AUDEuro / Dolar Australia

EUR/CADEuro / Dolar Kanada

EUR/NZDEuro / Dolar New Zealand

GBP/AUDPaun Sterling / Dolar Australia

GBP/CADPaun Sterling / Dolar Kanada

GBP/CHFPaun Sterling / Franc Swiss

GBP/NZDPaun Sterling / Dolar New Zealand

NZD/CHFDolar New Zealand / Franc Swiss

NZD/JPYDolar New Zealand / Yen Jepun

Mata wang dari negara baru memuncul dan membangun, berpasangan dengan mata wang utama.

EUR/TRYEuro/Lira Turki

USD/TRYDolar AS/Lira Turki

USD/SEKDolar AS/Krona Sweden

USD/NOKDolar AS/Krone Norway

USD/DKKDolar AS/Krone Denmark

USD/ZARDolar AS/Rand Afrika Selatan

USD/HKDDolar AS/Dolar Hong Kong

USD/SGDDolar AS/Dolar Singapura

USD/THBDolar AS/Baht Thailand

USD/MXNDolar AS/Peso Mexico

Perdagangan Mata Wang

Mata Wang Paling Banyak Didagangkan

Soal Jawab Dagangan Forex

Jawapan bagi soalan popular

Siapakah Pedagang Forex?

Pedagang_Forex

Pedagang FX ialah mana-mana individu yang menukar satu mata wang dengan mata wang lain. Pedagang individu biasanya menggunakan platform berbeza untuk menukar mata wang asing. Ini termasuk bank, institusi kewangan, pengurup wang atau broker FX. Sebilangan besar perdagangan diselesaikan atas kaunter yang bermaksud perdagangan dipermudahkan melalui bank, bukannya entiti berpusat.

Apakah Pip forex?

Pip_Forex

PIP ialah singkatan bagi "titik harga" atau peratusan dalam mata dan merupakan unit pergerakan harga terkecil dalam pasaran pertukaran asing. Sebagai contoh, apabila kadar pertukaran EUR/USD bergerak ke paras 1.1552 dari 1.1550, pasangan mata wang itu telah meningkat sebanyak 2 pip (atau 0.0002).

Apa itu Scalping Forex?

Scalping_Forex

Scalping Forex ialah strategi dagangan yang bertujuan untuk memanfaatkan pergerakan harga kecil di pasaran. Pedagang Scalping akan menyasarkan pergerakan harga dalam sehari dan hanya memegang kedudukan pada masa yang singkat untuk memanfaatkan peluang pasaran yang kecil. Scalper Forex mesti bersedia untuk memantau pasaran sepanjang hari.

Apakah Leveraj Forex?

Leveraj_Forex

Leveraj forex ditawarkan oleh broker untuk membolehkan pedagang memaksimumkan potensi dagangan mereka. Pasaran forex menawarkan leveraj yang lebih tinggi daripada pasaran lain dan ini menarik bakal pedagang. Leveraj membolehkan pedagang mendepositkan sejumlah kecil dana dan berdagang dengan volum yang tinggi. Istilah ini bermaksud meminjam wang untuk meningkatkan potensi pulangan dalam dagangan, tetapi ini bermakna kerugian juga meningkat.

Apakah Spread forex?

Spread_Forex

Perbezaan antara harga tanya dan harga bida dikenali sebagai spread. Spread mewakili kos transaksi; semakin rendah spread, semakin rendah kosnya. Spread dipengaruhi oleh beberapa faktor: penawaran aset, aktiviti perdagangan saham, dan jumlah permintaan atau minat terhadap aset tertentu.

Apakah Perlindungan Nilai Forex?

Perlindungan_Nilai_Forex

Perlindungan Nilai ialah teknik yang direka untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh turun naik harga yang merugikan. Pelabur dan pedagang mungkin melaksanakan lindung nilai forex untuk melindungi kedudukan mereka daripada risiko ketika kadar pertukaran berubah. Opsyen mata wang asing ialah kaedah perlindungan nilai yang biasa dan memberi pedagang kemungkinan untuk membeli atau menjual pada kadar pertukaran masa depan.

Apakah Swap Forex?

Swap_ Forex

Swap hanyalah pertukaran satu mata wang dengan mata wang yang lain. Di kemudian hari, kedua-dua pihak yang melakukan swap akan menerima kembali mata wang asalnya dengan kadar hadapan. Kadar hadapan terkunci dalam kadar pertukaran tertentu dan oleh itu bertindak sebagai sejenis lindung nilai. Swap berbeza secara signifikan antara instrumen kewangan yang berbeza.

Apakah Surutan Forex?

Surutan_Forex

Surutan ialah perbezaan antara puncak relatif dan jurang relatif dalam nilai pelaburan. Setelah paras tinggi baru dicapai, surutan menjejaki perubahan peratusan antara paras tinggi sebelumnya dan jurang terkecil. Dengan cara ini, surutan berguna untuk menentukan risiko kewangan bagi aset tertentu.

Apakah Gelinciran Forex?

Gelinciran_Forex

Gelinciran merujuk pada perbezaan antara harga yang diminta bagi dagangan dan harga yang akhirnya dagangan dilaksanakan. Gelinciran biasanya ditemui ketika pasaran sangat tidak menentu dan harga bergerak dengan cepat pada masa yang diperlukan untuk dagangan dapat dipesan dan dilengkapkan. Gelinciran boleh membawa kesan positif dan negatif.

Asas Dagangan Forex

Memahami Asas Dagangan

Apakah Rizab Forex?

Rizab Forex ialah mata wang asing yang dimiliki oleh bank pusat untuk memberikan fleksibiliti dan ketahanan yang lebih besar.

Rizab ialah mata wang yang dipegang oleh pihak berkuasa kewangan yang berpusat. Aset rizab dapat digunakan untuk menahan kejutan pasaran jika mata wang tertentu mengalami penurunan nilai atau tiba-tiba jatuh. Rizab mata wang asing yang lebih tinggi bermakna berisiko rendah berkaitan dengan turun naik kadar pertukaran.

Rizab Forex biasanya dipegang dalam dolar AS, paun Britain, euro, yuan China atau yen Jepun. Ini disebabkan mata wang ini yang paling kerap didagangkan di pasaran pertukaran asing.

Apakah Isyarat Forex?

Isyarat Forex ialah ramalan perdagangan yang biasanya dikeluarkan oleh penyedia isyarat yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Isyarat didasarkan pada siri analisis teknikal atau peristiwa berita, dan digunakan oleh pedagang untuk membantu mereka memutuskan sama ada mereka harus membeli atau menjual pasangan mata wang. Pedagang harian khususnya boleh menggunakan pelbagai isyarat forex untuk memberitahu tentang dagangan mereka yang seterusnya. Sistem isyarat forex menghasilkan isyarat manual atau automatik.

Dalam sistem manual, peniaga secara aktif mencari isyarat dan menafsirkannya untuk memilih sama ada mahu membeli atau menjual. Dalam sistem automatik, perisian mengenal pasti isyarat dan membuat respons terprogram.

Apakan Pertukaran Asing?

Pertukaran asing ialah pasaran yang satu mata wang ditukar dengan yang lain. Ia selalu dilakukan secara berpasangan; contohnya jika seorang pedagang ingin membeli Euro dan menjual Dolar AS, maka dia akan memdagangkan pasangan mata wang EUR/USD.

Begitu juga jika pedagang ingin menjual Dolar AS dan membeli Yen Jepun, dia akan memdagangkan pasangan USD/JPY. Harga pasangan mata wang disebut kadar pertukaran. Ia ditentukan oleh faktor politik, ekonomi dan persekitaran.

Urus niaga dalam pertukaran asing biasanya dilakukan dalam volum yang tinggi. Pasaran pertukaran asing tidak memiliki lokasi fizikal dan oleh itu disebut pasaran tidak terpusat. Ia dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu dan merupakan pasaran terbesar di dunia.

Analisis Asas Forex

Apakah Analisis Asas Forex?

Penunjuk Makroekonomi

Makroekonomi

Ini ialah penunjuk asas yang secara langsung atau tidak langsung menunjukkan ekonomi yang lemah atau kuat.

Penunjuk makroekonomi berdasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) digunakan untuk menganggarkan kecekapan ekonomi.

Data ini kemudian dikeluarkan dalam laporan yang mempunyai kesan besar terhadap mata wang negara. Selain KNK dan KDNK, beberapa ekonomi makro utama ialah:

  • Kadar pengangguran
  • Muflis
  • Jualan runcit
  • Nisbah leveraj pengguna

Peristiwa Geopolitik

Peristiwa_Geo

Jenis peristiwa ini mempunyai kesan langsung atau tidak langsung, sama ada di seluruh dunia atau untuk sekumpulan negara tertentu.

Kejadian geopolitik mempunyai kesan psikologi dan emosi yang besar untuk pasaran ekuiti dan mata wang.

Beberapa contoh peristiwa seperti:

  • Perang perdagangan antara negara-negara besar atau ekonomi yang timbul kerana ketegangan yang meningkat di antara negara-negara berkuasa bersenjata nuklear.
  • Keputusan utama diambil oleh OPEC (Organisasi Negara Pengeksport Petroleum), yang mempunyai kesan langsung terhadap harga minyak.
  • Kejadian besar seperti Brexit, yang mencetuskan turun naik pasaran saham dan mata wang seluruh dunia.

Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Inflasi

Dalam_Negeri_Kasar

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) ialah penunjuk ekonomi kewangan yang mengukur jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di sebuah negara, dalam jangka masa yang ditentukan.

KDNK adalah salah satu penunjuk yang paling penting dan digunakan untuk menilai kesihatan ekonomi negara secara keseluruhan. Kos pembinaan, perbelanjaan dan pelaburan kerajaan semuanya menyumbang kepada KDNK keseluruhan negara. Inflasi ialah penunjuk ekonomi yang mengukur kenaikan harga barang dan perkhidmatan utama negara.

Kadar pada harga yang meningkat menentukan kadar yang kuasa beli bagi mata wang menurun. Untuk mengekalkan ekonomi yang lancar, bank pusat menyasarkan untuk mengehadkan inflasi dan mengelakkan deflasi.

Isyarat Dagangan Forex

Siapa Penyedia Isyarat Forex?

Isyarat forex ialah titik masuk atau jalan keluar yang disarankan untuk dagangan forex, biasanya dengan harga dan waktu tertentu yang ditunjukkan. Isyarat forex boleh didapati daripada syarikat khusus atau sebilangan pedagang yang berpengetahuan dan berpengalaman. Perkhidmatan tersebut mungkin percuma atau dikenakan bayaran – kebanyakan broker menawarkan isyarat forex mereka sendiri sama ada secara percuma atau dengan harga yang rendah.

Pedagang dapat melihat hasil prestasi untuk mana-mana penyedia isyarat di platform, dan memutuskan untuk menerima atau menolak cadangan perdagangan masa depan ke dalam akaun dagangan mereka. Oleh sebab penyedia melindungi strategi mereka, pedagang mungkin terpaksa mengikuti pembekal isyarat secara membuta tuli.

Beberapa broker menawarkan kelainan unik mereka pada isyarat forex, dengan menggabungkan konsep isyarat forex dengan beberapa alat teknikal ke dalam satu sistem dagangan forex yang besar. Isyarat Dagangan FXTM adalah salah satu contohnya.

Isyarat Dagangan FXTM

Dibangunkan oleh Ketua Pendidikan FXTM, Andreas Thalassinos, Isyarat Dagangan FXTM memberikan peluang unik kepada pedagang untuk menggunakan alat untuk melihat peluang dagangan dalam pasaran.

Ciri-ciri Isyarat Dagangan FXTM merangkumi:

  • Dibangunkan untuk 14 Instrumen Kewangan
  • Memberikan tinjauan tambahan mengenai pergerakan harga dengan 3 penunjuk forex yang popular
  • Menunjukkan 2 senario dagangan: paling kemungkinan & alternatif
  • Kemas kini dua kali sehari, sebelum pembukaan dan penutupan sesi dagangan Eropah dan AS.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Isyarat Dagangan FXTM, klik di sini.

Dagangan Demo berbanding Dagangan Langsung

Akaun Dagangan Demo dan Akaun Dagangan Langsung

Akaun Dagangan Demo

Akaun dagangan demo sangat sesuai untuk pedagang yang ingin menetapkan asas dan mengusahakan teknik mereka. Bermula pada akaun langsung bermaksud ada kemungkinan kehilangan wang sebenar ketika anda menentukan teknik yang paling sesuai untuk anda.

Sebelum beralih ke akaun dagangan langsung, ada baiknya anda mencuba beberapa pendekatan yang berbeza dan berlatih dengan akaun demo. Akaun demo memberikan peluang kepada peniaga untuk mengembangkan dan menguji kemahiran dagangan mereka, tanpa menghadapi risiko yang anda hadapi pada akaun langsung.

Pedagang yang ingin menyelesaikan masalah dalam dagangan mereka sebelum mereka memasuki pasaran langsung mempunyai pelbagai akaun demo untuk dipilih.

Akaun Dagangan Langsung

Setelah anda meningkatkan kemahiran anda dan bereksperimen dengan pelbagai jenis analisis dan penunjuk pada akaun demo, inilah masanya untuk beralih kepada Akaun Langsung dan mula berdagang dengan wang sebenar! Akaun Demo bagus untuk latihan, tetapi Akaun Langsung menawarkan semua kelebihan sebenar pasaran FX.

Setelah pedagang bersedia untuk beralih ke pasaran langsung, setelah menetapkan strategi dagangan yang sesuai untuk mereka, mereka boleh membuat Akaun Langsung pertama mereka. Seperti Akaun Demo, terdapat banyak pilihan untuk pedagang yang ingin meningkatkan dagangan mereka daripada Demo kepada Langsung.

Imej_Akaun

Standard

Akaun

Imej_Akaun

Cent

Akaun

Imej_Akaun

Saham

Akaun

Imej_Akaun

ECN

Akaun

Imej_Akaun

ECN Zero

Akaun

Imej_Akaun

FXTM Pro

Akaun

Modal anda berhadapan risiko. Kami melindungi anda dengan perlindungan baki negatif.

Alat dan Perisian Dagangan Forex

Alat dan perisian dagangan dalam talian percuma yang harus digunakan oleh setiap pedagang

Alat Dagangan FX

Jenis alat dagangan yang berbeza untuk analisis teknikal:

Ketika mencari alat yang tepat untuk analisis harian, pedagang mempunyai pelbagai alat analisis teknikal untuk dipilih.

Penunjuk popular termasuk: penunjuk purata bergerak, yang menyaring turun naik harga untuk membantu pedagang mengenal pasti arah aliran, dan Jalur Bollinger, yang memplotkan dua baris, dua sisihan piawai jauh dari purata bergerak.

Oscillator berdasarkan konsep statistik adalah satu lagi penambahan umum pada alat pedagang. Oscillator digunakan untuk menganggarkan sama ada aset terlebih beli atau terlebih jual. Oscillator popular termasuk RSI (Indeks Kekuatan Relatif), MACD (Penumpuan / Pencapahan Purata Bergerak), Momentum, Stokastik dan ADX (Indeks Pergerakan Berarah Purata).

Untuk mengenal pasti titik perubahan dalam pasaran, dan menganalisis corak carta, pedagang FX biasanya menggunakan paras sokongan dan rintangan, bersama dengan alat anjakan Fibonacci dan corak Batang Lilin Jepun.

Selain itu, pedagang FX lain lebih suka menggunakan corak carta termasuk kepala-dan-bahu, paras atas berganda / paras bawah berganda dan melukis garis trend untuk mengenal pasti corak trend.

Perisian Dagangan Forex:

Terdapat banyak platform dagangan FX yang boleh dipilih oleh pedagang. Sebahagian daripadanya mempunyai langganan bulanan, tetapi kebanyakannya tersedia secara percuma. Beberapa penyedia platform dagangan forex yang popular termasuk Zulutrader, Ninjatrader dan TradingStation.

Beberapa platform dagangan forex yang paling popular ialah:

MetaTrader 4
MetaTrader 5

Pemahaman Lanjut mengenai Dagangan Forex

Video Forex

Video_Forex

Ketahui mengenai syarat forex yang penting, terminologi dagangan asas, konsep analisis teknikal, kepentingan disiplin, pengurusan risiko dan banyak lagi dengan menonton video pendidikan kami.

Di FXTM, kami melakukan segala yang mungkin untuk memberi anda dan semua orang yang berdagang dengan kami akses kepada sumber pendidikan dagangan Forex yang hebat untuk pedagang baru dan berpengalaman.

Video Pendidikan Forex

Belajar tentang konsep analisis dagangan dan teknikal forex yang penting dengan video pendidikan kami yang pendek dan mudah difahami.

Video Dagangan Forex Pendek

Glosari Forex

Glosari_Forex

Pendidikan Forex tidak lengkap tanpa bantuan glosari yang baik. Itulah sebabnya kami mengumpulkan glosari istilah forex untuk membantu anda menyemak istilah yang tidak terkira banyaknya yang anda akan temui dalam industri forex.

Glosari kami menjadikan semuanya mudah dan merangkumi pelbagai istilah utama forex. Ikuti pasaran forex yang dilengkapi dengan semua perbendaharaan kata teknikal yang anda perlukan!

Glosari Forex

Jadual Pelaburan Berkala kami ialah jadual berguna yang menunjukkan beberapa istilah pelaburan yang paling penting, dibahagikan kepada kategori mudah untuk kemudahan penggunaan.

Jadual Pelaburan Berkala

Pendidikan Forex

Pendidikan

Kami yakin pedagang yang terbaik adalah yang berpendidikan. Itulah sebabnya kami menawarkan peluang kepada pedagang untuk memperluas pengetahuan mereka tentang dagangan FX dengan artikel pendidikan FXTM.

Artikel Pendidikan Forex

Ditulis oleh Ketua Pendidikan kami, siri ini membimbing pedagang melalui pelbagai topik yang eklektik – daripada perlombongan bitcoin sehingga pembalikan trend menurun dan menaik.

Artikel kami direka untuk memberikan wawasan yang relevan kepada pedagang baru dan berpengalaman tentang asas forex. Berjuang untuk memahami topik forex tertentu atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut? Terokai lebih lanjut dengan panduan dan Strategi Dagangan Forex

CFD ialah instrumen yang kompleks dan mengandungi risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan pantas kerana leveraj. 89% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda seharusnya mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Scroll Top