Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Kepimpinan

En. Andrey Dashin, Pemegang Saham

Andrey Dashin

Pemegang Saham

Terima perubahan dan sesuaikan diri

Walaupun pada usia muda, Andrey Dashin sudah mula menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang ekonomi, yang seterusnya membawa beliau untuk melanjutkan pengajian dalam ijazah sarjana muda di Kazan Institute of Finance and Economics. Setelah memperolehi kelayakan, beliau menubuhkan syarikat pertama beliau - Alpari, dan menjelang tahun 2011, syarikat berkenaan telah memenangi berbilang anugerah industri.  Andrey amat menghargai nilai masa, dan perkara tersebut telah menjadi inspirasi untuk penubuhan usaha sama berikutnya, ForexTime (FXTM)

Andrey percaya bahawa cara terbaik untuk mencapai kestabilan dan kemajuan, adalah dengan menerima perubahan dan terus menyesuaikan diri dengan persekitaran anda. Beliau melanggan koleksi bidalan yang ditulis oleh seorang ahli falsafah Greek, Heraclitus, yang menyatakan bahawa ‘Perubahan adalah satu-satunya pemalar’, dan kenyataan ini telah menjadi asas kepada semua gerak geri perniagaan serta pandangan beliau terhadap kehidupan. Inilah falsafah yang memastikan beliau sentiasa berada di barisan hadapan dalam memacu perniagaan serta pasaran kewangan.

Andrey telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak; seorang lelaki dan dua perempuan. Beliau sentiasa gemarkan laut, kereta serta sukan, tetapi minat sebenar beliau adalah sukan larian, memanjat dan tinju. Beliau percaya bahawa dengan mengambil bahagian dalam sukan, seseorang dapat memperkukuhkan jati diri serta kecergasan fizikal, di samping membantu mengekalkan minda yang fokus.

Olga Rybalkina, Ketua Pegawai Eksekutif

Olga Rybalkina

Rakan Kongsi Pengurusan / Pemegang Saham Minoriti

Lonjakkan diri anda untuk menerokai potensi sebenar anda

Mencerminkan kepakaran beliau dalam bidang kewangan dan ekonomi, Olga Rybalkina memiliki ijazah sarjana muda dalam Pengurusan Kewangan dari Kazan Federal University dan juga ijazah PhD dalam Ekonomi. Kerjaya beliau bermula sejak penubuhan Alpari pada tahun 1998 apabila kerja keras serta pengalaman beliau telah menjadikan siapa diri beliau yang sekarang.

Olga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ForexTime pada tahun 2012 dan bertanggungjawab untuk keputusan hari demi hari bagi menentukan objektif jangka pendek dan jangka panjang syarikat. Pada Mei 2018, beliau telah dinaikkan menjadi Rakan Kongsi Pengurusan dan Pemegang Saham Minoriti FXTM. Dalam jawatan baru ini, Olga telah menyokong Andrey Dashin secara aktif dalam pembangunan strategik bagi jenama global inovatif ini.

Beliau turut mempunyai beberapa pensijilan dan lesen termasuklah lesen Siri 3 daripada National Futures Association dan lesen-lesen Siri 7, 24, 27 & 63 daripada US Securities dan Exchange Commission.

Olga yakin dengan mendedikasi diri sepenuhnya dalam usaha mencapai matlamat anda. Ungkapan kegemaran beliau adalah, 'Lonjakkan diri anda untuk menerokai potensi sebenar anda'.

Olga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap membaca, mendaki dan senaman yoga. Beliau percaya bahawa gabungan ketiga-tiga hobi ini merupakan cara yang efektif untuk memastikan badan, minda dan jiwa beliau kekal harmoni dan seimbang.

Nicholas Defteras

Nicholas Defteras

Ketua Pegawai Eksekutif

Saya gemarkan kedinamikan serta amalan persaingan dalam industri Forex

Nick merupakan seorang graduan daripada University College London yang juga merupakan seorang Akauntan Fellow Chartered dari ICAEW. Beliau telah berlatih dan bekerja di beberapa firma terkemuka di London dan pernah memegang beberapa jawatan tinggi dalam bidang kewangan dan pentadbiran di bank-bank pelaburan di seluruh dunia. Pada tahun 2014, Nick telah menyertai ForexTime sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan menjelang awal tahun 2016, beliau telah mara dengan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Pelantikan Nick sebagai CEO ForexTime pada bulan Mei 2018 telah menjadi pengiktirafan terhadap dedikasi dan kepimpinan beliau yang tidak berbelah bahagi. Sebagai CEO, Nick bertanggungjawab terhadap pengurusan operasi syarikat yang efektif dan memastikan bahawa ia memenuhi objektif strategiknya.

Perkara yang paling beliau gemari mengenai industri forex ialah ciri-cirinya yang pantas, dinamik dan bersifat kompetitif. Gaya pengurusan Nick dapat digambarkan dengan jelas melalui kata-kata daripada John. C. Maxwell: “Seorang pemimpin merupakan seseorang yang tahu arah tujunya, mengikut arah tersebut dan menunjukkan arah tersebut kepada yang lain”.

Nick telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau amat menggemari aktiviti luar, dan sangat sukakan aktiviti perkhemahan serta pemanduan pacuan empat roda.

Sergey Chumarov

Sergey Chumarov

Ketua Pegawai Teknologi/Pengarah Eksekutif

Segalanya adalah tidak mustahil sekiranya anda mempunyai pasukan yang baik

Sergey mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Fizik daripada Kazan Federal University. Pada tahun 1999, beliau telah menyertai Alpari, di mana minat serta pengetahuan beliau yang mendalam dalam bidang IT telah menjadikannya sebagai salah seorang individu penting dalam syarikat tersebut. Sergey telah memanfaatkan semua pengalaman beliau dalam jawatan yang diberikan, apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi di ForexTime pada tahun 2012. Kini beliau memantau semua operasi serta pembangunan teknikal yang berlaku di dalam syarikat.

Beliau amat disegani oleh individu yang suka dengan cara beliau, yang suka mencabar beliau, serta mereka yang sentiasa menerokai batasan bidang pengetahuan beliau. Beliau percaya bahawa “Segalanya adalah tidak mustahil, sekiranya anda mempunyai pasukan yang baik.”

Sergey kini telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau amat menggemari kereta dan sentiasa meluangkan masa-masa bahagia beliau untuk memancing dan melancong.

George Kyriakoudes

George Kyriakoudes

Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan

Saya sukakan cabaran untuk menjadikan sesuatu perkara yang mustahil, tidak mustahil

George mempunyai ijazah sarjana muda dalam Perakaunan, Kewangan dan Ekonomi daripada University of Kent, dan juga merupakan seorang ahli ICAEW. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2006, beliau telah menyertai PricewaterhouseCoopers di West London, dengan jawatan sebagai Pegawai Kanan. Beliau menyertai FXTM pada tahun 2013 sebagai Juruaudit Dalaman Kanan, dengan memanfaatkan semua pengalaman beliau dalam urusan kewangan, yang membawa kepada pelantikan beliau sebagai Ketua Jabatan Pengurusan dan Pelaporan Risiko pada tahun 2014, kemudiannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2016.

Saint Francis pernah berkata: “Mula lakukan perkara yang perlu dilakukan, kemudian lakukan perkara yang mustahil; sehingga akhirnya anda akan melakukan perkara yang tidak mustahil”. George sentiasa membaca penulisan ini dan mengaplikasikannya terhadap kehidupan dan kerja beliau.

George telah berkahwin dan mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti memanjat batu - sukan yang sering dilakukannya di Cyprus dan juga di luar negara, sekiranya berkesempatan.

Valeriya Kolesnik

Valeriya Kolesnik

Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi

Semua pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan adalah pengalaman yang positif, sekiranya anda mengambil iktibar daripadanya

Valeriya merupakan seorang graduan daripada Kazan Federal University dengan ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa Asing dan seorang graduan MBA dari Cyprus International Institute of Management. Kerjaya Valeriya bermula di salah satu daripada bank-bank terkemuka di Tatarstan, iaitu AK Bars Bank. Kemudiannya beliau menyertai Alpari Financial Services pada tahun 2011 dan berpindah ke FXTM pada tahun 2012 dengan jawatan Pengurus Pejabat Pentadbiran. Sikap beliau yang profesional dan optimistik, serta kepakaran beliau dalam bidang perbankan dan operasi telah membawa kepada pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2016.

Valeriya percaya bahawa semua pengalaman hidup beliau, sama ada positif atau tidak adalah amat berharga, sekiranya anda fokus pada pengajaran yang dapat dipelajari. Beliau sentiasa berpegang pada prinsip ini dalam melaksanakan tugas beliau sebagai individu penting bagi memantau operasi harian syarikat.

Kini beliau telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang telah berusia remaja, Valeriya amat gemar melakukan senaman yoga, merentas hutan dan membaca dalam pelbagai bidang yang berlainan.

Pengarah Bukan Eksekutif

Philippos Mannaris

Philippos Mannaris

Philippos Mannaris ialah graduan lulusan London School of Economics and Political Science dengan BSc (Kepujian Kelas Pertama) dalam Kajian Aktuari. Beliau merupakan aktuari bertauliah dan ahli Persatuan Aktuari Cyprus dan UK. Beliau menyertai Aon Hewitt pada tahun 2003 dan sebagai Pengarah Urusan bagi Cyprus dengan tanggungjawab tambahan untuk perkhidmatan perundingan aktuari dan pelaburan bagi Timur Tengah. Beliau ialah rakan kongsi Global Retirement & Investment Practice Aon dan bekerjasama dengan pelanggan institusi bagi pelbagai isu aktuari dan pelaburan, termasuk strategi pelaburan dan pembiayaan, pemilihan pengurus dan tadbir urus pelaburan.

Beliau merupakan penasihat utama bagi pelbagai syarikat tempatan dan multinasional yang besar serta pelabur institusi di Cyprus, Mesir dan Timur Tengah dan memiliki pengalaman perundingan selama 19 tahun.

Beliau berkhidmat sebagai ahli Lembaga Bukan Eksekutif bagi Bank Pusat Cyprus dari tahun 2013 hingga 2018, di mana beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Pelaburan dan ahli Jawatankuasa Audit Lembaga. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Bukan Eksekutif untuk ForexTime Ltd sejak tahun 2014.

Yiannis Misirlis

Yiannis Misirlis

Yiannis Misirlis ialah pengasas Director of Imperio Group, salah sebuah kumpulan hartanah yang paling bereputasi baik di Cyprus. Beliau berusaha mencapai cita-cita dalam pembangunan hartanah sejak dari muda dan mendapatkan kelayakan yang membantu beliau mencapai matlamat beliau. Beliau menamatkan tiga ijazah universiti di London dan Madrid, mendapat BSc dalam Kejuruteraan Awam, MSc dalam Teknologi Maklumat daripada University College London (UCL) dan MBA Antarabangsa daripada IE Business School di Madrid.

Keghairahan Yiannis terhadap harta tanah jelas terbukti melalui sumbangan tetap beliau kepada forum harta tanah dan perniagaan. Beliau merupakan penceramah tetap di beberapa forum utama seperti Economist Forum di London dan Israel Trilateral Summit. Pendapat dan penilaian beliau telah diterbitkan dalam Financial Times, Hong Kong Times, Vedomosti Moscow dan Gulf News. Beliau penyumbang tetap untuk OPPLive (salah satu pameran harta tanah yang terbesar di Eropah), memberikan perhatian pada pasaran harta tanah di Cyprus. Sebagai usahawan, beliau sangat terlibat dengan organisasi seperti Land and Building Developers Association Cyprus (LBDA) dan pada masa ini beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga. Beliau juga berada dalam Lembaga Pengarah bagi Cyprus Chamber of Commerce & Industry (CCCI), sebagai Pengerusi jawatankuasa Harta Tanah.

Selain itu, beliau diundi sebagai “Businessman of the Year” oleh akhbar Politis pada tahun 2010. Baru-baru ini Yiannis dinamakan sebagai “Manager of the Year, 2017” oleh InBusiness Magazine. 

Yiannis sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki. Beliau seorang yang suka bangun awal, perenang sepanjang tahun dan suka bermain tenis semasa waktu lapang. Yiannis percaya bahawa sentiasa aktif ialah asas untuk mengekalkan idea perniagaan yang kukuh dan set minda yang kreatif.

Scroll Top