Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Paypal

MatawangGBP, USD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Cara untuk Melakukan Deposit ke Akaun FXTM Anda

  1. Dalam menu pada bahagian atas dalam MyFXTM, pilih "Danakan Deposit". Dalam borang yang dibuka, pastikan anda memilih "Danakan Deposit" sebagai "Jenis Pindahan". Pilih akaun dagangan yang anda ingin depositkan dan pilih "Paypal" sebagai "Kaedah Pindahan". Dalam "Mata wang Pindahan", pilih mata wang akaun anda, masukkan amaun deposit yang diinginkan dan klik "Sahkan".
  2. Sebaik sahaja anda menyemak bahawa semua maklumat anda adalah tepat, klik "Hantar". Sebaik sahaja anda klik hantar, anda akan dilencongkan ke halaman Paypal dan diminta untuk memberikan maklumat log masuk Paypal anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftar untuk akaun baru di laman Paypal.
  3. Sudah mempunyai akaun Paypal?
  4. Hanya masukkan butiran log masuk anda (e-mel dan kata laluan), sahkan pembayaran dan hantar pindahan anda.
  5. Belum mempunyai akaun Paypal?
  6. Dalam tetingkap Paypal yang dilencongkan, masukkan semua data yang diperlukan untuk mendaftar akaun baru. Jika anda ingin menggunakan kad debit/kredit anda, sila tambahkannya kepada akaun Paypal anda dan deposit dana ke e-dompet anda. ForexTime (FXTM) boleh menerima dana daripada e-dompet anda.
  7. Anda boleh melihat status deposit anda dalam "Pindahan Saya".

Maklumat Penting

  1. Anda hanya boleh melakukan deposit daripada e-dompet Paypal anda sendiri.
  2. Pembayaran pihak ketiga tidak akan diterima.
  3. Untuk memindahkan dana menggunakan kad kredit/debit anda, sila lakukan deposit kad kredit/debit kepada e-dompet Paypal anda terlebih dahulu, kemudian buat permintaan deposit dalam MyFXTM menggunakan butiran loh Paypal anda.
  4. Nama dan alamat e-mel pada akaun Paypal anda mestilah sepadan dengan nama dan alamat e-mel pada akaun MyFXTM anda. Jika anda menggunakan alamat e-mel yang berbeza semasa mendaftar dengan Paypal, anda perlu menyenaraikan alamat tersebut sebagai alamat tambahan dalam "Butiran Anda" (log masuk diperlukan) dalam MyFXTM dan tentukan e-mel yang anda gunakan untuk Paypal.
  5. Sekiranya alamat tempat tinggal yang anda berikan dalam Paypal berbeza dengan alamat yang anda berikan dalam MyFXTM, kami mungkin meminta penjelasan dengan meminta pengesahan alamat kedua yang telah anda berikan (bil utiliti atau penyata bank).
  6. Sekiranya transaksi Paypal dilakukan dalam mata wang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke dalam mata wang yang disokong pilihan anda. Sila ambil maklum bahawa Paypal mungkin mengenakan caj tukaran.
  7. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda dinamakan dalam mata wang yang berlainan, transaksi tersebut adalah tertakluk kepada tukaran dan caj tukaran mungkin dikenakan, berdasarkan jadual Kadar tukaran (daftar masuk diperlukan) dalam MyFXTM.
MatawangGBP, USD, EUR
Yuran / Komisen2%
Masa PemprosesanHari Kerja yang Sama***

Sekiranya anda ingin mengeluarkan dana daripada akaun dagangan anda kembali kepada akaun Paypal, anda perlu melengkapkan permintaan berkenaan di MyFXTM.

Cara untuk mengeluarkan dana daripada akaun ForexTime (FXTM) anda

  1. Pergi ke Halaman deposit dari dalam bahagian ‘Wang Saya’ dalam MyFXTM.
  2. Pilih kaedah pembayaran dan klik 'Keluarkan'.
  3. Pilih akaun MyFXTM atau dompet yang anda ingin keluarkan dana dan lengkapkan medan yang diperlukan.
  4. Sila pilih alasan pengeluaran dan masukkan PIN yang dihantar kepada anda melalui e-mel atau SMS dan klik 'Hantar'.

Maklumat Penting

Sila pertimbangkan perkara berikut semasa melakukan pengeluaran:

  1. Dana tidak boleh dikeluarkan kepada akaun pihak ketiga.
  2. Pengeluaran hanya boleh dipindahkan kepada akaun Paypal sama yang digunakan untuk deposit dana.
  3. Untuk mengeluarkan dana melalui Paypal, anda perlu melakukan deposit dana menggunakan kaedah yang sama.
  4. Sila pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk melakukan pengeluaran anda. Sekiranya margin bebas tidak mencukupi, anda perlu menutup mana-mana kedudukan terbuka anda.
  5. Masa pemprosesan bagi pengeluaran biasanya dalam tempoh 24 jam selepas permintaan pengeluaran. Selepas dana berkenaan diproses oleh FXTM, ia akan dikreditkan ke akaun Paypal anda. Kelewatan singkat mungkin berlaku jika kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  6. Keuntungan dagangan boleh dikeluarkan menggunakan Paypal selagi dana berkenaan dikeluarkan ke akaun Paypal yang sama yang digunakan untuk membiayai akaun dagangan anda. Keuntungan juga boleh dikeluarkan melalui pindahan bank, tetapi kami memerlukan penyata bank yang mengesahkan nama pemegang akaun, yang perlu sepadan dengan nama yang anda berikan semasa mendaftar dengan FXTM.
  7. Kadar tukaran kami dikemas kini setiap hari.
Scroll Top