Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

WebMoney

WebMoney
MatawangUSD, EUR, RUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan2 jam

Bagaimana Melakukan Deposit ke Akaun ForexTime (FXTM) Anda

  1. Buka aplikasi "Keeper Classic" WebMoney.
  2. Pergi ke MyFXTM, klik pada "Bayar Deposit" pada menu atas dan sahkan bahawa anda telah memilih "Bayar Deposit" pada ruang "Jenis Pemindahan". Kemudian, pilih akaun dagangan yang ingin anda depositkan dan pilih WebMoney sebagai "Kaedah Pemindahan". Pilih matawang pilihan anda di dalam ruang "Matawang Pemindahan" dan klik "Pasti". Pada saat ini, anda mungkin diminta untuk memasang ActiveX Control.
  3. Pilih WebMoney Keeper sebagai kaedah pembayaran, masukkan kod yang anda lihat di dalam gambar dan klik "Seterusnya". Pada borang yang muncul, masukkan nombor dompet WebMoney anda. Akhir sekali, sahkan maklumat yang anda masukkan adalah benar dan klik "Sahkan Pembayaran".
  4. Anda boleh melihat status pemindahan anda di dalam Sejarah MyFXTM. Anda sepatutnya akan melihat status pemindahan anda sebagai "Sedang Memproses". Apabila deposit telah dihantar ke akaun dagangan anda, status di dalam MyFXTM akan bertukar ke "Dana didepositkan ke akaun".

Maklumat Penting

  1. Tiada pembayaran pihak ketiga diterima. Untuk deposit awalan, anda perlu menyediakan kami dengan paparan skrin akaun WebMoney anda yang mengandungi butiran berikut: nama, alamat dan status pasport WM anda.
  2. Deposit hanya boleh diterima dari akaun WebMoney dengan status Pasport-WM Formal atau lebih tinggi
  3. Tiada jumlah minimum atau maksimum setiap transaksi, walau bagaimanapun, terdapat sekatan kewangan untuk Sistem Pemindahan WebMoney untuk setiap ahli yang bergantung pada tahap identifikasi (jenis pasport-WM), jenis WM Keeper digunakan oleh ahli dan kaedah pengesahan transaksi yang dibenarkan.
  4. FXTM akan menerima transaksi WebMoney di dalam matawang EUR, USD dan RUB sahaja. Semua transaksi WebMoney yang dihantar di dalam matawang lain akan ditukarkan secara automatik ke EUR, USD dan RUB dan WebMoney mungkin mengenakan caj penukaran kepada anda.
  5. WebMoney akan mengenakan caj bayaran bagi setiap transaksi, yang mana ditanggung oleh pelanggan FXTM. (Lihat Jadual Kadar Penukaran). Jumlah bersih akan dihantar ke akaun dagangan anda, yang dibayar melalui WebMoney.
  6. Jika deposit tersebut berjaya ia akan dihantar ke akaun dagangan anda dengan segera. Mungkin terdapat kelewatan sekiranya WebMoney atau FXTM tidak berjaya mengesahkan maklumat anda.
  7. Jumlah deposit Awalan haruslah dihantar balik ke akaun WebMoney dari mana kami menerima bayaran anda.

Maklumat lanjut di laman web WebMoney:

MatawangUSD, EUR, RUR
Yuran / Komisen0,8% (maks 50USD /50EUR /1500RUB)
Masa PemprosesanHari Kerja yang Sama***

Bagaimana mengeluarkan dana dari akaun ForexTime (FXTM) anda

  1. Dalam MyFXTM, pilih "Pengeluaran Dana" pada menu atas dan pilih "Pengeluaran" sebagai "Jenis Pemindahan". Pilih akaun dagangan yang ingin anda keluarkan dana dan di dalam ruang "Kaedah Pemindahan" pilih WebMoney.
  2. Pilih matawang yang ingin anda gunakan untuk pengeluaran dan apabila anda telah membaca semua syarat pengeluaran dan anda pasti mahu meneruskan, klik "Pasti".
  3. Anda kemudian akan menerima kata laluan pembayaran melalui SMS atau melalui e-mel ke alamat e-mel yang telah anda daftarkan dengan MyFXTM. Anda harus memasukkan kata laluan ini ke dalam ruang yang perlu diisi dan kemudian klik "Hantar".
  4. Anda boleh memeriksa status pengeluaran anda di dalam "Sejarah MyFXTM". Jika anda melihat status "Sedang Memproses”, ini bermakna permintaan anda telah diterima. Apabila status permintaan menandakan "Dana dihantar", ini bermakna dana telah dihantar ke dompet WebMoney anda.
     

Maklumat Penting

  1. Pengeluaran kepada pihak ketiga adalah tidak diterima. Nama dan alamat pada akaun WebMoney anda haruslah padan dengan nama dan alamat yang didaftarkan dengan FXTM.
  2. Pengeluaran ke akaun WebMoney sama di mana anda mendepositkan dana anda adalah boleh dilakukan.
  3. Yuran bagi memproses pengeluaran dana akan ditolak dari jumlah yang dikeluarkan.
  4. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi di dalam akaun anda untuk melindungi pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup satu posisi pada akaun anda.
  5. Pengeluaran diproses oleh FXTM dalam 1 hari bekerja permintaan anda. Dana akan dihantar ke akaun WebMoney anda dalam satu hari bekerja selepas diproses. Mungkin terdapat kelewatan sekiranya kami tidak berjaya mengesahkan maklumat anda.
  6. Anda boleh mengeluarkan dana melalui WebMoney anda hanya jika anda telah melakukan deposit melalui sistem tersebut sebelum ini.
  7. Tiada jumlah minimum atau maksimum setiap transaksi, walau bagaimanapun, terdapat sekatan kewangan untuk Sistem Pemindahan WebMoney untuk setiap ahli yang bergantung pada tahap identifikasi (jenis pasport-WM), jenis WM Keeper digunakan oleh ahli dan kaedah pengesahan transaksi yang dibenarkan.
  8. Sebarang keuntungan dibuat dari perdagangan boleh dikeluarkan menggunakan WebMoney selagi dana dikeluarkan ke akaun WebMoney sama yang telah digunakan untuk mndana akaun dagangan anda. Keuntungan juga boleh dikeluarkan melalui bank wire, walau bagaimanapun dalam kes ini anda perlu menyediakan kami dengan penyata bank mengesahkan nama pemilik akaun.
Scroll Top