Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
MetaTrader 4

Tentang MetaTrader 4

MetaTrader 4, lebih dikenali sebagai MT4 ialah platform dagangan berdiri sendiri yang dibangunkan oleh MetaQuotes Software. Berdagang pada MT4 melalui FXTM memberikan akses kepada pelbagai pasaran dan ratusan instrumen kewangan, termasuk pertukaran asing, komoditi, CFD dan indeks. Percuma sepenuhnya untuk dimuat turun dan menyediakan segala-galanya yang diperlukan untuk menganalisis pasaran dan mengurus dagangan anda.

Platform MetaTrader 4 menyediakan carta interaktif yang mudah untuk dibaca dan membolehkan anda memantau dan menganalisis pasaran pada masa nyata. Anda juga akan diberikan akses kepada lebih daripada 30 penunjuk teknikal yang boleh membantu anda mengenal pasti trend pasaran serta isyarat bagi titik masuk dan keluar.

Manfaat MT4 yang lain termasuk sistem keselamatan yang hebat dan fungsi berbilang peranti yang membolehkan anda berdagang dengan penuh yakin dan mengikut kesesuaian anda.

Ketahui tentang dagangan yang lebih baik hari ini apabila anda menggabungkan platform termaju ini dengan produk dan perkhidmatan FXTM yang cemerlang.

MQL4

MetaQuotes Language 4, atau MQL4 ialah bahasa pengaturcaraan yang membantu dan cekap yang digunakan pada platform ini untuk membangunkan strategi dagangan. Bahasa ini membolehkan pedagang membangunkan Pakar Penasihat, Penunjuk Tersuai dan ciri individu lain yang boleh digunakan untuk mengurus pesanan dagangan.

Pakar Penasihat ini yang turut dikenali sebagai Robot Dagangan boleh dibangunkan untuk mengendalikan analisis pasaran dan juga dagangan automatik – menjimatkan masa anda daripada melakukan semua kerja keras sendiri!

Terdapat 9 tempoh masa yang berbeza pada MT4, bermakna anda boleh mengikuti pergerakan harga bagi tempoh masa yang sesuai untuk anda.

  • Anda menggunakan strategi dagangan jangka panjang? Ikuti kelakuan instrumen kegemaran anda sepanjang bulan itu
  • Sudah bersedia untuk menutup kedudukan dan menjangkakan ketaktentuan yang tiba-tiba? Perhatikan tempoh masa 1 minit. Semuanya tentang pilihan anda

Aplikasi MetaTrader 4 untuk Dagangan Mudah Alih

Pengenalan MT4 kepada peranti mudah alih telah merevolusikan pengalaman pasaran kerana pedagang tidak lagi tersekat dengan komputer riba atau PC yang tradisional. Sebaliknya, anda boleh bertindak balas kepada pergerakan pasaran secara pantas dengan hanya beberapa ketikan pada Android atau iPhone anda. Ciri ini, digabungkan dengan sifat pasaran kewangan yang 24 jam sehari 5 hari seminggu adalah sangat sesuai untuk pelabur yang sibuk.

Perlu berdagang pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja? Muat turun MT4 untuk peranti mudah alih anda untuk merasai kebebasan dagangan yang sebenar.

Muat turun MT4 pada sistem pengendalian Android yang popular untuk menikmati akses pasaran tanpa had di mana-mana sahaja anda berada dan walau apa pun yang anda lakukan. Tersedia pada peranti mudah alih dan tablet, MT4 untuk Android menjadikan lebih mudah untuk berdagang.

Antara cirinya ialah:

  • Sebut harga masa nyata yang segera
  • Berbilang tempoh masa
  • 3 jenis carta
  • Carta interaktif masa nyata
  • Semua pesanan dagangan tersedia
  • Semua mod pelaksanaan tersedia
  • Lebih daripada 30 penunjuk teknikal
  • Sejarah dagangan

Keperluan Sistem:
Android 2.1 atau lebih terkini, 3G/Wi-Fi

Aplikasi MetaTrader 4 untuk Android

Lebih suka untuk berdagang daripada iPhone atau iPad? Muat turun MT4 untuk iOS daripada Apple App Store dan mulakan perjalanan dagangan anda! Akses pasaran kewangan pada masa dan tempat yang sesuai bagi anda dan urus aktiviti dagangan anda dengan sangat mudah.

Ciri MT4 ialah:

  • Grafik boleh suai
  • Semua pesanan dagangan tersedia
  • Semua mod pelaksanaan tersedia
  • Sebut harga masa nyata
  • Sistem keselamatan lebih baik
  • 3 jenis carta
  • Lebih daripada 30 penunjuk teknikal

Keperluan Sistem:
iOS 4.0 atau lebih terkini, 3G/Wi-Fi

MetaTrader 4 untuk iOS

MetaTrader 4 WebTrader

Kini lebih mudah untuk anda berdagang pada MT4 dengan penyelesaian dagangan berasaskan web yang intuitif. Anda hanya memerlukan sambungan Internet — tidak perlu memuat turun perisian! Hanya log masuk ke akaun FXTM anda, pilih pelayar kegemaran anda dan anda boleh bermula.

Lancarkan terminal web MT4 sekarang untuk menikmati:

  • Akses segera kepada pasaran kewangan
  • Keserasian dengan enam pelayar berbeza
  • Alat analisis termaju
  • Sebut harga masa nyata dalam MarketWatch
  • Sistem keselamatan dinamik
  • 9 tempoh masa carta
  • Ketersediaan dalam 20+ bahasa

Ingatlah — tidak perlu memuat turun tidak bermakna kurang manfaat! Anda akan menikmati alatan dan faedah istimewa yang sama hebat seperti yang anda dapat pada versi desktop dan aplikasi mudah alih.

Pelayar yang Disokong: Internet Explorer 11*, Microsoft Edge 12*, Mozilla Firefox 34*, Google Chrome 43*, Safari 8*, Opera 32*
*dan lebih tinggi

Muat Turun MetaTrader 4 untuk PC untuk menerima set peralatan analisis teknikal yang sepenuhnya. Sama ada anda berdagang forex, komoditi atau indeks, platform MT4 menyediakan fungsi pelaporan pentadbiran dan terminal bahagian depan. Cepat, intuitif dan mesra pengguna, MT4 mempunyai segala-galanya yang anda perlukan untuk menerokai pasaran dengan bergaya.

Manfaat MT4 untuk PC ialah:

  • Sistem Dagangan Automatik Perintis lengkap dengan Pakar Penasihat
  • Isyarat Dagangan
  • Berbilang tempoh masa
  • Lebih daripada 30 penunjuk teknikal
  • Sistem keselamatan dinamik
  • Sokongan berbilang mata wang/bahasa
  • MQL4

Keperluan Sistem:
Windows Vista/7/8

Aplikasi MetaTrader 4 untuk PC

Adakah anda pengguna Mac? Muat turun platform MT4 secara terus ke komputer riba atau komputer anda dengan hanya beberapa langkah dan mulalah berdagang. MT4 ialah platform dagangan yang termaju dengan ciri lanjutan, sistem keselamatan dinamik dan banyak alatan analisis teknikal.

Bersedialah untuk mula menikmati:

  • Sebut harga masa nyata
  • Carta harga interaktif yang terperinci
  • Isyarat Dagangan
  • Sokongan berbilang mata wang/bahasa
  • Lebih daripada 30 penunjuk teknikal
  • MQL4
  • Sistem keselamatan luar biasa

Keperluan Sistem:
Mac (OSx)

MetaTrader 4 untuk iOS

Ketahui peluang yang tiada batasan dengan FXTM pada MT4

Jika anda sudah bersedia untuk mula meneroka platform kegemaran industri ini, pilih dan akses penyelesaian dagangan anda hari ini!


Masih tidak pasti tentang pilihan anda?

Hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami yang akan membantu anda dengan senang hati.

Sudah menggunakan MetaTrader 4 dengan broker lain? Tiada masalah! Bertukar kepada FXTM adalah pantas dan mudah — daftar dalam masa beberapa minit untuk menemui dagangan yang lebih baik dengan pasukan yang memenangi anugerah global.

Scroll Top