Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
MetaTrader 5

Tentang MetaTrader 5

MetaTrader 5, lebih dikenali sebagai MT5 ialah platform dagangan yang terkini dan termaju yang dibangunkan oleh MetaQuotes Software. Berdagang pada MT5 melalui FXTM memberi anda akses yang lebih meluas kepada pasaran kewangan termasuk pertukaran asing, komoditi, CFD dan indeks, serta saham dan niaga hadapan.

Cirinya yang terdiri daripada fungsi yang pelbagai, analisis teknikal fundamental, salin dagangan dan dagangan automatik adalah terbina dalam, melengkapi anda dengan alatan dan instrumen yang terbaik. Tambahan lagi, MetaTrader 5 boleh dimuat turun secara percuma sepenuhnya.

Platform dagangan ini menyediakan lebih banyak jenis transaksi yang seimbang berbanding MT4, 44 objek grafik serta kalendar ekonomi dan sistem e-mel yang bersepadu.

Manfaat MT5 yang lain ialah penguji strategi berbilang jaluran, pemindahan dana antara akaun dan sistem isyarat untuk sentiasa mengikuti semua peristiwa pasaran yang terkini. Pedagang juga boleh berkomunikasi melalui sembang komuniti MQL5 terbenam untuk berasa lebih berkuasa dan yakin.

Muat turun MetaTrader 5 hari ini untuk menemui dagangan yang terbaik, di samping pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan yang cemerlang daripada FXTM.

MQL5

MetaQuotes Language 5 atau MQL5, ialah bahasa pengaturcaraan yang sangat intuitif dan digunakan untuk membangunkan robot dan strategi dagangan, dan juga ciri seperti penunjuk teknikal, skrip dan pustaka fungsi.

Robot dagangan ini boleh mengendalikan analisis pasaran dan dagangan automatik – untuk menjimatkan masa anda yang berharga. Selain sifatnya yang lebih cekap dan lebih mudah untuk digunakan berbanding bahasa yang terdahulu (MQL4), pedagang juga dapat menulis dan mengubah sendiri skrip dalam MQL5, melaksanakan sistem kedudukan yang serasi dengan pelbagai pasaran dan menyertai forum sembang komuniti.

Operasi dagangan dikendalikan dengan menghantar permintaan dagangan melalui satu fungsi sahaja. Ia juga membantu anda agar sentiasa mendahului, dengan menunjukkan waktu untuk membuka atau melepaskan kedudukan atau menjangkakan turun naik pasaran yang signifikan.

Terdapat 21 tempoh masa yang berbeza boleh dipilih pada MT5, lebih dua kali ganda daripada yang disediakan oleh MT4.

  • Ingin menganalisis pasaran daripada berbilang sudut? MT4 ialah penyelesaian yang ideal bagi pedagang harian dengan pelbagai pilihan carta minit yang berbeza.
  • Adakah anda lebih kepada pedagang swing? Platform termaju ini menyediakan carta berbilang jam yang sangat sesuai dengan gaya anda.

Aplikasi MetaTrader 5 untuk Dagangan Mudah Alih

Pengalaman dagangan revolusi melalui aplikasi mudah alih, bermakna pedagang mempunyai lebih banyak fleksibiliti dan pilihan semasa berdagang. Melalui aplikasi ini, anda boleh bertindak balas terhadap pergerakan pasaran dalam masa beberapa saat sama ada melalui Android atau iPhone.

Akses tanpa had untuk membuat dagangan pada bila-bila masa dalam sehari, Isnin hingga Jumaat, adalah sangat sesuai bagi pedagang moden yang selalunya kesuntukan masa.

Bersedia untuk mencuba MT5? Muat turun aplikasi MetaTrader 5 hari ini untuk peranti mudah alih anda.

Muat turun MT5 pada mana-mana peranti Android yang popular untuk menikmati akses pasaran yang tidak terhingga di mana-mana sahaja anda berada dan walau apa pun yang anda lakukan. Tersedia pada peranti mudah alih dan tablet, MT5 untuk Android menjadikan lebih mudah untuk berdagang.

Antara cirinya ialah:

  • Sistem dagangan yang hebat termasuk Market Depth
  • Bilangan carta tanpa had dan 21 tempoh masa
  • Alatan analisis teknikal terbina dalam
  • Bersembang dengan ahli MQL5.community yang berdaftar
  • Berita, isyarat dan pemberitahuan tolak kewangan
  • Versi lanjutan bagi tablet

Keperluan Sistem:
Android 2.1 atau lebih terkini, 3G/Wi-Fi

Aplikasi MetaTrader 5 untuk Android

Lebih suka untuk berdagang daripada iPhone atau iPad? Muat turun MT5 untuk iOS daripada Apple Store dan mulakan perjalanan dagangan anda! Akses pasaran kewangan pada masa dan tempat yang sesuai bagi anda dan urus dagangan anda dengan mudah.

Ciri lanjutan MT5 ialah:

  • Lebih daripada 20 jenis tempoh masa yang berbeza
  • 38 penunjuk teknikal dan 44 objek analisis
  • Sistem perakaunan kedudukan perlindungan nilai dan netting
  • Set penuh pesanan dagangan, termasuk 6 pesanan belum selesai
  • Sembang, berita kewangan, isyarat dan pemberitahuan tolak terbina dalam
  • Versi lanjutan bagi iPad

Keperluan Sistem:
iOS 4.0 atau lebih terkini, 3G/Wi-Fi

MetaTrader 5 untuk iOS

MetaTrader 5 WebTrader

Kami menjadikannya lebih mudah untuk anda berdagang dengan platform web MT5 – tidak perlu memuat turun perisian. Dengan penyelesaian dagangan berasaskan web yang intuitif ini, anda hanya memerlukan sambungan Internet! Hanya log masuk ke akaun FXTM anda, pilih pelayar kesukaan anda dan mula berdagang.

Lancarkan platform web MT5 sekarang untuk menikmati:

  • 21 tempoh masa, berbanding sembilan pada MT4
  • Enam jenis pesanan belum selesai
  • Antara muka boleh suai
  • Bilangan carta tiada had
  • Berita global makroekonomi
  • Akses kepada CFD, saham dan niaga hadapan

Ingatlah bahawa anda masih boleh menikmati semua alatan dan faedah istimewa yang hebat sepertimana dengan penyelesaian dagangan FXTM yang lain.

Pelayar yang Disokong: Internet Explorer 11*, Microsoft Edge 12*, Mozilla Firefox 34*, Google Chrome 43*, Safari 8*, Opera 32*
*dan lebih tinggi

Muat turun MetaTrader 5 untuk PC untuk menerima set peralatan analisis teknikal profesional – termasuk MQL5, lebih daripada 80 penunjuk dan alatan, serta keupayaan untuk membuka sehingga 100 carta. Mana-mana pasaran yang anda berdagang, platform dagangan MT5 menyediakan sistem dagangan yang lebih pintar dan lebih fleksibel dengan sokongan berbilang mata wang dan bahasa yang tiada tandingannya.

Anda juga akan mendapat manfaat daripada:

  • Jenis pesanan belum selesai tambahan
  • Tab dagangan untuk dagangan satu klik
  • Titik masuk dan keluar diserlahkan
  • NDD/STP
  • Analisis fundamental
  • MQL5

Keperluan Sistem:
Windows Vista/7/8

Aplikasi MetaTrader 5 untuk PC

Adakah anda pengguna Mac? Muat turun platform MT5 secara terus ke komputer riba atau komputer anda dengan hanya beberapa langkah dan mulalah berdagang. MT5 ialah platform dagangan yang termaju bagi pedagang yang serius dengan ciri lanjutan dan banyak alatan analisis teknikal.

Bersedialah untuk mula menikmati:

  • Set penuh pesanan dagangan, termasuk pesanan belum selesai dan pesanan henti
  • Sembang, berita kewangan, isyarat dan pemberitahuan tolak terbina dalam
  • Mata wang dan saham dagangan global
  • 30 penunjuk teknikal dan 24 objek analisis
  • Sistem perakaunan kedudukan perlindungan nilai dan netting
  • MQL5

Keperluan Sistem:
Mac (OSx)

MetaTrader 5 untuk iOS

Dapatkan lebih banyak manfaat daripada pasaran dengan FXTM dan MT5

Adakah anda sudah bersedia untuk bermula dengan platform dagangan yang termaju dalam industri?


Masih belum pasti versi yang sesuai untuk anda?

Hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan berdedikasi yang akan membantu anda dengan senang hati.

Sudah menggunakan MetaTrader 5 dengan broker lain? Tiada masalah. Bertukar kepada FXTM adalah pantas dan mudah — daftar hari ini untuk menemui dagangan yang lebih baik dengan pasukan yang memenangi anugerah global.

Scroll Top