Jenama FXTM mula-mula dilancarkan pada tahun 2011 dengan visi yang unik untuk menyediakan syarat-syarat dagangan yang tiada tandingan, pendidikan lanjutan dan alat dagangan yang termaju dalam industri forex. Hasil daripada tumpuan yang berterusan terhadap menyetempatkan produk dan perkhidmatan kami untuk disesuaikan dengan setiap pasaran, serta kerjasama yang berjaya dengan pasukan yang berbakat dan berpengalaman dari seluruh dunia, kini FXTM mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global.
Misi teras kami tertumpu pada komoditi yang paling berharga iaitu – masa. Dengan menghargai masa dan memahami kepentingan kecekapan dalam pasaran kewangan yang turun naik dan amat pantas, setiap keputusan yang kami lakukan direka bagi memastikan pelanggan dan rakan perniagaan kami, serta pasukan profesional kami menggunakan masa mereka dengan cara yang bijak. Laluan ini adalah berlandaskan tumpuan yang kukuh terhadap mendidik pelanggan kami. Pengetahuan adalah kuasa dan memperkasa pedagang untuk mendapatkan nilai-nilai yang terbaik untuk pelaburan mereka adalah keghairahan kami.
Terkenal sebagai broker global dengan sentuhan termpatan, FXTM mendahului dengan 1,000,000 akaun berdaftar – dengan lebih banyak pedagang baru setiap hari.
FXTM terus meluaskan sayapnya ke seluruh dunia, dengan meraih lesen Financial Conduct Authority. Hal ini melengkapkan lesen-lesen bertaraf antarabangsa lain yang telah sedia dimiliki oleh jenama ini. ForexTime UK Limited beroperasi di bawah lesen FCA bernombor 777911.
Olga Rybalkina menjadi Rakan Kongsi Pengurusan dan Pemegang Saham Minoriti FXTM, menjadi sayap kanan kepada Andrey Dashin dalam pembangunan strategik FXTM. Nicholas Deftwerasn menjadi CEO ForexTime Limited, mengambil alih tanggungjawab pengurusan operasi syarikat.
Pasukan Penyelidikan Pasaran terus berusaha keras, dalam membekalkan komentari kewangan kepada para pengamal media terkemuka di seluruh dunia. Kejayaan jelajah media di Afrika Selatan dan Indonesia telah menjadi batu aras kepada imej kepakaran pasaran ‘di mana sahaja’ FXTM.
FXTM meneruskan misinya untuk menguasai para pelabur di seluruh dunia dengan skim Rujuk Rakan* yang serba baru. Di bawah program baru ini, pedagang boleh menjana $25 untuk diri mereka sendiri dan sesiapa sahaja yang telah berjaya mereka rujukkan.
*Hanya tersedia di bawah Exinity Limited. Tertakluk T&S.
FXTM meneruskan komitmen mereka terhadap pendidikan pedagang, dengan mengeluarkan eBuku, video dan webinar percuma di bawah penyeliaan Ketua Jabatan Pendidikan FXTM, Andreas Thalassinos. Ebuku yang diterbitkan pada tahun ini termasuklah Bearish Japanese Candlesticks & Strategies dan Reach your trading potential: 50 successful traders habits’.
FXTM menjadi rakan kongsi forex rasmi pasukan Sahara Force India Formula One™, mengembangkan sayap mereka di peringkat global dengan penajaan sukan bermotor Peringkat Pertama. Sepanjang kempen 'Formula One. Dua Pasukan', FXTM dan Sahara Force India telah mempamerkan kecemerlangan mereka sebagai rakan kongsi dalam bidang masing-masing.
Juara Tenis, Dominika Cibulkova menjadi wakil jenama FXTM sepanjang sesi WTA 2017. Kelincahan beliau ketika di gelanggang turut menyumbang kepada gaya di luar gelanggang serta sifat keanggunan yang menjadikan beliau sebagai rakan kongsi ideal bagi dua pasukan utama FXTM, dan juga pemimpin dalam bidang masing-masing.
FXTM melanjutkan Pertandingan Dagangan Langsung mereka untuk memberikan lebih banyak peluang kemenangan kepada pedagang pada sepanjang tahun. Litar FX menawarkan hadiah terkumpul bernilai $400,000 (Tertakluk T&S) menerusi lapan pusingan, yang membolehkan pedagang untuk bersaing mendapatkan sebahagian daripada hadiah berjumlah $50,000 setiap pusingan dan diskaun 50% untuk tiket perlumbaan F1™ 2017 pilihan mereka.
Formula Dagangan Terunggul bersama Ketua Jabatan FXTM, Andreas Thalassinos, yang turun padang ke Afrika Selatan dan Taiwan buat julung kalinya. Pasukan telah dibawa bertemu dengan para pedagang yang teruja dengan dagangan FXTM dan berhasrat untuk kembali dan berkongsi pengetahuan dan maklumat dalaman bersama yang lain.
FXTM bergabung tenaga dengan dua kali juara dunia, Atlet legenda lompatan BASE Red Bull, Valery Rozov, yang berjaya mencatatkan rekod dunia baharu dengan sokongan daripada FXTM. Dengan mentakrifkan semula batasan bersama Rozov, FXTM memberikan inspirasi kepada para pedagangnya untuk mempertingkatkan pengalaman dagangan mereka.
Pelan pengembangan global memperlihatkan ForexTime Limited untuk mendapatkan lesen Afrika Selatan baru pada bulan Julai 2016 serta pembukaan Cawangan UK pada awal tahun 2016. FT Global Limited kini membuka pejabat operasi baru di Armenia. Rakan kongsi FXTM juga turut membuka Pusat Latihan baru di Pakistan.
Menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan aktiviti berkaitan media yang dikendalikan oleh Jameel Ahmad (Naib Presiden Pembangunan Korporat & Penyelidikan Pasaran), Prof. Andreas Thalassinos (Ketua Jabatan Pendidikan) dan Hussein Al Sayed (Ketua Strategi Pasaran) di seluruh dunia, FXTM kini terus melanjutkan sayap globalnya.
Statistik Prestasi FXTM telah disahkan dan diterbitkan, demi penyampaian yang telus dalam pelaksanaan dagangan, pembukaan dan pembiayaan akaun - dengan angka yang disemak oleh PricewaterhouseCoopers Limited (PwC).
FXTM meneruskan pembangunan di negara-negara Asia dan berkembang ke Eropah, memberi tumpuan pada Kepuasan Pelanggan
Syarat-syarat dagangan FXTM antara yang terbaik termasuk spread mentah dan pelaksanaan yang amat pantas. FXTM kini boleh diakses melalui Mudah Alih dengan Aplikasi ForexTime yang boleh didapati di AppStore dan Google Plus
Pasukan Penyelidikan FXTM mendapat pengiktirafan media utama: Bloomberg Malaysia, Bloomberg Indonesia, CNBC Arabia, Dubai TV dan Dubai Eye Radio. Forbes, CNN Money dan The Telegraph
Rakan Kongsi FXTM membuka Pusat Latihan baharu di Kuala Lumpur, Malaysia
FXTM mula berkembang ke Asia dan Timur Tengah. Satu rangkaian perkongsian yang meluas kini dibangunkan.
FXTM percaya dalam usaha Mendidik pelanggan – satu siri acara pendidikan luar talian dan webinar yang berjaya diadakan secara global sepanjang tahun.
Kejayaan yang besar dengan media – Usaha pertama daripada Pasukan Penyelidikan Pasaran yang baru dibentuk kini mendapat perhatian daripada media kewangan yang bereputasi tinggi apabila nama Jameel Ahmad telah disebut dalam Reuters, Financial Times dan the Wall Street Journal.
FXTM HQ berpindah ke pejabat baharu – kakitangan berpindah ke Menara FXTM yang luas dan moden.
FXTM memulakan pembangunan yang sangat aktif, penambahbaikan infrastruktur yang signifikan dilakukan dalam persediaan untuk perkembangan global.
FXTM membuka pejabat perwakilan di London, Beijing dan Lagos.
FXTM mengadakan Pertandingan Demo yang pertama.
FXTM meningkatkan inisiatif pengambilan global, mengalu-alukan perkembangan yang pantas dengan pelanggan dan rakan kongsi.
Dengan pengalaman industri yang meluas dan visi yang jelas, Andrey Dashin membangunkan konsep FXTM, menghubungkan nilai masa dengan keghairahan untuk pasaran.
Di FXTM, kami menyediakan persekitaran yang merangsang secara professional untuk pekerja kami, persekitaran yang memenuhi nilai teras syarikat dan menggalakkan perkembangan kerjaya.
Layari Halaman Kerjaya kami