Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

FXTM kini Bekerjasama dengan Pelompat BASE Legenda dan Atlet Red Bull Valery Rozov

11.07.2016 Semua

FXTM amat berbangga untuk mengumumkan kerjasama kami dengan pemegang rekod dunia dalam lompatan BASE, dan juga atlet Red Bull Valery Rozov. Dengan itu kami ingin mempersembahkan pengembaraan unik, Projek #FXTMBaseJump. 

Kerjasama ini datang daripada keinginan bersama kami untuk mentakrifkan semula standard yang turut mencerminkan nilai teras FXTM:

  • Latihan & Pendidikan - Persediaan yang sepatutnya adalah diperlukan oleh Valery Rozov dan juga para pedagang FXTM, yang perlu saling memahami serta berlatih bagi mencapai kejayaan yang diinginkan.
  • Inovasi - Atlet Red Bull ini telah mencapai impian manusia untuk terbang dan berjaya pergi lebih jauh daripada itu dengan menjadi peneraju komuniti lompatan BASE. Pada masa yang sama, FXTM turut berusaha untuk membangunkan inovasi teknologi termaju, pelaksanaan ultra pantas serta perkhidmatan yang berasaskan pelanggan.
  • Kelajuan - Valery menghuraikan lompatan BASE sebagai satu bentuk 'teleportasi', dengan memanjat ke puncak gunung selama berbulan-bulan, dan melompat mencecah bumi dalam masa 60 saat dengan kelajuan sehingga 200 km/j. Pada masa yang sama, FXTM turut mempunyai pelaksanaan ultra pantasnya, demi memastikan pelanggan tidak akan ketinggalan walaupun hanya satu milisaat dalam pasaran. 
  • Pengurusan Risiko - Pengiraan risiko adalah penting tidak kira anda seorang pelompat BASE mahupun pedagang. FXTM membina keyakinan yang kukuh bersama pelanggan, dengan mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyediakan sebuah persekitaran dagangan yang selamat dan telus.

Kerjaya atlet Red Bull ini turut meliputi sebilangan aksi lompatan unik yang dilakukan di seluruh pelosok dunia termasuklah: China, Malaysia, Pakistan dan India. Itu baru sahaja permulaannya. Rancangan Valery pada masa hadapan adalah untuk melibatkan lompatan baru yang lebih mengujakan di lokasi-lokasi eksklusif.

Projek #FXTMBasejump ini sememangnya merupakan pengembaraan yang luar biasa untuk kita dan juga Valery.  Ia bakal menjadi satu pengalaman yang belum pernah anda lihat sebelum ini, yang meliputi siri persediaan dan latihan ekstensif di pelbagai lokasi, yang menjanjikan lompatan dan kejutan yang menakjubkan buat anda.

Teruskan bersama kami untuk berita terkini serta perkembangan mengenai projek ini dan saksikan sesuatu yang luar biasa!

Berita Acara Terkini

Scroll Top