FXTM mengumumkan perkongsian baru mereka yang bakal menjadikan broker yang memenangi anugerah global ini sebagai penaja forex rasmi bagi Pasukan Formula One Sahara Force bagi musim 2017. Dengan nilai, semangat serta perkongsian yang sama untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing, FXTM dan Force India sememangnya pasangan rakan kongsi yang ideal.
FXTM dan Sahara Force India: Dua Pasukan, Satu Formula
Olga Rybalkina, Ketua Pegawai Eksekutif ForexTime Limited (FXTM) telah mengulas mengenai perkongsian tersebut, “Susulan kejayaan Projek FXTMbasejump, kami amat teruja untuk memulakan kerjasama dengan Sahara Force India. Pasukan tersebut sememangnya sangat disegani, dan seperti FXTM, mereka sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam semua perkara yang dilakukan. Perkongsian ini merupakan padanan yang asli, sejajar dengan perjalanan dan nilai jenama kami. Kami amat teruja untuk memberi peluang kepada para klien kami untuk menyaksikan sendiri kisah hebat yang melibatkan kerja keras, ketekunan, kegigihan dan kejayaan.”
Nantikan, pada 22 Februari 2017, pasukan Force India akan mengumumkan kenderaan mereka yang sekian lama dinanti-nantikan pada tahun 2017 – VJM10 – di Ibu Pejabat mereka di Silverstone, Northamptonshire.
Pastikan anda menanda halaman Penajaan kami untuk terus mendapatkan maklumat terkini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasukan Sahara Force India, sila lawati laman web rasmi mereka di sini.
Masih belum berdagang dengan broker bertaraf dunia? Buka akaun dagangan anda sekarang.