Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Acara Forex Rakan Kongsi FXTM Berjaya Dilancarkan dalam Malaysia!

Pada 4 Mac 2017 yang lalu, Rakan Kongsi FXTM telah menganjurkan satu lagi acara siri Formula Dagangan Ultimate di Malaysia, meningkatkan reputasi FXTM sebagai salah satu broker terkemuka dalam rantau ini.

Seminar percuma telah diadakan di Kuala Lumpur dan disusuli dengan siri bengkel dua hari; satu di Port Dickson dan satu lagi di Kuala Lumpur pada 5 dan 7 Mac.

Seminar dan bengkel tersebut disampaikan oleh Profesor Andreas Thalassinos, Ketua Pendidikan FXTM yang terkenal dengan gaya pengajaran beliau dan pengetahuan beliau tentang pasaran untuk meningkatkan semangat forex dalam perserta yang hadir.

Topik yang dibincangkan merangkumi:

  • Pembentangan daripada Prof. Thalassinos tentang Formula Dagangan Ultimate beliau yang popular.
  • Perbincangan lebih mendalam tentang Penunjuk Fibonacci Retracement.
  • Bimbingan untuk membangunkan tabiat pengurusan risiko dengan cara yang berkesan.
  • Cara mengenal pasti potensi titik keluar dan masuk yang terbaik bagi sesebuah dagangan.
  • Dan banyak lagi!

Semua tiga acara ini telah mencatatkan kehadiran yang tinggi, hampir mencecah 300 orang mengambil bahagian pada tiga hari tersebut. Maklum balas daripada pembentang tetamu dan peserta amatlah positif, dengan ramai yang berminat untuk menyertai lawatan yang akan datang daripada Prof. Thalassinos dan Rakan Kongsi FXTM.

FXTM bagi pihak ahli gabungan dan rakan kongsi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri dan menyertai semua acara ini.

Adakah anda berminat untuk menjadi Broker Pengenalan atau Ahli Gabungan dalam talian? Lawati Rakan Kongsi FXTM hari ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Masih belum berdagang dengan broker global yang memenangi anugerah? Buka akaun anda hari ini.

Berita Acara Terkini

Scroll Top