Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

FXTM menyertai Penaung Lautan PBB untuk The Long Swim

26.06.2018 Semua

Bukan rahsia lagi bahawa lautan di seluruh dunia kini di ambang kemusnahan. Pemanasan global, pencemaran dan penangkapan ikan berlebihan telah menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan terhadap kehidupan laut: laporan baru-baru ini oleh World Wildlife Fund mendapati bahawa populasi banyak spesies laut telah merosot sebanyak 50% dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

Sekian lama tanggungjawab membangkitkan kesedaran tentang perkara ini terletak digalas oleh NGO, kumpulan aktivis dan individu. Itulah sebabnya FXTM bekerjasama dengan perenang daya tahan dan Penaung Lautan PBB, Lewis Pugh, untuk The Long Swim – usaha berenang yang berani sejauh 560km buat kali pertama di sepanjang Selat Inggeris. Lewis akan menelusuri perairan dingin ini dari Land's End ke Dover untuk meningkatkan kesedaran mengenai keadaan lautan kita dan percubaan untuk mendapatkan status Kawasan Perlindungan Marin (MPA) untuk 30% daripada lautan menjelang tahun 2030 – dan kami akan bersama beliau sepanjang usaha ini.

Melalui penyelarasan nilai teras kami dengan Lewis dan Yayasan Lewis Pugh, kami harap dapat memainkan peranan kami dalam usaha menyelamatkan lautan dan membaiki kerosakan yang berlaku. Oleh itu, FXTM akan menyokong usaha memastikan kesihatan lautan kita dan dengan gembiranya mengalu-alukan Lewis sebagai Duta Jenama kami yang baru. Sejak 30 tahun yang lalu, Lewis telah mendapat pengiktirafan atas usaha beliau membangkitkan kesedaran tentang ekosistem laut yang lemah dengan menakluki perairan yang paling ekstrem di dunia, termasuk Kutub Utara pada tahun 2007. Apabila beliau tidak berenang di lautan dalam, Lewis merupakan penulis, aktivis dan jurucakap motivasi yang berjaya.      

Lewis akan melakukan renangan di Land’s End pada 12 Julai 2018. Ikuti kemajuan beliau di Sky News atau dengan mengikuti #FXTMGoesBlue.

Ketahui lebih lanjut di sini!

Sudahkah anda menyertai broker global dengan sentuhan tempatan? Daftar sekarang.

Berita Acara Terkini

Scroll Top