Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Duta Jenama FXTM Lewis Pugh Melengkapkan The Long Swim

31.08.2018 Semua

Pada 29 Ogos, di Pantai Shakespeare Dover, Patron of the Oceans PBB dan Duta Jenama FXTM telah melengkapkan The Long Swim, pencapaian pertama di dunia.  

Pada awal bulan Julai yang lalu, Lewis menjunam ke dalam Selat Inggeris di Land’s End dan memulakan perjalanan beliau yang hebat ke Dover. Beliau berikrar untuk berenang di sepanjang Selat Inggeris – sejauh 530 km – di samping mematuhi peraturan Channel Swimming Association untuk hanya memakai gogal, seluar pendek Speedo dan topi perlindungan. Tujuan beliau: membangkitkan kesedaran tentang keadaan lautan yang mendesak disebabkan oleh pencemaran plastik, penangkapan ikan berlebihan dan perubahan iklim.

Pencapaian penting Long Swim:

  • Tiada apa-apa yang boleh menghalang keazaman Lewis – walaupun disengat beberapa kali oleh ubur-ubur, mengalami kecederaan bahu dan berhadapan keadaan cuaca yang buruk, beliau meneruskan keazaman beliau dan enggan mengalah.
  • Setiausaha Alam Sekitar UK, Michael Gove menyambut Lewis di garisan penamat FXTM apabila beliau membawa mesej yang penting ke Dover
  • Renangan ini telah dibuat liputan oleh beberapa saluran terbesar di UK, termasuk BBC dan Sky News
  • Ini merupakan cabaran pertama dalam siri untuk kempen Action for Oceans; inisiatif untuk menjadikan 30% daripada lautan dunia sebagai Kawasan Lindung Marin

Sepanjang Long Swim ini, FXTM menjadi Rakan Kongsi Utama yang berbangga dan memberikan sokongan kepada Lewis dalam setiap cabaran dan kejayaan. Sebagai syarikat yang menumpukan pada nilai teras penghargaan, rasa hormat, tanggungjawab dan pendidikan, FXTM dengan gembiranya menjadi rakan kongsi Lewis dalam meneruskan usaha yang sangat penting.  

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Lewis kerana menjayakan cabaran yang besar ini dan kami sangat teruja untuk masa yang akan datang dalam meneruskan kerjasama dengan Duta Jenama kami apabila beliau terus berjuang untuk usaha yang penting ini.

Tunggu perkembangan selanjutnya apabila kempen #FXTMGoesBlue diteruskan.

Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian FXTM dengan mengklik di sini.

Ikuti perkembangan terkini tentang semua berita terbaru dengan mengikuti hashtag #FXTMGoesBlue di media sosial.

Berita Acara Terkini

Scroll Top