Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Dagangan Forex untuk Pedagang Baru

imej pengenalan

Di FXTM, kami komited untuk memastikan klien kami sentiasa maklum tentang produk terkini, alat dagangan tercanggih, platform dan juga akaun terbaru.

Bagi mereka yang baru bermula, kami telah menyediakan Panduan Pedagang Baru yang komprehensif untuk memperkenalkan anda dengan peristilahan forex, menjawab persoalan lazim dan paling penting sekali, kami memudahkan anda.
Sedang mencari maklumat yang lebih mendalam tentang peristilahan forex? Pergi ke halaman glosari kami.

Apakah pasaran forex

Apakah pasaran forex?

Apakah dagangan forex

Apakah dagangan forex?

Apakah broker forex

Apakah broker forex?

Apakah pasaran forex?

Tukaran asing (juga dikenali sebagai forex atau FX) merujuk kepada pasaran atas kaunter (OTC) global di mana pelabur, institusi dan bank melakukan tukaran spekulasi, membeli dan menjual matawang dunia.

Dagangan dilakukan menerusi 'pasaran antara bank', satu saluran dalam talian di mana matawang didagangkan 24 jam sehari, lima hari seminggu. Forex merupakan salah satu daripada pasaran dagangan yang terbesar di dunia, dengan anggaran pulangan harian global yang melebihi USD$5 trilion.

Apakah dagangan forex?

Dagangan forex merupakan aktiviti pembelian atau penjualan matawang. Bank, bank pusat, syarikat korporat, pelabur institusi dan pedagang individu menukarkan matawang asing untuk pelbagai alasan, termasuk untuk mengimbangkan pasaran, memudahkan dagangan dan pelancongan antarabangsa, atau untuk mendapatkan untung.

Matawang didagangkan secara berpasangan, dalam kedua-dua pasaran spot dan dagangan masa hadapan. Nilai pasangan matawang dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan persekitaran, seperti peperangan, bencana alam, atau pilihan raya umum.

Apakah broker forex?

Broker berperanan sebagai orang tengah yang mempermudahkan dagangan dengan membekalkan klien dengan akses 24 jam antara bank
agar dagangan dapat dilakukan.

FXTM menawarkan beberapa akaun yang berbeza, setiap satunya membekalkan perkhidmatan dan ciri-ciri yang khusus bagi memenuhi objektif dagangan klien kami secara individu. Terokai akaun yang paling sesuai dengan anda dalam halaman akaun kami. Baru dalam dagangan forex? Kenali pasaran dengan membuka halaman akaun demo.

Memahami Pasangan Matawang

Semua transaksi yang dilakukan dalam pasaran forex melibatkan pembelian dan penjualan dua matawang secara serentak.
Kedua-dua matawang ini dikenali sebagai 'pasangan matawang', yang terdiri daripada matawang asas dan matawang sebutan. Paparan di bawah menunjukkan pasangan EUR/USD (Euro/Dolar AS), salah satu daripada pasangan matawang yang paling lazim digunakan dalam pasaran forex.

Matawang Asas

Euro
 

EUR

Matawang Sebutan

Dolar Amerika
 

USD

Harga Bida

Jual 1 Euro untuk 1.0916 Dolar AS

1.0916

Harga Tanya

Beli 1 Euro untuk 1.0918 Dolar AS

1.0918

Spread

Harga Tanya - Harga Bida

1.0918 - 1.0916 = 0.0002 (2 pip)

pip

Pip

Harga Tanya - Harga Bida

1.0918 - 1.0916 = 0.0002 (2 pip)

Matawang Asas

Matawang asas merupakan matawang pertama yang muncul dalam pasangan forex. Matawang ini dibeli atau dijual sebagai tukaran dengan matawang sebutan.
Oleh itu, berdasarkan contoh di atas, pedagang perlu menggunakan USD 1.0916 untuk EUR 1.
Secara alternatif, pedagang boleh menjual EUR 1 untuk USD 1.0916.

Matawang sebutan

Matawang sebutan - turut dirujuk sebagai matawang 'kaunter' - merupakan matawang kedua yang muncul dalam pasangan forex.

 

Harga Tanya

Harga Tanya merupakan harga yang sanggup diterima oleh pedagang untuk menjual matawang.
Harga ini diberikan dalam masa nyata dan akan sentiasa berubah-ubah, dipengaruhi oleh permintaan pasaran, serta faktor politik dan ekonomi
yang mempengaruhi nilai matawang secara individu.

Harga Bida

Harga Bida merupakan harga yang sanggup diberikan oleh pedagang untuk membeli pasangan matawang. Harga ini diberikan dalam masa nyata dan sentiasa dikemas kini.

 

Spread

Spread merupakan perbezaan antara harga tanya dan harga bida. Dalam kata lain, spread merupakan kos dagangan.
Sebagai contoh, jika Euro didagangkan terhadap Dolar AS dengan harga tanya sebanyak 1.0918 dan harga bida sebanyak 1.0916, maka spread adalah kiraan harga tanya tolak harga bida. Dalam hal ini, ialah 0.0002.

Pip

Ringkasan bagi point in price (titik dalam harga) atau pip, merupakan ukuran terhadap perubahan yang berlaku dalam pasangan matawang dalam pasaran forex.
Akronim tersebut juga merupakan singkatan bagi 'percentage in point' (peratusan dalam titik) dan juga 'price interest point' (titik faedah harga). Pip turut digunakan untuk mengukur pergerakan harga, dan untuk menggambarkan perubahan dalam pasangan matawang. Kebanyakan pasangan matawang disebut sehingga lima titik perpuluhan.

Perhatian: Harga forex sering disebut sehingga empat titik perpuluhan kerana biasanya perbezaan spread adalah sangat kecil. Walau bagaimanapun, tiada peraturan mutlak yang boleh dirujuk dalam menentukan titik perpuluhan dalam sebutan forex.

Dalam pasaran forex, dagangan matawang biasanya berjuta-juta nilainya, jadi perbezaan harga bida-tanya (seperti beberapa pip) akhirnya akan dapat membawa kepada keuntungan yang lumayan. Selain itu, sudah tentu volum dagangan yang begitu besar menunjukkan bahawa spread yang kecil juga boleh membawa kepada kerugian yang besar.
Sentiasa lakukan dagangan penuh berhati-hati dan ambil kira risiko yang terlibat.

Membayangkan

Dagangan Matawang

Dagangan & Peristilahan Utama

'Kedudukan' merupakan istilah yang digunakan untuk menghuraikan dagangan yang sedang dilakukan. Kedudukan panjang bermaksud pedagang telah membeli matawang dengan jangkaan bahawa nilainya akan mengalami peningkatan. Sebaik sahaja pedagang menjual kembali matawang ke dalam pasaran (biasanya dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang dibayar), kedudukan panjangnya dianggap 'ditutup' dan dagangan tersebut selesai.
Kedudukan pendek merujuk kepada pedagang yang menjual matawang dengan jangkaan bahawa nilainya akan mengalami penurunan, dan bercadang untuk membelinya semula pada nilai yang lebih rendah. Kedudukan pendek 'ditutup' sebaik sahaja pedagang membeli semula aset tersebut (biasanya dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual).

Sebagai contoh, jika pasangan matawang EUR/USD telah didagangkan pada 1.0916/1.0918, kemudian pelabur yang sedang mencari kedudukan panjang yang terbuka bagi matawang Euro akan membelinya pada nilai EUR 1 untuk USD 1.0918. Pedagang tersebut kemudiannya akan memegang Euro tersebut dengan harapan ia akan mengalami peningkatan, dan menjualnya semula ke dalam pasaran pada harga yang menguntungkan sebaik sahaja harganya meningkat.

Pelabur yang menjadi pendek terhadap EUR akan menjual EUR 1 untuk USD 1.0916. Pedagang ini mengharapkan bahawa Euro akan mengalami penurunan, dan bercadang untuk membelinya semula pada harga yang lebih rendah, jika hal itu berlaku.

EUR/USD - Kedudukan Panjang
EUR/USD - Kedudukan Pendek

Apakah pasangan matawang yang paling banyak didagangkan dalam pasaran forex?

Terdapat tujuh pasangan matawang Utama yang didagangkan dalam pasaran forex. Pasangan lain termasuklah pasangan matawang Silang dan Eksotik, yang kurang lazim didagangkan dan biasanya tidak cair (iaitu tidak mudah ditukarkan kepada wang tunai).

PASANGAN MATAWANG UTAMA

Pasangan matawang utama merupakan pasangan yang paling lazim didagangkan, dan menyumbang sebanyak 80% terhadap volum dagangan dalam pasaran forex.
Pasangan matawang ini biasanya mempunyai ketidakstabilan rendah dan kecairan tinggi.

Ia turut dikaitkan dengan sifat yang stabil, ekonomi yang diuruskan dengan baik, tidak mudah dimanipulasi dan mempunyai spread yang lebih rendah berbanding pasangan lain.

SILANG

Pasangan matawang Silang – Silang – merupakan pasangan yang tidak melibatkan matawang USD.
Dahulunya, Silang akan ditukarkan terlebih dahulu ke dalam USD kemudian ditukarkan lagi ke dalam matawang yang diinginkan, tetapi kini ia ditawarkan secara tukaran langsung.

Dagangan yang paling lazim diterbitkan daripada pasangan matawang Minor (contohnya, EUR/GBP/EUR/JPY, GBP/JPY); yang biasanya kurang cair dan lebih tidak stabil berbanding pasangan matawang Utama.

PASANGAN MATAWANG EKSOTIK

Eksotik merupakan matawang daripada ekonomi kecil yang sedang membangun, yang dipasangkan dengan matawang Utama.

Berbanding pasangan matawang Silang dan Utama, Eksotik adalah lebih terdedah kepada risiko dagangan kerana sifatnya yang kurang cair, lebih tidak stabil, dan mudah dimanipulasi.

Ia turut mengandungi spread yang lebih luas, dan lebih peka terhadap anjakan meluru dalam pembangunan politik dan kewangan.

Kami telah menghasilkan sebuah jadual seperti yang di bawah, yang menunjukkan beberapa pasangan matawang yang berbeza daripada setiap kurungan, serta beberapa nama gelaran yang diberikan oleh para pedagang.

Matawang utama

Matawang utama

eur/usd
EU USD
"fiber"
usd/jpy
USD JPY
"gopher"
gbp/usd
GBP USD
"cable"
usd/chf
USD CHF
"swissie"
aud/usd
AUD USD
"aussie"
usd/cad
USD CAD
"loonie"
nzd/usd
NZD USD
"kiwi"

Minor

Minor

eur/gbp
EU GBP
"chunnel"
eur/jpy
EU JPY
"yuppy"
gbp/jpy
GBP JPY
"guppy"
nzd/jpy
NZD JPY
"kiwi yen"
cad/chf
CAD CHF
"loonie swissy"
AUD/JPY
AUD JPY
"- -"

Eksotik

Eksotik

usd/mxn
USD MXN
"- -"
GBP/NOK
Pound Sterling Britain Krone Norway
"- -"
GBP/DKK
Pound Sterling Britain Krone Denmark
"- -"
CHF/NOK
Franc Switzerland Krone Norway
"- -"
eur/try
EU TRY
"- -"
usd/try
USD TRY
"- -"

Kurungan

Pasangan Matawang Utama

Pasangan Matawang Minor

Pasangan Matawang Eksotik

Nama Gelaran

Pasangan Matawang Popular

Singkatan

EUR

Euro

USD

Dolar Amerika

JPY

Yen Jepun

GBP

Pound Britain

CHF

Franc Switzerland

AUD

Dolar Australia

CAD

Dolar Kanada

NZD

Dolar New Zealand

MXN

Peso Mexico

NOK

Krone Norway

DKK

Krone Denmark

TRY

Lira Turki

Memahami

CARTA FOREX

CARTA KAKI LILIN

Carta Batang Lilin

Carta batang lilin merupakan carta yang turut dikenali sebagai Carta Batang Lilin Jepun dan sering menjadi kegemaran pedagang disebabkan oleh pelbagai jenis maklumat yang digambarkannya. Carta ini memaparkan harga tinggi, rendah, pembuka dan penutup.

Carta batang lilin mempunyai tiga titik; titik buka, tutup dan sumbu.
Sumbu lilin menunjukkan julat tinggi kepada rendah dan 'badan lilin sebenar' (bahagian yang luas) menunjukkan kepada pelabur sama ada harga penutup adalah lebih tinggi atau lebih rendah berbanding harga pembuka.

Jika batang lilin dipenuhi, maka pasangan matawang berkenaan ditutup pada harga yang lebih rendah berbanding harga pembuka. Jika batang lilin berlubang, maka harga penutup adalah lebih tinggi berbanding harga pembuka.

CARTA BAR

Carta bar

Carta bar menunjukkan harga pembuka, penutup, tinggi dan rendah bagi sesuatu matawang.

Bahagian atas bar menunjukkan harga paling tinggi yang dibayar dan bahagian bawah menunjukkan harga paling rendah yang didagangkan untuk tempoh masa tersebut.

Bar sebenar menggambarkan julat dagangan keseluruhan pasangan matawang berkenaan dan garisan melintang di sisi mewakili harga pembuka (kiri) dan harga penutup (kanan).

Carta bar sering digunakan untuk mengenal pasti pengecilan atau peluasan julat harga.

CARTA GARIS

Carta garis

Carta garis merupakan carta yang mudah difahami untuk pedagang forex baru. Dalam carta garis, satu garisan dilukis dari satu harga penutup ke harga penutup yang berikutnya.

Apabila disambungkan, mudah untuk pedagang mengenal pasti pergerakan harga secara umum bagi pasangan matawang tertentu sepanjang suatu tempoh masa tertentu dan menentukan corak matawang tersebut.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut?

Dalam panduan ini, kami telah membincangkan dengan ringkas beberapa aspek paling penting dalam dagangan forex termasuk peristilahan utama, apakah pasangan matawang, bagaimana transaksi pasangan matawang dilakukan, dan bagaimana pelabur dapat menikmati keuntungan daripada kedudukan yang diambil dalam pasaran forex.

Bawa dagangan anda ke tahap seterusnya dengan video pendidikan kami, artikel, webinar dan glosari, semuanya tersedia secara percuma dalam bahagian pendidikan di laman web kami.

Sumber pendidikan yang terbaik dalam industri FXTM tersedia dalam 22 bahasa, dan disesuaikan untuk keperluan kedua-dua pedagang mahir dan juga pedagang baru.


Bagaimana dagangan forex berfungsi?
Dagangan forex merupakan proses membeli dan menjual matawang bagi mendapatkan keuntungan. Harga satu matawang dikaitkan dengan harga matawang lain dalam sesuatu dagangan, jadi anda akan sentiasa melibatkan diri dengan dua matawang pada satu-satu masa.
Matawang asas merupakan matawang pertama yang muncul dalam sebutan harga matawang, diikuti dengan matawang sebutan.
Perbezaan harga anda matawang berkenaan menentukan keuntungan atau kerugian anda.

Cara untuk melakukan dagangan Forex
Cari broker yang dikawal selia yang mempunyai sejarah rekod sekurang-kurangnya 5 tahun dalam operasi. Jika broker anda mematuhi segala perundangan, anda boleh menaruh keyakinan bahawa broker ini adalah sah. Sebaik sahaja anda memiliki akaun yang aktif, anda boleh melakukan dagangan tetapi anda perlu melakukan deposit terlebih dahulu untuk menanggung kos dagangan anda. Inilah yang dikenali sebagai akaun margin.

Beruntung sekali, terdapat lambakan bahan latihan yang tersedia untuk kedua-dua pedagang baru dan pedagang mahir. Latihan ini hadir dalam pelbagai format yang direka khas mengikut kesesuaian dan gaya pembelajaran anda. Anda boleh menghadiri bengkel dan seminar, lakukan webinar dan tutorial dalam talian, atau baca eBook dan artikel yang berkaitan. Bahan-bahan ini semuanya dapat membantu anda untuk menjadi pedagang yang lebih baik.

Pelajari dagangan forex
Pelajari dagangan forex merupakan langkah pertama yang perlu diambil oleh mana-mana pedagang yang berjaya. Terdapat banyak jenis bahan pembelajaran yang berbeza tersedia untuk pedagang dari semua peringkat kemahiran.

Terdapat juga banyak alat forex yang tersedia kepada para pedagang seperti kalkulator margin, kalkulator pip, kalkulator keuntungan, kalendar dagangan ekonomi, isyarat dagangan dan penukar matawang tukaran asing.

Widget forex dapat membantu anda untuk mempertingkatkan pengalaman dagangan anda. Antara widget yang popular termasuklah, Suapan kadar langsung, Sebut Harga Komoditi Langsung, Sebut Harga Indeks Langsung dan widget kemas kini pasaran.

PETUA FXTM UNTUK PEDAGANG BARU

Platform Webtrader MT4 & MT5

Kami merupakan broker peneraju global yang komited untuk membekalkan perkhidmatan yang paling sesuai dengan kehendak klien kami. Atas alasan itu, FXTM turut berbangga untuk menawarkan para pedagangnya dengan dua pilihan platform dagangan forex yang terkemuka: MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5).

Dengan adanya platform ini, serta perkhidmatan inovatif lain seperti alat Titik Pangsi FXTM dan FXTM Invest dan pasukan sokongan pelanggan yang terbaik menjadi jaminan bahawa pedagang FXTM sentiasa mempunyai sumber yang mereka perlukan untuk berdagang dengan penuh yakin.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai platform dagangan kami, atau muat turun MT4 atau MT5 daripada halaman platform dagangan kami.

Masih belum berdagang dengan broker terbaik dunia? Daftar sekarang.

pedagang web FXTM
Scroll Top