Covid-19 – Kebaikan, keburukan dan kebenaran yang menyakitkan

Covid-19 – Kebaikan, keburukan dan kebenaran yang menyakitkan

Mempelajari Forex

Kebenaran yang menyakitkan: Apabila wabak virus corona menular di seluruh dunia, melonjak lebih daripada 10,000 kes baru setiap hari, keadaan panik juga meningkat hampir dalam semua segmen masyarakat. Memborong hanyalah satu contoh — sekarang ini tisu tandas menjadi salah satu komoditi yang paling "berharga"! Tidak perlu dikatakan, dalam sesetengah keadaan rak-rak di pasar raya kosong. "Basuh tangan anda dengan kerap" mereka kata, apabila pembasmi kuman menjadi "spesies pupus" yang baru. Apabila lebih banyak sekatan dikuatkuasakan dan perintah berkurung di sesetengah bahagian di dunia akan berlaku, orang ramai didapati meluangkan lebih banyak masa dalam talian. Media sosial menjadi sumber maklumat yang baru, selalunya dengan banyak maklumat yang tidak tepat disebarkan. Izinkan saya untuk mengatakan bahawa berita palsu ini mencetuskan keadaan kacau-bilau. Tindakan menyalahkan pihak lain sudah bermula. Negara, kerajaan, presiden... bahkan rakyat baik hati yang terkenal telah dipersalahkan demi mendapatkan kenaan, pengikut dan populariti dan sebagainya.

Keburukan: China telah berjaya mengawal penularan virus tersebut dalam masa hampir dua bulan, tetapi malangnya kurang mahupun tiada publisiti atau pengiktirafan yang diberikan. Apakah yang telah dipelajari setakat ini dari China? Apakah langkah-langkah yang mereka lakukan? Adakah kita sudah bertanya? Biasalah, berita positif tidak begitu terjual! Korea Selatan juga mengikut langkah-langkah China. Bilangan kes baru lebih rendah! Oleh itu, terdapat cahaya di hujung terowong sana — kita hanya perlu melihat pada arah yang betul.

Kebaikan: Mereka kata pasaran menjunam jatuh, penerbangan menghadapi waktu yang sukar, Minyak menjunam turun (mencecah serendah Dolar US 20 setong) dan Emas telah menyusut lebih daripada Dolar AS 200 setiap auns Troy! Apabila berdagang dalam pasaran kewangan, semua faktor ini bermakna peluang. Pasaran yang menaik menawarkan peluang beli (panjang) manakala pasaran yang menurun menawarkan peluang jual (pendek). Perkara paling penting bagi pedagang adalah berada pada arah yang betul dan ikuti trend. Paras henti rugi perlindungan adalah penting dan saya pasti penyokong perkara yang bertentangan mempunyai banyak kisah "menakutkan". Sekarang bukan masa untuk "bermegah". Sebaliknya, sekarang ini masa untuk melihat carta harga dengan teliti dan mengenal pasti peringkat awal bagi trend baru.

Loonie: Kembali kepada asas, analisis teknikal tidak berkaitan dengan sebabnya pasaran menaik atau menurun. Sebaliknya — analisis ini lebih berminat tentang akibat daripada sebab. Lagipun, harga ialah bos! Hanya lihat pada carta harga dan kesannya akan terdapat di situ. Mari lihat pada USDCAD — atau 'Loonie' , panggilan yang diketahui ramai.

Pada carta ikut jam, Loonie telah mengikuti arah menaik sejak 21 Februari 2020. Ini terbukti apabila harga mengikuti laluan paras tinggi lebih tinggi dan paras terendah lebih tinggi, corak yang menentukan trend menaik. Seterusnya, pada 19 Mac 2020, pembeli kehilangan momentum dan penjual mengambil alih pasaran. Lebih tepat lagi, pasaran mencapai harga tinggi sepanjang masa 1.46668 bagi tempoh yang dikaji. Tambahan pula, apabila pedagang bear memasuki pasaran, Loonie menurun untuk membentuk paras terendah pada 1.44589. Pedagang bull kemudiannya tertarik dengan harga tersebut dan memasuki pasaran dengan kedudukan beli. Malangnya, kuasa pembelian mereka terbukti lemah apabila pasaran membentuk paras tinggi baru pada 1.46317 yang gagal untuk melebihi paras tinggi terdahulu. Dalam analisis teknikal, ini ialah amaran. Harga selanjutnya menurun di bawah paras terendah pada 1.44589, membentuk pembalikan ke bahagian menurun. Ini membuka peluang kepada penjual untuk memasuki pasaran. Melampirkan alat Fibonacci di paras terendah (1.55589) dan menyeretnya ke paras tinggi pada 1.46317, tiga sasaran harga yang berpotensi boleh dikira. Sasaran harga pertama yang dilihat pada 1.43521 (1.618) telah pun dicapai. Sasaran harga kedua yang dianggarkan pada 1.41793 (2.618) juga telah dicapai. Sasaran harga ketiga dikira pada 1.38997 (4.236). Sudah tentu, masa akan menentukan sama ada penjual akan mengekalkan kawalan terhadap pasaran dan berupaya menurunkan USDCAD.

Jujukan Fibonaci

Kesimpulan: Tiada keraguan bahawa pada masa-masa teruk yang kita alami ini, langkah berjaga-jaga adalah penting. Ya, basuh tangan anda. Kekal di rumah jika perlu, dapatkan maklumat anda daripada sumber yang sah dan elakkan daripada terperangkap dalam psikologi kumpulan/kelompok. Sebaliknya, dapatkan isyarat pada carta yang menunjukkan bahawa trend baru sedang terbentuk. Ketaktentuan mungkin menghasilkan peluang dagangan, manakala panik tidak.

Namun begitu, ingatlah bahawa berdagang semasa tempoh ketaktentuan ini juga melibatkan risiko.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).