Pedagang boleh menghabiskan banyak masa dan hari mencari cara untuk memasuki pasaran kewangan. Dalam perjalanan mereka untuk menemui 'Holy Grail' bagi kemasukan ke pasaran, mereka meneroka corak kaki lilin Jepun, konsep bercanggah (contrarian), pelbagai pengayun (oscillator), teori Gelombang Elliot dan banyak pendekatan teknikal yang lain. Pedagang baru biasanya belajar daripada pengayun dan penunjuk tentang cara mengenal pasti kemasukan ke pasaran; lebih banyak penunjuk dan pengayun dipelajari, lebih banyak mereka gunakan dalam dagangan.
Walau bagaimanapun, ramai pedagang baru mengabaikan satu penunjuk dan pengayun yang paling penting di luar sana - harga! Harga memberi anda gambaran penuh pasaran, pemfaktoran dalam pemboleh ubah ekonomi, politik dan geografi. Ramai pedagang yang baru bermula mendapati sukar untuk menggunakan harga sebagai penunjuk kerana mereka tidak mempunyai pengalaman. Oleh itu, mereka biasanya mengenepikannya dan kurang mengambil berat tentang harga. Kebenarannya, harga ialah penunjuk terbesar - segala-galanya yang lain ialah penunjuk kedua.
Apabila melibatkan titik kemasukan ke pasaran yang terbaik, kebanyakan pedagang berpengalaman sudah tahu bahawa ialah pembalikan arah aliran. Inilah titik yang mana arah aliran yang mendominasi mengubah arah bertentangan, menandakan peralihan dalam arah yang bertentangan. Walaupun dagangan forex dipenuhi dengan corak pembalikan, bagi tujuan artikel ini, saya akan membincangkan tiga jenis.
Corak Pembalikan #1: Kepala & Bahu Terbalik
Selepas beberapa bahagian atas yang lebih rendah dan bahagian bawah yang lebih rendah, terdapat detik apabila bahagian bawah gagal untuk menurun lebih daripada bahagian sebelumnya. Inilah titik yang paling genting apabila permintaan mengatasi bekalan dan pasaran menjadi sesak dengan pembeli yang mencari peluang untuk memasuki pasaran secara agresif dan menolak harga menjadi lebih tinggi.
Kepala & Bahu Terbalik: Tujuh Perkara yang Perlu Anda Ketahui.
Corak Pembalikan #2: Bahagian Bawah Ganda Tiga
Sama seperti corak pembalikan sebelumnya, bahagian bawah ganda tiga menunjukkan bahawa arah aliran menurun berakhir dan arah aliran meningkat bermula. Tiga bahagian bawah yang sama atau hampir sama membentuk corak harga ini - bersama-sama dengan penutupan yang pasti di atas rintangan (bahagian atas) bagi pembentukan ini. Adalah penting untuk harga memecahkan bahagian atas corak ini; jika tidak, ia bukan pembalikan bahagian bawah ganda tiga.
Bahagian Bawah Ganda Tiga: Tujuh Perkara yang Perlu Anda Ketahui
Corak Pembalikan #3: Bahagian Bawah Berganda
Arah aliran menurun akan berkuat kuasa sepenuhnya, selagi terdapat beberapa bahagian atas lebih rendah dan bahagian bawah lebih rendah yang mencerminkan tindakan harga. Dalam senario ini, bekalan mengatasi permintaan dan sentimen negatif menolak harga ke bawah ke aras lebih rendah. Jika ada, volum akan menunjukkan tanda pertama kelemahan jika ia menurun pada arahnya ke bawah. Amaran kedua diberikan apabila bahagian bawah terakhir gagal bergerak lebih rendah berbanding sebelumnya. Apabila harga memecah aras rintangan dengan volum yang meningkat (jika ada), corak pembalikan berganda sudah selesai.
Bawah Berganda: Tujuh Perkara yang Perlu Anda Ketahui
Kesimpulannya
Terdapat pelbagai pembalikan arah aliran bulis. Ramai pedagang, terutamanya pedagang baru, cenderung untuk bereksperimen dengan corak pembalikan kaki lilin dan isyarat pengayun, tetapi mereka jarang meneroka corak pembalikan yang ditentukan oleh harga. Pada hakikatnya, harga ialah bos dan tidak menjadi penunjuk kedua. Carta harga menggabungkan semua faktor luaran, termasuk data politik, ekonomi dan persekitaran.
Melalui harga, seseorang memahami psikologi pasaran dan peserta pasaran. Oleh itu, pembalikan dengan kebarangkalian yang tinggi, secara langsung didasarkan pada corak harga yang dengan cepat dilihat pada carta. Untuk ketepatan yang lebih baik (dan jika ada), volum - bersama-sama dengan analisis pengayun - boleh digunakan sebagai pengesahan selanjutnya mengenai corak pembalikan.
Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.
Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.