Kitaran Kewangan dan Analisis Masa

Kitaran Kewangan dan Analisis Masa

Mempelajari Forex

Adakah Pasaran Kewangan Mempunyai Kitaran Kewangan?

Kajian saintifik mendapati bahawa beberapa fenomena yang kelihatan seperti tiada kaitan sebenarnya berlangsung secara serentak pada masa yang sama. Fenomena ini biasanya berlaku berulang kali dan mengikuti model kitaran.

Perkataan kitaran atau ‘cycle’ merupakan terbitan daripada perkataan Yunani, “κύκλος”, yang bermaksud ‘bulatan’. Terdapat beberapa contoh kitaran dalam alam semula jadi, termasuklah putaran bumi mengelilingi mata hari (365.25 hari), putaran bulan mengelilingi bumi (27 hari), putaran bumi di paksinya (24 jam), aktiviti melihat matahari (11 tahun), lambakan salmon Atlantik (9.6 tahun), kejadian siang dan malam, pasang surut air laut dan perubahan musim. Kitaran juga boleh ditemui dalam pasaran lembu dan beruang.

Aktiviti harga dalam pasaran kewangan

Aktiviti harga dalam pasaran kewangan ditanda menggunakan dua paksi - paksi harga dan paksi masa. Harga adalah titik tengah bagi kebanyakan teori analisis teknikal, konsep dan alatan. Sebaliknya, masa kurang mendapat sebegitu banyak perhatian dan tumpuan, tetapi ia tidak diabaikan sepenuhnya. Ralph Nelson Elliott, seorang akauntan dan pengarang warga Amerika telah mengembangkan teori Prinsip Ombak (Wave Principle). Teori ini berkisar di sekitar analisis masa ombak dan corak keberlangsungan seperti segi tiga, yang menurut Elliott dapat meramal masa dan sasaran harga minimum atau objektif yang dapat dicapai. Contoh lain adalah W.D. Gann, yang didakwa telah berupaya untuk meramal tarikh dan masa konflik dan aktiviti kewangan antarabangsa menggunakan kaedah yang berasaskan geometri, astronomi dan matematik kuno.

Kitaran Masa

Kitaran masa dapat digunakan untuk meramal permulaan atau penghujung pasaran kelembuan dan/atau keberuangan dan kesahihan garisan trend. Purata pergerakan dan pengayun dapat dioptimumkan kepada tempoh kitaran dominan tersebut. Malahan, tempoh penanda tersebut biasanya ditetapkan pada separuh kitaran. Contohnya, kitaran Bulan terdiri daripada 28 hari   jadi tidak mengejutkan jika kebanyakan penanda menggunakan 14 sebagai tempoh lalai mereka.

Anatomi Kitaran

Terdapat tiga parameter penting yang berkaitan dengan kitaran dan analisis kitaran; amplitud, tempoh dan fasa.

Menerusi Tempoh Amplitud Kelebaran

Amplitud merujuk kepada ketinggian ombak, jarak antara puncak dan kelebaran ombak. Ia diukur dalam unit harga. Tempoh ombak merujuk kepada jarak antara dua kelebaran yang berturutan. Ia diukur dalam unit masa. Selain itu, fasa mengukur perbezaan antara dua ombak. Ia merupakan jarak antara kelebaran dua ombak. Ia diukur dalam unit masa.

Menerusi Fasa Kelebaran

Penganalisis kitaran melihat pada kitaran pada carta harga untuk membantu mereka mengenal pasti titik perubahan dalam pasaran. Salah satu cara untuk mengenal pasti kitaran adalah menerusi pemeriksaan visual. Yang pastinya, ini bukanlah tugasan yang mudah, lebih-lebih lagi buat pedagang baru. Tetapi dengan latihan yang berterusan, kitaran mungkin kelihatan. Mengukur tempoh antara kelebaran berturutan kemudian mengira purata yang boleh menjadi penanda baik untuk menganggarkan kelebaran kitaran yang berikutnya.

Anatomi Kitaran

Jika kitaran tidak kelihatan menerusi pemeriksaan visual, besar kemungkinan ia tidak wujud.

Rumusan

Pakar ekonomi William Stanley Jevons merupakan antara individu pertama yang mengenal pasti krisis kewangan menerusi corak atau kitaran yang berlaku setiap 11 tahun di sepanjang penyelidikannya pada tahun 1880-an. Saintis lain turut menyebut mengenai tingkah laku kitaran dalam fenomena ekonomi. Kondratieff menulis tentang kitaran selama 54 tahun dalam harga borong, manakala Kuznets merujuk kepada kitaran hartanah selama 18 tahun di AS. Juglar turut mengenal pasti kitaran naik turun kadar faedah selama 9 dan 11 tahun.

Sementara kebanyakan daripada pengkaji ini menerima pelbagai kritikan, tidak rugi untuk kita merenung daripada sudut pandangan lain. Sekiranya kitaran sememangnya wujud dalam pasaran kewangan, pelabur perlu sedar dan berfikiran terbuka untuk menerimanya sambil merancang strategi dagangan mereka.

Pelajari Dagangan Forex

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).