Salah satu prinsip asas analisis teknikal ialah harga bergerak mengikut trend. Seterusnya, matlamat analisis teknikal adalah untuk mengenal pasti trend pada peringkat awal pembentukannya. Walaupun pedagang yang berpengalaman akan bersetuju tentang perkara ini, selalunya pedagang baru mengalami kesulitan untuk mengenal pasti trend pada carta harga. Sudah tentu hal ini disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan latihan. Trend dikenal pasti apabila titik peralihan pasaran dikenal pasti. Teknik untuk mengenal pasti paras tinggi dan paras terendah pada carta tidaklah jelas kepada semua orang dan prosedurnya boleh menjadi proses cuba-cuba yang tidak menyenangkan untuk pedagang baru.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan sedikit pencerahan tentang perkara tersebut.
William Delbert Gann dianggap oleh sebahagian orang sebagai salah seorang pedagang saham dan komoditi yang terbaik sepanjang zaman. Beliau telah meramalkan dengan betul bahawa harga gandum pada bulan September 1909 akan mencapai $1.20, Black Friday 1929 dan Zaman Meleset pada tahun 1930-an, sekadar menyebut sebahagian daripadanya.
Gann sangat menyukai matematik dan lantaran itu beliau meluangkan bertahun-tahun lamanya mempelajari subjek tersebut di England, India dan Mesir. Beliau percaya bahawa pasaran mengikut hukum matematik dan terdapat hubungan antara harga dan masa. Kemudiannya beliau telah merumuskan teori yang dikenali sebagai kuasa dua harga dan masa. Walaupun beliau membangunkan banyak konsep dan teori yang rumit, Carta Ayunan Gann ialah salah satu yang paling mudah untuk difahami.
Matlamat utama menggunakan carta Gann adalah untuk menghapuskan "hingar" daripada carta harga yang bukan sahaja tidak perlu tetapi juga mengaburi tafsiran bagi tindakan harga. Gann membuat satu prosedur yang mekanikal dan objektif – bebas daripada emosi dan kesubjektifan – untuk mengenal pasti ayunan pada carta harga.
Empat Unsur Asas Carta Ayunan Gann
Hari Menaik – Paras Tinggi Lebih Tinggi, Paras Rendah Lebih Tinggi
Hari Menurun – Paras Tinggi Lebih Rendah, Paras Rendah Lebih Rendah
Hari Dalam – Paras Tinggi Lebih Rendah, Paras Rendah Lebih Tinggi
Hari Luar – Paras Tinggi Lebih Tinggi, Paras Rendah Lebih Rendah
Pembinaan Carta Ayunan Gann
Peraturan untuk membina Carta Ayunan Gann adalah seperti yang berikut:
Hari Menaik – Hijau
Titik Peralihan
Hari Menurun – Merah
Hari Dalam – Hitam
Hari Luar - Biru
Faktor Masa
Langkah seterusnya adalah untuk menghapuskan faktor masa dengan memadam semua kaki lilin/palang yang bukan titik peralihan. Lagipun, perkara yang kita benar-benar ingin tahu ialah arah pasaran.
Titik Peralihan
Berdagang Menggunakan Carta Ayunan
Ramai pedagang yang mendapati bahawa berdagang menggunakan Carta Ayunan Gann adalah lebih mudah kerana titik kemasukan dan henti rugi dikenal pasti dengan jelas pada carta harga. Aras keuntungan yang berpotensi boleh dikenal pasti menggunakan teori yang berbeza. Anda boleh menggunakan aras lanjutan harga Fibonacci (contohnya, 1.618, 2.618 dan 4.236), mengubah suai aras Fibonacci mengikut profil dagangan anda.
Selain itu, pedagang boleh memilih untuk membiarkan dagangan terbuka, membuat henti rugi mengekor pada ayunan seterusnya sehingga ayunan pada arah yang bertentang dikenal pasti. Ini ialah amalan yang biasa dalam pasaran kewangan. Pedagang perlu berhati-hati; walaupun henti mengekor (trailing stop) boleh melindungi keuntungan yang berpotensi, pada masa yang sama boleh menyebabkan dagangan yang menguntungkan dikeluarkan sebelum waktunya.
Sebaliknya, membuat henti rugi yang tetap dengan menjangkakan ayunan dalam arah yang bertentangan untuk menempah keuntungan yang berpotensi boleh menghasilkan keuntungan yang lebih banyak, tetapi tindakan ini juga boleh menyebabkan dagangan yang menguntungkan menjadi dagangan yang kerugian. Pilihan di tangan anda!
Carta Ayunan Gann menghapuskan tindakan harga yang tidak perlu dan menunjukkan titik peralihan yang penting sahaja, lantaran itu menjadikan proses pembuatan keputusan lebih objektif serta jelas dan mudah. Ini bukan sahaja menjadikan analisis carta lebih mudah, tetapi juga "mengekalkan" salah satu faktor yang penting dalam pasaran kewangan: disiplin.
Ketahui cara membuat keputusan dagangan yang betul untuk gaya dan matlamat anda dengan sumber pendidikan kami yang komprehensif. Belajar dari rumah tentang bila dan bagaimana ia sesuai untuk anda dengan video pendidikan kami atau mendaftar untuk webinar secara jauh. Kami juga menganjurkan seminar dan bengkel forex yang interaktif di lokasi di seluruh dunia – mungkin ada yang diadakan di kawasan anda tidak lama lagi!
Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.
Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.