Urus niaga bitcoin ialah maklumat bertandatangan bagi tujuan memindahkan pemilikan set jumlah bitcoin daripada seorang individu kepada individu lain. Urus niaga ini merekodkan semua butiran bitcoin yang tidak dibelanjakan milik pengirim, asalnya (ditandakan dengan ID urus niaga atau tanda hash urus niaga), jumlah pindahan dan alamat awam penerima. Ia disiarkan ke rangkaian Bitcoin untuk pengesahan dan jika lulus, kemudiannya diletakkan dalam lejar dalam talian yang dipanggil rantaian blok untuk pemindahan. Urus niaga yang disahkan ditambah pada blok maklumat dan blok ini kemudiannya dihubungkan dengan blok lain, mencipta rantaian blok (oleh itu dinamakan rantaian blok).
Untuk lebih memahami cara urus niaga bitcoin berfungsi, saya telah membuat ilustrasi dan panduan terperinci yang boleh anda dapati di bawah. Saya menggunakan nama dalam contoh untuk memudahkan pembacaan, tetapi salah satu kelebihan urus niaga bitcoin adalah tidak bernama. Oleh itu, pihak yang terlibat tidak mengetahui maklumat peribadi satu sama lain. Secara realiti, untuk melengkapkan urus niaga bitcoin anda hanya memerlukan alamat pengirim dan penerima.
Input & Output Urus Niaga Bitcoin
Jika Alex menghantar bayaran sebanyak 1 bitcoin kepada Natalie, urus niaga tersebut akan kelihatan seperti berikut:
Ini ialah versi mudah urus niaga bitcoin, tetapi kita boleh menambah maklumat lanjut untuk mendapatkan gambaran lebih besar. Sebagai contoh, sumber 1 bitcoin Alex ialah bayaran yang dia terima daripada Andreas, daripada urus niaga sebelumnya. Apa yang Alex terima daripada Andreas dipanggil Input dalam urus niaga ini, manakala bayaran Alex kepada Natalie dipanggil Output. Input sentiasa menunjukkan sumber dan jumlah bitcoin, manakala Output menentukan destinasi dan jumlah bitcoin yang ditujukan kepada penerima, Natalie.
Oleh itu, sekarang kita boleh menggambarkan urus niaga bitcoin seperti berikut:
Dalam contoh ini, hanya terdapat satu Input tunggal dan satu Output tunggal, tetapi urus niaga bitcoin boleh mengandungi berbilang Input dan Output. Urus niaga bitcoin mempunyai senarai Input dan Output, setiap satu dengan indeks atau jujukan nombor sendiri untuk setiap entri. Nombor sifar (0) sentiasa dianggap sebagai entri pertama.
Perhatikan pengubahsuaian Input dan Output bagi urus niaga pertama antara Andreas dan Alex. Andreas ada 3 bitcoin, yang diterima sebagai bayaran oleh pelanggan dalam urus niaga sebelumnya dan dia telah menghantar kepada Alex sebanyak 1 bitcoin. Perkara yang menarik tentang protokol Bitcoin ialah mata wang kripto tidak boleh dibahagikan. Bermakna, dalam contoh ini, Andreas tidak boleh hanya menghantar 1 bitcoin kepada Alex. Apa yang berlaku sebaliknya ialah Andreas menghantar semua 3 bitcoin dia kepada Alex dan kemudian menerima 2 bitcoin sebagai baki.
Keselamatan Urus Niaga
Selepas menerima bitcoin daripada Andreas, Alex perlu membuktikan bahawa dia ialah orang yang dinyatakan, sebelum menghantar bitcoin kepada Natalie. Untuk melakukannya, Alex perlu "menyelesaikan" Skrip Input dengan kunci peribadi. Untuk maklumat lanjut tentang kunci peribadi, sila rujuk artikel saya bertajuk Kunci dan Alamat Bitcoin.
Setelah Alex buat begitu, dia boleh teruskan dan membelanjakan bitcoin tersebut dalam Input. Kitaran ini berterusan kerana Alex perlu membuat skrip untuk Natalie selesaikan, untuk Natalie membelanjakan bayaran yang diterima daripada Alex. Maklumat tambahan - sepertimana versi urus niaga, masa kunci (iaitu masa yang ditentukan untuk urus niaga akan ditambah pada rantaian blok) dan mana-mana peraturan khusus lain yang perlu dipatuhi – ialah sebahagian daripada butiran urus niaga.
Akhir sekali, sepertimana setiap jenis urus niaga kewangan, perlu ada bentuk pengenalpastian. Dalam kes bitcoin, pengenalpastian diberikan dalam bentuk ID urus niaga.
Setelah urus niaga dibuat, ia kemudiannya disampaikan kepada nod lain pada rangkaian untuk proses pengesahan. Nod rangkaian Bitcoin kemudiannya akan menyiasat maklumat urus niaga yang dicadangkan bagi tujuan pengesahan. Adakah semua maklumat ada di situ? Adakah bilangan bitcoin yang tidak dibelanjakan sebenarnya tersedia dan tidak dibelanjakan? Adakah terdapat isu perbelanjaan berganda? Adakah tandatangan urus niaga sah?
Jika disahkan, urus niaga kemudiannya akan diserahkan untuk konformasi dan ditambahkan pada blok urus niaga untuk langkah seterusnya. Ini bahagian perlombongan yang diperlukan untuk urus niaga berada di rantaian blok dan topik yang akan kita bincangkan dalam artikel yang akan datang.
Artikel bitcoin sebelum ini:
Asal Usul Mata Wang Digital: Permulaan Perjalanan Baru yang Panjang
Kunci dan Alamat Bitcoin
Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.
Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.