Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Apakah perkara yang menjadi asas bagi Strategi Dagangan? Trading Basics

Siri Video Pendidikan Forex

Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan di FXTM.

Apakah perkara yang menjadi asas bagi Strategi Dagangan?

Sistem dagangan mungkin berdasarkan mana-mana daripada 3 konsep dagangan berikut:

  • Analisis Sentimen
  • Analisis Fundamental
  • Analisis Teknikal

Analisis sentimen cuba menilai sentimen pedagang dalam pasaran. Kebanyakan pedagang sentimen bergantung pada pengalaman dagangan mereka yang lama atau "gerak hati". Mereka mengatakan bahawa mereka "merasai" pergerakan pasaran yang seterusnya. Perasaan itu hadir selepas berjam-jam di hadapan skrin melihat carta harga.  Kekurangan peraturan perdagangan yang kukuh menjadikan konsep ini terhad hanya kepada pedagang yang sangat berpengalaman. Kaedah ini sangat berisiko dan pedagang cenderung untuk kehilangan disiplin mereka.

Analisis fundamental mengkaji faktor ekonomi, politik dan persekitaran yang mempengaruhi harga instrumen kewangan mereka. Contohnya, dasar monetari faedah tinggi mungkin menghasilkan kenaikan mata wang yang lebih tinggi. Sebaliknya, sistem politik yang tidak stabil boleh dilihat menyebabkan penurunan mata wang. Penganalisis fundamental berminat dengan nilai intrinsik instrumen mereka. Dengan kata lain, harga yang instrumen kewangan seharusnya didagangkan. Jika harga didagangkan lebih tinggi daripada nilai intrinsik, maka ia dianggap sebagai terlebih harga. Jika harga didagangkan lebih rendah daripada nilai intrinsik, maka ia dianggap sebagai terkurang harga.

Jenis analisis sistem dagangan yang ketiga adalah berdasarkan Analisis teknikal. Analisis ini ialah kajian tindakan pasaran terutamanya melalui carta harga, untuk mengenal pasti arah aliran seterusnya seawal yang mungkin. Analisis teknikal boleh dibahagikan kepada tiga prinsip:

  1. Tindakan pasaran mengambil kira segala-galanya - Ini bermakna bahawa semua maklumat, termasuk analisis fundamental dicerminkan pada carta harga.
  2. Harga bergerak dalam arah aliran – Bermakna terdapat arah aliran yang jelas pada carta, walaupun kadang-kadang pasaran bergerak secara mendatar dan tidak berarah aliran 100% daripada masa.
  3. Sejarah berulang sendiri- Iaitu corak carta yang terbentuk dengan baik pada masa lalu dijangka turut berfungsi dengan baik pada masa kini dan pada masa depan.

Konsep mana yang baik untuk anda gunakan dalam sistem dagangan anda? Jawapannya mudah sahaja: konsep yang anda rasa paling selesa untuk anda gunakan!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top