Apakah Leveraj dalam dagangan Forex?
Leveraj dalam forex adalah seperti "pinjaman" yang diberikan oleh broker kepada pedagang supaya pedagang mempunyai lebih banyak modal untuk melakukan dagangan bersama deposit miliknya. Ia ditunjukkan dalam bentuk nisbah. Sesetengah tahap leveraj yang ditawarkan FXTM (bergantung pada pengetahuan dan pengalaman klien) termasuk 1:50, 1:100, 1:200 dan 1:500. Berikut merupakan contoh bagaimana leveraj berfungsi: andaikan seorang pedagang mempunyai modal dagangan sebanyak €10,000 dan melakukan dagangan dengan leveraj 1:100. Berdasarkan leverajnya, modal dagangannya meningkat 100 kali ganda, bermakna kini dia mempunyai €1,000,000 (10,000 x 100) untuk didagangkan. Jika dia memutuskan untuk membeli EURUSD pada 1.3055 dan menutup kedudukannya pada 1.3155, dia akan mempunyai hampir-hampir dua kali ganda berbanding modalnya! ((1.3155 – 1.3055) x €1,000,000 = $10,000).
Sebaliknya, jika pedagang yang sama ini memutuskan untuk membeli EURUSD pada 1.3055 dan menutup kedudukannya pada 1.3005, dia akan kehilangan hampir separuh daripada modalnya. ((1.3005 – 1.3055) x €1,000,000 = -$5,000). Penting untuk diingati bahawa walaupun leveraj boleh meningkatkan modal anda dan memberikan anda lebih banyak peluang untuk menggandakan keuntungan, ia juga dapat menggandakan kerugian anda. Oleh itu, anda mesti menggunakannya dengan berhati-hati!