Apakah Analisis Teknikal?
Ketika saya menjelaskan mengenai perkara asas Strategi Dagangan dalam siri Perkara Asas Dagangan, saya telah memberi penekanan terhadap tiga prinsip utama dalam Analisis Teknikal - adakah anda masih ingat mengenai perkara ini? Prinsip berkenaan merupakan:
- Tindakan pasaran (harga) yang mengurangkan segala kos
- Peralihan harga dalam trend
- Sejarah yang berulang dengan sendirinya
Penting untuk anda mengingati prinsip-prinsip berkenaan dalam keseluruhan siri Perkara Asas Analisis Teknikal.
Kita sedia maklum bahawa Analisis Teknikal merupakan kajian terhadap tindakan pasaran menerusi carta harga, bagi mengenal pasti trend berikutnya seawal yang mungkin. Dengan mengenal pasti trend seawal mungkin, pedagang berpeluang untuk "memanfaatkan trend" dan mengambil kesempatan daripada peralihan yang mungkin berlaku. Pedagang turut mempunyai pelbagai alatan untuk membantu mereka dalam pencarian trend ini, termasuklah Sokongan & Rintangan, garisan trend, Corak Harga, corak carta Batang Lilin Jepun dan penanda, dan lain-lain.
Sebagai contoh, penentuan corak harga popular seperti Kepala dan Bahu dapat membantu pedagang dalam mengenal pasti trend pada peringkat awal. Garisan trend membimbing pedagang untuk bergerak dalam pasaran kewangan, bagaikan kompas yang membimbing pelayar untuk mengemudi di lautan luas. Jika harga sepadan dengan garisan trend, trend sedia ada akan kekal tidak berubah. Jika garisan trend "terganggu", perkara ini dilihat sebagai amaran bahawa trend sedia ada mungkin akan berakhir.
Penanda dan pengayun juga merupakan alat yang paling untuk pedagang teknikal, dan MACD merupakan alat yang paling kerap digunakan. Apabila MACD bersilang di atas garisan sifar, ia menandakan pergerakan trend menaik. Apabila bersilang di bawah garisan sifar, ia menandakan permulaan kepada pergerakan trend menurun.
Pedagang dinasihatkan untuk menggabungkan pelbagai jenis alatan, berbanding menggunakan pilihan yang lebih berisiko dengan bergantung pada satu alat sahaja. Terdapat banyak jenis alatan yang digunakan oleh pedagang teknikal, yang dapat anda kenali di sepanjang kursus siri video Analisis Teknikal ini.