Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Apakah Trailing Stop? Trading Basics

Siri Video Pendidikan Forex

Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan di FXTM.

Apakah Trailing Stop?

Satu lagi alat popular yang pedagang gunakan ialah Trailing Stop. Trailing Stop diletakkan pada kedudukan yang terbuka, pada jarak yang ditentukan dari harga semasa bagi instrumen kewangan yang dibincangkan. Jarak diukur dalam mata. Tujuan utama Trailing Stop adalah untuk mengunci sebarang keuntungan yang berpotensi. Jika pasaran terus bergerak dalam arah yang menguntungkan, begitu juga Trailing Stop, sentiasa mengekalkan Henti Rugi pada jarak titik yang diprapilih dari harga semasa. Jika pasaran berhenti bergerak dalam arah yang menguntungkan, Trailing Stop memastikan Henti Rugi adalah tetap. Jika pasaran bergerak bertentangan daripada arah yang menguntungkan, ia mungkin akhirnya mencapai aras Henti Rugi yang dipratetapkan oleh Trailing Stop. Apabila harga mencapai aras ini, kedudukan tersebut ditutup.

Trailing Stop dilaksanakan pada platform secara terus, daripada Carta atau tetingkap Terminal, dan bukan pada pelayan seperti Henti Rugi dan Ambil Untung. Sebaik sahaja keuntungan pedagang menjadi sama dengan atau lebih besar daripada jarak yang ditentukan, perintah automatik dijana untuk meletakkan Trailing Stop pada jarak asal dari harga semasa. Untuk menyahdayakan Trailing Stop, tetapkan parameter "None" pada menu kawalan. Untuk menyahdayakan Trailing Stop daripada semua kedudukan, tetapkan parameter "Padam Semua" daripada menu bagi mana-mana pesanan.

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top