Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Panduan kepada Indeks Saham dan cara berdagang indeks saham

Panduan ini mendalami jenis indeks pasaran yang berbeza, manfaat berdagang indeks saham sebagai CFD dan menerangkan tentang beberapa strategi dagangan indeks yang popular.

Buka Akaun

Berdagang adalah berisiko.

Jenis Indeks

Jenis indeks termasuk indeks komoditi, saham dan bon. Indeks komoditi terdiri daripada bakul komoditi seperti bahan mentah, logam berharga atau produk pertanian.

Indeks bon terdiri daripada pelbagai bon daripada pasaran bon. Satu bon mewakili satu unit hutang korporat atau kerajaan. Indeks bon dan komoditi tidak ditawarkan oleh FXTM pada masa ini.

Indeks sintetik adalah berdasarkan pada pasaran simulasi, lebih dikenali sebagai bakul. Walaupun mempunyai ciri seperti pasaran kewangan sebenar, pergerakan harganya terhasil daripada penggunaan angka yang dijana secara rawak melalui broker komputer yang selamat. Tiada broker yang mempunyai sebarang kawalan terhadap angka-angka ini dan dengan itu tiada pengaruh terhadap 'tingkah laku' pasaran ini. Satu contoh bakul saham ialah Social Media Index.

Namun begitu, indeks saham adalah yang paling popular dan didagangkan secara aktif kerana indeks ini mengandungi bakul saham daripada syarikat yang teratas didagangkan di bursa saham tertentu. Sebagai contoh, indeks FTSE 100 (atau UK 100) terdiri daripada 100 syarikat terbesar di Bursa Saham London.

Indeks tidak mempunyai nilai intrinsik dan tidak menunjukkan bahagian pemilikan dalam syarikat.

Apakah Indeks Mini?

Indeks mini ialah koleksi aset, sama seperti indeks biasa. Namun begitu, indeks mini menyediakan saiz lot yang lebih kecil, oleh itu anda memerlukan kurang modal untuk membuat pelaburan di dalamnya. Contoh indeks mini yang popular ialah Mini S&P500 dan Mini Wall Street 30, kedua-duanya tersedia untuk dagangan dengan FXTM.

Indeks mini ialah cara yang sangat baik untuk pedagang baru atau yang lebih berhati-hati untuk membuat pelaburan dalam nama syarikat yang utama dan membolehkan anda mempelbagaikan portfolio anda dengan kurang risiko terhadap modal anda.

Wajaran Indeks

Terdapat dua kaedah utama untuk mengira nilai indeks. Dirujuk sebagai skema wajaran indeks.

Indeks Wajaran Harga

Harga indeks dikira dengan mengambil kira harga setiap syer bagi setiap saham dalam indeks. Setiap saham menyumbang sebahagian kecil kepada nilai keseluruhan indeks. Oleh itu, saham dengan harga yang lebih tinggi mempunyai berat yang lebih besar dalam indeks wajaran harga.

Indeks Wajaran Permodalan

Dalam skema ini, item individu dalam indeks diberikan wajaran berdasarkan pada permodalan pasarannya. Sebagai contoh, jika syarikat mempunyai permodalan pasaran lebih tinggi (nilai syarikat berdasarkan pada saham diterbitkan), nilai sahamnya akan menyumbang lebih kepada nilai indeks berbanding saham yang lebih mahal daripada syarikat dengan permodalan pasaran lebih rendah.

Pasaran Bul, Pasaran Bear

Dagangan Indeks Saham FXTM

FXTM ialah broker forex terkemuka yang menyediakan peluang untuk dagangan indeks saham. Kami telah mengumpulkan semua portfolio saham yang popular daripada bursa saham terkemuka. Kelebihan lain perdagangan di FXTM ialah:

MetaTrader

Berdagang di platform dagangan paling popular di dunia Meta Trader 4 yang tersedia di mana-mana peranti. FXTM juga menyediakan akses kepada Meta Trader 5, platform terkini daripada MetaQuotes, dengan ciri yang dipertingkat.

Salin Dagangan

Pendekatan ini disyorkan bagi orang yang tidak bersedia untuk berurusan sendiri dalam pasaran tetapi masih ingin membuat pelaburan. Klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang FXTM Invest.

Leveraj

Manfaatkan leveraj tinggi yang ditawarkan oleh FXTM apabila anda berdagang indeks saham sebagai CFD.

Cara Berdagang Indeks

Terdapat pelbagai cara untuk berdagang dan melabur dalam indeks kewangan. Anda boleh melabur dalam dana dagangan bursa (ETF), kontrak hadapan indeks atau opsyen indeks. Pelabur menerima dividen daripada dana amanah indeks dan ETF.

Cabaran melabur dalam dana indeks atau ETF bagi pedagang runcit ialah jumlah pelaburan minimum tinggi yang diperlukan oleh sesetengah broker. Terdapat juga fi pengurusan yang perlu dibayar.

Cara terpantas untuk bermula dengan dagangan indeks adalah melalui dagangan kontrak untuk perbezaan (CFD) yang ditawarkan oleh FXTM. Anda tidak akan memiliki aset pendasar dan tiada bayaran dividen. CFD membolehkan pedagang runcit membuat spekulasi tentang pergerakan harga indeks. Dagangan dilakukan pada pasaran indeks lani yang menawarkan pengalaman yang setanding dengan dagangan pasangan forex.

Berikut ialah beberapa petua dagangan indeks yang penting sebelum anda bermula:

perkara penting Gunakan psikologi perdagangan yang betul yang menyediakan anda dalam menghadapi kemerosotan dalam pasaran.

perkara penting Sediakan peraturan pengurusan risiko yang menghalang anda daripada memasuki dagangan yang berkemungkinan rendah.

perkara penting Amalkan pendekatan berdisiplin dengan membuat sistem dagangan dan berpegang teguh pada peraturan pengurusan risiko.

Apakah Indeks yang Paling Kerap Didagangkan?

Pedagang tertarik pada dagangan indeks yang mempunyai volum dagangan yang paling banyak dan turun naik yang lebih tinggi, oleh itu mereka boleh mendapat untung daripada perubahan harga. Indeks pasaran saham secara asasnya terdiri daripada saham daripada syarikat atau firma cip biru dengan permodalan pasaran paling tinggi.

Dengan FXTM, pedagang boleh berdagang indeks saham dari seluruh dunia. Mereka mempunyai volum yang tinggi dan dianalisis dengan teliti, bermakna anda boleh mencari pengumuman berita ekonomi yang berkaitan dengannya.

Indeks Saham

Simbol & NamaPenerangan
S&P/ASX 200, XJOm, AUS200 atau Australia 200Dikira sejak tahun 2007, AUS200 mengandungi bakul saham daripada 200 syarikat teratas di Bursa Saham Australia.
FCHI40, CAC 40 atau France 40CAC 40 menjejaki 40 sekuriti paling penting yang disenaraikan di Euronext Paris. Indeks ini menunjukkan kesihatan pasaran saham Paris dan mengikut skema wajaran permodalan.
SMI atau Social Media IndexIndeks ini menjejaki prestasi bakul saham daripada syarikat media sosial.
GDAXIm, DAX atau Germany 30 (Mini)GDAXIm, DAX atau Germany 30 (Mini) DAX terdiri daripada 30 syarikat Jerman paling banyak didagangkan di bursa Frankfurt. Penunjuk paling utama bagi status pasaran saham Jerman.
HSI50, HS50 atau Hong Kong 50Komponennya termasuk syarikat teratas dari bursa saham Hong Kong. Salah satu indeks saham utama di Asia dan wajaran permodalan.
Jap225, Nikkei 225, N225, NIK atau Japan 225Terdiri daripada 225 syarikat cip biru Jepun yang besar dan berfungsi sebagai penunjuk penting pasaran saham Jepun. Berwajaran harga.
Nd100m atau US Tech 100 (Mini)Opsyen CFD indeks hadapan mini bagi Indeks NASDAQ-100 yang mengandungi 100 syarikat bukan kewangan dalam sektor seperti teknologi, telekomunikasi dan bioteknologi.
SP500m, S&P 500 Mini, E-Mini S&P 500 Future atau US SPX 500 (Mini)Berdasarkan pada S&P 500. Indeks ini didagangkan di Chicago Mercantile. Satu E-mini mewakili ⅕ kos kontrak S&P standard.
SPN35, IBEX 35 atau Spain 35Indeks ini berfungsi sebagai penanda aras bagi bursa saham utama Sepanyol. Mengikut skema wajaran permodalan dan mengandungi 35 syarikat dagangan awam teratas.
STOXX 50, STOXX Europe 50, EURO Stoxx50 atau Europe 50Terdiri daripada saham Zon Eropah dari 9 negara tetapi dikuasai terutamanya oleh syarikat Perancis dan Jerman. Saham yang ditampilkan ialah peneraju pasaran cip biru dalam subsektor penting.
UK 100, ‘Footsie’ atau FTSE 100 IndexIndeks wajaran permodalan ini terdiri daripada 100 syarikat besar yang ditampilkan di Bursa Saham London. Indeks ini mencerminkan lebih daripada 80 peratus permodalan pasaran UK dan penanda aras yang paling diberikan perhatian. FTSE 100 ialah salah satu daripada indeks paling popular untuk didagangkan.
US 30 mini atau Wall Street 30 (Mini)US 30 mini atau Wall Street 30 (Mini) Ini ialah opsyen indeks mini bagi Wall Street 30 Index dan menjejaki 30 syarikat dagangan awam yang terbesar di AS.

Bakul Saham

Terdapat juga kemungkinan untuk berdagang bakul saham iaitu indeks saham yang bukan biasa tetapi ditawarkan sebagai indeks, di samping bakul mata wang. Bakul mata wang tidak mengandungi sebarang saham, manakala bakul saham mengandungi purata harga berwajaran bagi beberapa saham berdasarkan pada tema atau industri (hampir sama dengan ETF Indeks tradisional).

Pada masa ini FXTM menawarkan Social Media Index, Space Wars Index, Green Index, Mobile Index dan Vegan Index.

Social Media IndexMengandungi harga saham daripada syarikat media sosial terbesar di dunia; Facebook, Twitter, Snapchat dan Google.
Space Wars IndexMengandungi harga saham daripada syarikat ruang angkasa terbesar di dunia, termasuk Boeing, Lockheed Martin, Viasat dan banyak lagi.
Mobile IndexMengandungi harga saham daripada syarikat telekomunikasi terbesar di dunia; Apple, Qualcomm, Crown Castle Int., T-Mobile US dan banyak lagi.
Green IndexMengandungi harga saham daripada beberapa syarikat mesra alam sekitar terbesar di dunia, termasuk Tesla, Beyond Meat, Bloom Energy dan Weyerhaeuser.
Vegan IndexMengandungi harga saham daripada beberapa nama terbesar dalam industri pertanian, termasuk Beyond Meat, Archer-Daniels dan Ingredion Incorporated.

Strategi Dagangan Indeks

Kelebihan pasaran indeks CFD ialah anda boleh menggunakan teknik yang teruji yang digunakan dalam dagangan forex atau saham sebagai sebahagian daripada strategi dagangan anda. Berikut ialah beberapa teknik dagangan indeks teknikal yang anda boleh mula laksanakan sebagai pedagang baru.

Sokongan dan Rintangan

Sokongan dan Rintangan Sokongan dan Rintangan

Membina kemahiran untuk mengenal pasti paras sokongan dan rintangan yang berpotensi ialah kemahiran asas yang anda belajar dalam analisis teknikal. Kedua-dua paras ini menggambarkan paras harga kelihatan akan menaik atau menurun, tetapi tidak melepasinya.

Strategi yang biasa untuk perdagangan dengan sokongan dan rintangan adalah untuk membeli ketika harga dalam trend menaik menurun ke garisan sokongan. Pedagang menjangkakan harga melantun semula ke arah menaik. Sebagai alternatif, semasa trend menurun, pedagang menjual ketika harga mencapai paras rintangan dengan jangkaan bahawa indeks akan mengalami trend menurun.

Penerangan Tentang Sokongan dan Rintangan

Perdagangan Mengikut Trend (Garisan Trend)

Perdagangan Mengikut Trend Perdagangan Mengikut Trend Contoh carta NASDAQ

Perdagangan mengikut garisan trend berguna terutamanya ketika berdagang indeks saham sebagai CFD. Sebagai contoh, indeks seperti S&P 500 mengalami trend menaik untuk masa yang panjang.

Ekonomi terus berkembang dari masa ke masa. Syarikat membuat inovasi dan menerima teknologi baru yang menghasilkan pertumbuhan jangka panjang. Harga saham terus menaik.

Terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti trend, seperti memplot paras tinggi dan paras rendah atau menggunakan pelbagai penunjuk seperti Purata bergerak dan penunjuk momentum.

Mengenal Pasti Trend: Panduan Pedagang Baru

Purata bergerak

Purata bergerak

Menggunakan purata bergerak untuk berdagang indeks membantu anda mengenal pasti trend keseluruhan pasaran tanpa hingar pergerakan harga hari ke hari. Purata bergerak boleh ditentukan sebagai garisan yang berdasarkan pada harga penutup purata pada rangka masa yang tertentu.

Terdapat pelbagai rangka masa yang popular digunakan untuk purata bergerak, termasuk 10 hari, 20 hari atau 50 hari. Purata bergerak menyediakan paras sokongan dan rintangan. Contohnya, semasa trend menaik dalam pasaran, harga cenderung untuk melantun ke atas selepas menguji purata bergerak.

Pangayun Stokastik

Pangayun Stokastik Pangayun Stokastik

Satu lagi penunjuk yang mudah dan berkesan untuk digunakan ketika berdagang Indeks ialah penunjuk stokastik. Alat yang mudah untuk pedagang baru kerana mengandungi dua garis: %K dan %D. Secara asasnya alat ini digunakan untuk menentukan sama ada pasaran telah terlebih beli atau terlebih jual.

Pedagang melihat terutamanya pada isyarat dagangan %D. Digelar pengayun kerana garisan-garisan ini berayun (bergerak ke atas dan ke bawah) dengan pergerakan harga.

Terdapat dua jenis pengayun stokastik: laju dan perlahan. Pengayun stokastik laju cenderung untuk menghasilkan lebih banyak isyarat palsu kerana lebih mudah menerima hingar.

Dengan mengubah suai formula ini, stokastik perlahan diperkenalkan dan melancarkan tindakan harga untuk menghasilkan isyarat yang lebih baik.

Pengayun Stokastik (Artikel)

Berdagang indeks seperti profesional dengan turut mempelajari tentang strategi dan penunjuk indeks dagangan teknikal ini

Dagangan Panjang atau Pendek

Dagangan Panjang atau Pendek Dagangan Panjang atau Pendek

Asas dagangan indeks CFD adalah memilih sama ada dagangan panjang atau pendek. Selepas menggunakan strategi dagangan indeks, anda mungkin membuat keputusan bahawa lebih menguntungkan untuk membeli indeks dan memasuki kedudukan panjang. Kemudian anda mengekalkan indeks tersebut dengan jangkaan harga akan meningkat. Jika harga meningkat, anda menutup kedudukan pada harga yang lebih tinggi dan mendapat untung.

Membuat dagangan pendek pada indeks bermaksud anda menjangkakan nilainya akan menurun, mungkin disebabkan oleh pengumuman berita ekonomi yang tidak memberangsangkan yang akan datang.

Anda mungkin tidak dapat melaksanakan kedudukan panjang dan pendek dalam dagangan indeks CDS atau dagangan indeks ETF.

Berdagang dengan Leveraj

Berdagang dengan Leveraj Berdagang dengan Leveraj

Berdagang indeks sebagai CFD memberi anda akses kepada leveraj. Leveraj ialah keupayaan untuk membuka kedudukan yang bernilai besar (contohnya, $20,000), tetapi menggunakan jumlah modal anda sendiri yang lebih kecil (contohnya, $500) untuk berbuat begitu.

FXTM menawarkan pelbagai tahap leveraj bergantung pada indeks yang anda dagangkan dan membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya isyarat dagangan indeks yang menguntungkan. Tetapi perlu diberikan perhatian bahawa walaupun leveraj mendorong potensi perolehan bagi kedudukan yang menguntungkan, ia juga menggandakan risiko bagi modal anda.

Lindungi Nilai Kedudukan Sedia Ada Anda

Lindungi Nilai Kedudukan Sedia Ada Anda Lindungi Nilai Kedudukan Sedia Ada Anda

Konsep perlindungan nilai kedudukan terbuka boleh dilaksanakan pada sistem dagangan indeks saham anda yang lebih meluas untuk mengurus risiko. Perlindungan nilai hanya membenarkan anda membuka kedudukan bertentangan pada dagangan terbuka yang sedang berlangsung.

Perlindungan nilai mempunyai beberapa manfaat yang membolehkan anda mengunci keuntungan dan mengehadkan kerugian pada dagangan terbuka. Apabila berdagang CFD indeks di FXTM, terdapat pilihan perlindungan nilai dalam MetaTrader 5.

Sebagai alternatif, anda boleh mengurus risiko menggunakan trailing stop. Menetapkan trailing stop ialah kaedah automatik menggerakkan henti rugi.

Soalan Lazim Tentang Dagangan Indeks

FXTM menawarkan keupayaan dan sumber yang anda perlukan untuk mula berdagang indeks. Sebelum anda bermula, berikut ialah beberapa soalan lazim daripada pedagang baru.

Apakah maksud dagangan indeks?

Dagangan indeks bermaksud berdagang koleksi aset (biasanya saham syarikat) sebagai satu produk tunggal. FXTM menawarkan dagangan indeks sebagai CFD yang membolehkan anda menghasilkan keuntungan yang berpotensi dengan melaburkan sejumlah kecil dana dengan kelebihan leveraj broker untuk membuka kedudukan yang besar. Dagangan CFD juga lebih mudah untuk difahami berbanding dagangan indeks sebagai kontrak hadapan atau dana. Anda tidak memerlukan syarikat atau pengurus dana berasingan untuk membuat dagangan bagi pihak anda.

Adakah saya boleh mendapat untung daripada dagangan indeks?

Anda berpotensi mendapat untung daripada dagangan indeks. Kekuatan pedagang jangka panjang yang berjaya bukan terletak pada keupayaan mereka untuk membuat banyak dagangan yang menguntungkan. Pedagang ini mungkin mempunyai purata peratusan keuntungan dalam julat 50% hingga 60%. Mereka menyasarkan untuk memastikan bahawa kerugian mereka kurang berbanding dagangan yang menguntungkan.

Mengapakah indeks pasaran saham penting?

Indeks pasaran saham penting kerana indeks saham mencerminkan prestasi pasaran syarikat teratas dalam bursa saham. Ramai pedagang memberikan perhatian padanya walaupun mereka hanya berdagang saham. Indeks juga boleh menunjukkan prestasi ekonomi negara.

Manakah indeks pasaran saham yang merupakan penunjuk terbaik?

Terdapat pelbagai indeks pasaran saham bergantung pada pasaran yang anda pilih. Indeks yang paling popular cenderung untuk menampilkan sekuriti daripada syarikat terbesar seperti, DAX, Euro 50, S&P 500 dan FTSE 100.

Apakah cara yang terbaik untuk menganalisis indeks pasaran saham?

Cara terbaik untuk menganalisis indeks pasaran saham adalah menggabungkan analisis fundamental, sentimental dan teknikal. Pedagang perlu mengambil kira pengumuman ekonomi yang mempengaruhi pasaran saham. Peristiwa global seperti pandemik COVID-19 perlu dipertimbangkan.

Pengumuman tentang keputusan penting syarikat dalam indeks mungkin turut memberikan kesan pada nilai indeks. Contohnya, pecahan saham Apple kelima (iaitu 1 saham dipecahkan kepada 4 saham) mempengaruhi Purata Industri Dow Jones yang berdasarkan pada wajaran harga. Harga saham Apple jatuh dari $500 ke $125.

Bagaimanakah FXTM dapat membantu saya jika saya ingin berdagang indeks?

FXTM menawarkan pengalaman dagangan indeks yang lebih baik. Kami mempunyai banyak alat analisis teknikal dan penunjuk yang tersedia dan boleh membantu anda menghasilkan isyarat dagangan indeks yang tepat.

Kalendar ekonomi kami akan memberikan maklumat terkini tentang peristiwa ekonomi utama supaya anda boleh memanfaatkan analisis fundamental. Kemas kini daripada pasukan analisis pasaran kami juga akan membantu anda mendapat tahu tentang peluang dagangan.

Dengan memanfaatkan akaun dagangan demo kami, anda boleh membangunkan sistem dagangan indeks anda sendiri. Pedagang juga mendapat akses kepada penguji strategi lanjutan melalui platform MetaTrader 5. Ia membolehkan anda menguji prestasi robot dagangan tradisional (Pakar Penasihat). Ini membantu anda mengenal pasti prestasi sebenar pelbagai sistem dagangan indeks.

Kami juga telah menghasilkan penunjuk dagangan forex MT4 tambahan yang boleh dimuat turun. Pedagang kami boleh mengakses sumber pendidikan berkualiti tinggi seperti webinar yang dipersembahkan oleh pakar industri.

Jenis Akaun FXTM yang menawarkan Indeks Saham

Untuk melihat jenis akaun FXTM yang menawarkan dagangan indeks, lihat perbandingan harga dan klik pada nama akaun untuk maklumat lanjut tentang syarat dagangan yang lain.

*Spread adalah terapung dan mungkin meningkat pada tempoh tertentu dalam sehari bergantung pada keadaan pasaran. Juga berbeza bergantung pada indeks yang didagangkan, oleh itu anda perlu sentiasa menyemak spesifikasi kontrak bagi indeks tertentu yang anda berminat.

Bersedia untuk berdagang indeks saham
dengan peneraju industri?

Isikan borang untuk bermula dan anda akan mempunyai akaun dagangan anda sendiri dalam masa beberapa minit.

Ada soalan? Hubungi kami – kami bersedia untuk membantu.

Scroll Top