PERJALANAN MENUJU KEJAYAAN
Lakukan Lompatan ke dalam Dagangan dengan Pendidikan Bertaraf Dunia
Buka akaun
FXTM dan Valery Rozov berkongsi minat yang sama untuk pergi melebihi jangkauan biasa. Dengan menyokong atlet Red Bull ini dalam perjalanan beliau untuk menguasai sesuatu yang baru, FXTM akan turut menunjukkan dedikasinya para pelanggan, demi memberikan inspirasi untuk membawa dagangan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Valery Rozov dan FXTM masing-masing telah mencatatkan pelbagai pencapaian cemerlang.
FXTM dan Valery, masing-masing menerajui bidang kepakaran yang luar biasa.
Kedua-dua bidang dagangan dan lompatan BASE memerlukan latihan yang berpanjangan demi mencapai kejayaan.
Pengiraan risiko adalah penting sama ada anda seorang pelompat BASE mahupun pedagang.
Pelompat BASE legenda Valery Rozov telah melakukan lebih daripada 11,000 lompatan. Beliau telah dua kali menjuarai kejohanan dunia dalam lompatan udara, pemenang Kejohanan Eropah dan Piala Dunia, juara Sukan X dalam luncur udara serta Kejuaraan Rusia dalam sukan mendaki gunung.
Beliau merupakan manusia pertama yang melakukan lompatan BASE daripada Gunung Kilimanjaro, Shivling dan Elbrus, serta manusia pertama yang melakukan terjunan udara ke dalam gunung berapi aktif (Mutnovskiy, Kamchatka, Rusia). Pada tahun 2013, beliau telah memecahkan rekod dunia dengan melakukan lompatan BASE yang paling tinggi pernah dilakukan dari Gunung Everest.
Kerjaya atlet Red Bull ini turut meliputi sebilangan aksi lompatan unik yang dilakukan di seluruh pelosok dunia termasuklah: China, Malaysia, Pakistan dan India. Itu baru sahaja permulaannya. Rancangan akan datang Valery termasuklah: Nigeria, Indonesia, Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu.
Projek FXTMBasejump menjanjikan perjalanan unik bagi membawa Valery dan FXTM masing-masing ke puncak yang tertinggi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya dan projek Valery sebelum ini, lihat halaman Red Bull, juga dapatkan foto dan video daripada terjunan Valery di sini.
– Olga Rybalkina, Ketua Pegawai Eksekutif ForexTime Limited