Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

FXTM menyokong Lewis Pugh untuk “Renangan Jauh” – sesi renang sejauh 530 km di sepanjang Selat Inggeris – dan mengalu-alukan beliau sebagai Duta Jenama FXTM dalam misi kemanusiaan untuk ekonomi biru ini.

Siapakah
Duta Jenama 
baru FXTM, Lewis Pugh?

Warga Britain berusia 48 tahun yang tinggal di Cape Town ini telah memenangi pelbagai anugerah alam sekitar dan pengiktirafan kehormat atas usaha dan kejayaan beliau sebagai perenang jarak jauh paling disegani di dunia.

Lewis meneruskan Peraturan Renangan Selat dalam setiap renangan yang dilakukannya, dengan hanya memakai seluar renang, gogal dan topi.

  • Mencapai tahap ‘Holy Grail’ dalam sukan renang dengan menjadi individu pertama yang telah berenang merentasi kesemua lima lautan

  • Individu pertama yang telah berenang di Kutub Utara, yang membawa perhatian dunia terhadap isu pencairan glasier

  • Individu pertama yang telah berenang di tasik glasier Gunung Everest

  • Buku ‘Achieving the Impossible: A Fearless Hero. A Fragile Earth’ telah diterbitkan dan menjadi penerbitan yang laris dijual

  • Diberi gelaran Ahli Lautan Kehormat dalam Program Alam Sekitar PBB

  • Memainkan peranan penting dalam mewujudkan kawasan perlindungan hidupan marin terbesar di dunia, di Laut Ross (Antartika)

  • Manusia pertama yang telah berenang di perairan ais Artik (-0.5 darjah Celsius)

awan
awan awan

Lima lautan di dunia merangkumi 70% daripada permukaan bumi kita ini. Disebabkan oleh gangguan manusia, tahap pencemaran yang terlalu tinggi serta pemanasan global yang semakin teruk, lautan berkenaan semakin terancam.

Dengan menggariskan nilai teras kami sejajar dengan prinsip Lewis Pugh dan Yayasan beliau, FXTM berhasrat untuk memberikan sumbangan penting dalam memastikan ekosistem marin kita kekal bersih, sihat dan terjaga.

Tidak akan ada yang hijau tanpa yang biru.

“Renangan Jarak Jauh”

  • Masih belum ada manusia lain yang pernah berenang di sepanjang Selat Inggeris
  • I bersamaan dengan 16 renangan pergi dan balik merentasi Selat Inggeris
  • Dengan jarak meliputi 530 km, ini akan menjadi renangan jarak jauh pertama seumpamanya di dunia
  • Renangan selama 1 ½ bulan untuk bumi yang lebih biru
  • Hanya 7 kilometer persegi daripada Selat Inggeris dilindungi sepenuhnya sebagai Kawasan Perlindungan Marin (MPAs)
  • Permulaan kepada usaha berdekad lamanya untuk melindungi 30% daripada lautan dunia sebagai MPAs menjelang tahun 2030

Land's End12 Julai

Dover29 Ogos

Nilai Sejajar Kami
Kuasakan Kami untuk Menjadi Biru:

Penghargaan
Penghormatan
Keselamatan
Tanggungjawab