Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Definisi

Peristilahan FXTM Invest

FXTM Invest

FXTM Invest merupakan sebuah penyelesaian yang inovatif oleh FXTM yang membolehkan pelabur untuk berhubung dengan Pengurus Strategi dan mengikuti strategi mereka. Ini merupakan tahap perkembangan dan peluang bersama yang turut menawarkan pelbagai manfaat bagi kedua-dua Pengurus Strategi dan juga Pelabur.

Pelabur

Sebarang pelanggan yang melabur dana dengan Pengurus yang bermatlamat mempelbagaikan portfolionya, menyebarkan pendedahan risiko dan akhirnya memajukan peluang kewangannya.

Pengurus

Pemilik Akaun Manager. Pedagang berkemahiran yang ingin berkongsi strateginya dengan Pelabur lain untuk Perkongsian Untung bayaran peratusan keuntungan.

Tangguh Akaun Pelaburan

Apabila Pelabur menangguh Akaun Pelaburan nya dengan meng-klik butang “Tangguh”. Jika Akaun ditangguh, semua kedudukan dalam Akaun akan ditutup.

Lanjutkan Akaun Pelaburan

Pelabur boleh meneruskan semula semua aktiviti dagangan dalam Akaun Pelaburannya dengan mengklik butang “Teruskan”. Dengan meneruskan Akaun, semua posisi yang dibuka oleh Pengurus, akan digambarkan di dalam Akaun Pelabur dan semua aktiviti dagangan akan diteruskan.

Sila ambil perhatian bahawa apabila tahap margin Akaun Pengurus Strategi kurang daripada 100%, Akaun Pelaburan itu tidak akan diteruskan.

Perkongsian Untung

Perkongsian Untung strategi mewakili peratusan keuntungan yang akan dihadiahkan kepada Pengurus untuk prestasi positifnya. Ia akan dibayar 30 hari dari hari deposit awalan dan sekiranya pengeluaran atau penutupan Akaun Manager, peraturan aras air lebih tinggi akan dikenakan. Contoh: Jika Pelabur mendepositkan sejumlah $10,000 dan selepas 30 hari Pengurus telah memulangkan keuntungan 50%, ekuiti baru pelabur akan menjadi $14,000 dengan menganggap Perkongsian Untung Pengurus bersamaan dengan 20% keuntungan. Pengurus akan menerima $1,000 ke dalam dompetnya (20% daripada $5,000). Sekiranya akaun Pengurus mengalami kerugian di dalam bulan pertama dan ekuiti Pelabur mencecah $9,000, Pengurus tidak akan menerima pampasan. Jika bulan kedua menunjukkan lebih baik bagi Pengurus dan akaun menunjukkan keuntungan dan ekuiti Pelabur meningkat ke $11,000 (+$2,000), Pelabur perlu membayar 20% keuntungan yang berjumlah $1,000 disebabkan ini adalah keuntungan sebenar bagi Pelabur.

Tahap Pelindungan

Ini adalah had yang ditetapkan oleh Pelabur kepada pelaburannya. Jika modal mencapai tahap ini jadi semua kedudukan akan ditutup atau dia akan menerima pemberitahuan untuk berbuat demikian mengikut keutamaan.

Selang bayaran

Tempoh bulanan berulang yang bermula pada hari deposit awal Pelabur dan disimpulkan selepas tempoh 30 hari. Apabila telah mencapai tempoh bayaran, Perkongsian Untung Pengurus dibayar kepada Pengurus secara automatik jika akaun Pelabur menguntungkan berbanding tempoh terdahulu.

Tarikh bayaran

Tarikh di mana Selang Bayaran telah dicapai dan bayaran Pengurus telah dibayar ke akaunnya.

Mod keselamatan

Mod Keselamatan menjadi alatan berguna kepada Pelabur untuk melindungi dana mereka. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan Mod Keselamatan kami juga terdapat kelemahannya, di mana ia akan mengehadkan keuntungan dan juga kerugian. Dengan membolehkan Mod Keselamatan, Pelabur mengurangkan pelaburannya kira – kira sebanyak separuh. Contoh: Pelabur mendepositkan $10,000 dan strategi mengalami kerugian sebanyak 20%. Tanpa menggunakan Mod Keselamatan, pelabur berhadapan dengan kerugian $2,000 (20% daripada $10,000). Dengan Mod Keselamatan, kerugian akan menjadi $1,000 (0.55 * $2,000). Dengan membolehkan Mod Keselamatan walau bagaimanapun, juga akan mengurangkan kadar keuntungan.

Pekali Pelaburan

Pekali Pelaburan anda menunjukkan jumlah aktiviti perdagangan dalam akaun anda berbanding dengan akaun Pengurus. Apabila Mod Keselamatan diaktifkan, pekali dalam Akaun Pelaburan anda tidak boleh melebihi factor 0.5 dan oleh itu anda akan mengambil kira-kira separuh daripada aktiviti perdagangan berbanding akaun Pengurus dan seterusnya separuh daripada risiko dan keuntungan. Apabila Mod Keselamatan dilumpuhkan, pekali dalam Akaun Pelaburan anda tidak boleh melebihi factor 1 dan anda akan mendapat risiko dan peluang yang sama seperti Pengurus Strategi. Sila ambil perhatian semua nilai adalah bergantung kepada situasi semasa, faktor Pekali Pelaburan anda boleh menjadi kurang daripada yang anda telah pilih. Contoh: Pengurus Strategi Pelaburan anda membeli atau menjual jumlah N suatu instrumen. Akaun anda akan mencerminkan arahan ini dengan “Pekali * N”

Kedudukan

Kedudukan Pengurus Strategi dikira berdasarkan pulangan keseluruhannya ditolakPerkongsian Untung Pengurus Strategi, dengan mengambil kira perkara berikut:

Tahap Risiko. Sekiranya dua Pengurus Strategi mempunyai pulangan yang sama, Pengurus Strategi dengan risiko yang lebih rendah akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi.

Peratusan surutan. Lebih rendah Turutan, maka lebih tinggi kedudukan.

Hari Dibuka. Lebih banyak Hari Didagangkan, maka lebih tinggi kedudukan.

Pulangan Bulanan. Aktiviti sepanjang 30 hari yang lalu mempunyai pengaruh yang lebih rendah berbanding hari/bulan yang sebelumnya.

Popularity

Bagaimana terkenalnya Pengurus. Ini ditentukan oleh bilangan pelabur dan jumlah dana semasa yang dilaburkan ke dalam akaunnya.

Keagresifan

Menandakan tahap risiko yang dikaitkan dengan setiap Akaun Pengurus, dengan paling rendah adalah “konservatif” dan paling tinggi adalah “agresif”.

Turun Naik

Purata semua pulangan harian, positif dan negatif, untuk tempoh masa tertentu. Semakin rendah kemeruapan, semakin konservatif strategi Pengurus tersebut.

Purata Kemenangan Harian

Menganggarkan purata peratusan keuntungan untuk jumlah hari menang bagi Akaun Pengurus.

Purata Kerugian Harian

Menganggarkan purata peratusan kerugian untuk jumlah hari bagi Akaun Pengurus.

Purata Harian

Menganggarkan purata peratusan keuntungan/kerugian Akaun Pengurus.

Nisbah Sharpe

Anggaran yang baik bagi prestasi dagangan Pengurus mengikut risiko yang diambil. Akaun Pengurus dengan nisbah Sharpe lebih tinggi menikmati prestasi lebih baik dengan pendedahan risiko yang lebih kurang.

Faktor Pemulihan

Menggambarkan keberkesanan strategi Pengurus selepas Surutan Maksimum berlaku. Jika Faktor Pemulihan adalah negatif, ia bermakna strategi Pengurus belum pulih dari Surutan Maksimum.

Susutan Maksimum

Peratusan kerugian maksimum satu portfolio disebabkan melabur pada Pengurus. Ia dikira dengan perbezaan di antara nilai puncak dan jurang strategi bagi tempoh masa tertentu.

Scroll Top