Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Dasar Privasi

Data Peribadi anda Dilindungi

Polisi Penggunaan Maklumat

Sekatan berikut perlu dipertimbangkan secara teliti apabila menggunakan maklumat atau sumber dari laman web ForexTime (FXTM):

Dasar Privasi

  1. Laman web ini dan kandungannya tertakluk kepada hak cipta boleh digunakan dan undang-undang harta intelek.
  2. Anda tidak boleh menggunakan laman web ini atau mengubah teks original tanpa kebenaran daripada dari FT Global Limited. Jika anda ingin meminta kebenaran, sila hubungi kami.
  3. Anda tidak boleh menggunakan bahan daripada laman web ini atau mengubah teks asal tanpa kebenaran daripada FT Global Limited. Jika anda mahu meminta kebenaran, sila hubungi kami.
  4. Menyalin maklumat dari laman web ForexTime (FXTM) dan menyiarkannya di mana-mana di internet hanya dibenarkan jika anda menandakan sumber maklumat pada header dan meletakkan pautan di mana anda menjumpai maklumat ini.
    1. Komitmen
    2. Pengumpulan Data
    3. Penggunaan Data Peribadi
    4. Kuki
    5. Keselamatan & Perlindungan
    6. Persetujuan Anda
    7. Hak Anda
    8. Pertanyaan

      1. Komitmen

      Privasi pelawat laman web dan pelanggan, sedia ada atau terdahulu, adalah sangat penting kepada kami. ForexTime (FXTM) komited untuk melindungi sebarang maklumat yang kami kumpul, guna, dan simpan mengenai anda.

      2. Pengumpulan Data

      Apabila anda mendaftar sama ada akaun demo atau langsung dengan ForexTime (FXTM), adalah perlu untuk kami mengumpul sedikit data peribadi daripada anda untuk tujuan perniagaan. Dengan memahami keperluan kewangan anda, kami boleh memperlakukan anda dengan adil sebagai pelanggan; kami boleh menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian, memberikan anda maklumat strategi pelaburan yang bersesuaian, memproses permintaan dan transaksi anda dan menawarkan anda perkhidmatan jualan dan pasca jualan.

      Kami memerlukan Data Peribadi berikut daripada anda:

      • Maklumat peribadi dan kewangan diperlukan semasa permohonan/borang pendaftaran atas talian
      • Dokumen diperlukan sebagai bukti identiti dan residensi anda seperti Pasport Antarabangsa, ID kebangsaan, bil utiliti atau penyata bank

      Sila ambil perhatian bahawa jika dan apabila anda memilih untuk mengakhiri hubungan kerja anda dengan ForexTime (FXTM), kami harus menyimpan Data Peribadi anda di dalam rekod untuk lima tahun akan datang.

      3. Penggunaan Data Peribadi

      Senarai berikut menggambarkan sebab mengapa ForexTime (FXTM) mungkin perlu menggunakan Data Peribadi anda:

      • Untuk mengesahkan identiti anda
      • Untuk memastikan anda memenuhi syarat kesesuaian diperlukan untuk menggunakan produk dan perkhidmatan kami
      • Untuk menguruskan akaun yang anda miliki dengan kami
      • Untuk memproses transaksi anda
      • Untuk menghantar maklumat kepada anda tentang perkhidmatan transaksi/pasca transaksi
      • Untuk memaklumkan anda dengan berita tentang produk kami, perkhidmatan dan sebarang maklumat lain yang relevan dengan hubungan kerja anda dengan ForexTime (FXTM)
      • Untuk tujuan peningkatan laman web
      • Untuk menganalisis data statistik yang akan membantu kami menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang

      4. Kuki

      Kuki adalah bit data yang kecil disimpan dalam pelayar web apabila anda melayari laman web untuk kali pertama. Jika anda melayari kembali laman web tersebut pada masa akan datang, storan kuki dalam pelayar anda membenarkan laman web untuk mengingati bagaimana anda melayarnya untuk kali pertama. Contohnya, ia boleh mengingati nama pengguna dan kata laluan anda. Kuki digunakan dalam laman web ini untuk menawarkan pengguna kami pengalaman melayari dengan lebih tersuai.

      Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi Kuki kami anda boleh melumpuhkan Kuki dan masih boleh mengakses laman web kami seperti biasa.

      5. Keselamatan & Perlindungan

      ForexTime (FXTM) adalah komited terhadap keselamatan Data Peribadi anda dengan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan teknologi keselamatan yang paling terkini.

      Apabila anda mengakses laman web ini, anda memberikan persetujuan kepada ForexTime (FXTM) untuk menyimpan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda sejajar dengan dasar privasi ini.

      7. Hak Anda

      Sejajar dengan Akta Perlindungan Data, setiap pengguna diberikan beberapa hak berkaitan Data Peribadi mereka. Hak ini termaksud mengakses dan/atau mengubah Data Peribadi anda, memberhentikan pemprosesan data ini dan mencegah pemasaran tidak diingini. ForexTime (FXTM) akan memastikan bahawa data peribadi anda selaras dengan Undang-Undang dan Peraturan bersesuaian untuk perlindungan Data Peribadi.

      8. Pertanyaan

      Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak dihuraikan di dalam Dasar Privasi ini, atau sebarang kebimbangan lanjut berkaitan penggunaan Data Peribadi, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami melalui emel di support@fxtm.com atau telefon di +44 203 734 10 25.

Scroll Top