Matawang | BTC, ETH, LTC, DASH |
Yuran / Komisen | Tiada Komisen |
Masa Pemprosesan | 24 jam |
Cara Membuat Deposit ke Akaun FXTM Anda
- Lengkapkan borang Deposit Dana di MyFXTM dan sahkan bayaran.
- Kemudian anda akan dihalakan semula ke halaman pembayaran. Satu invois akan dijana yang menunjukkan kod QR.
- Imbas kod QR dan lengkapkan pembayaran daripada aplikasi dompet Mata Wang Kripto peribadi anda.
- Apabila anda berada dalam dompet Mata Wang Kripto anda, sila sahkan bayaran tersebut.
- Selepas bayaran disahkan, sila tunggu di halaman itu selama 5 hingga 10 saat berikutnya. Anda mesti melihat status transaksi.
- Sekarang anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di tepi, klik pada "Wang Saya". Dari menu ke bawah, klik pada "Sejarah Transaksi". Anda boleh menjejak semua deposit dan pengeluaran yang masih menunggu untuk diselesaikan.
- Apabila status deposit anda ditunjukkan sebagai "Sedang diproses" dalam bahagian ini, itu bermakna permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Biasanya status akan berubah kepada "Dana telah didepositkan ke akaun anda" dalam masa 1-2 jam.
Maklumat Penting
Apabila anda membuat deposit anda, sila pastikan anda mengingati perkara berikut:
- Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim mesti sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
- Semua transaksi yang dihantar dalam mata wang berbeza daripada mata wang akaun anda akan ditukarkan secara automatik mengikut kadar pertukaran FXTM.
- Jika deposit berjaya dilakukan, ia akan disiarkan pada akaun anda tidak lama kemudian. Mungkin berlaku kelewatan jika FXTM atau penyedia pembayaran tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
- Jika transaksi dilakukan dalam mata wang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk mata wang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan kepada mata wang pilihan anda yang disokong. Sila ambil perhatian bahawa penyedia mungkin mengenakan bayaran pertukaran.
- Jika akaun dagangan dan deposit anda dinyatakan dalam mata wang berbeza, transaksi akan tertakluk pada pertukaran dan bayaran mungkin dikenakan, mengikut jadual Kadar Pertukaran dalam MyFXTM (log masuk diperlukan).
- Kadar pertukaran kami dikemas kini setiap hari.
- Bayaran deposit akan ditolak daripada jumlah yang didepositkan. Sila semak jadual di atas untuk Bayaran/Komisen.
- Sila semak jadual di atas untuk waktu pemprosesan FXTM berkaitan dengan deposit.
- Sila ambil perhatian, terdapat had maksimum sebanyak USD/EUR 25,000 setiap pelanggan, sebulan.
- Pengeluaran Mata Wang Kripto akan dikembalikan ke dompet kripto sama yang digunakan untuk membuat deposit tersebut.
- Sila ingat bahawa jumlah yang boleh dikeluarkan ke alamat Mata Wang Kripto tertentu tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan daripada alamat Mata Wang Kripto yang sama.
- Anda mungkin perlu memberikan petikan skrin daripada dompet Mata Wang Kripto anda kepada kami, dengan transaksi FXTM jelas kelihatan.
- Untuk jumlah pengeluaran (terkumpul atau tunggal) yang melebihi USD/EUR 3,000 sehari, anda mungkin diminta untuk memberikan nama dompet Mata Wang Kripto anda dan FXTM mungkin perlu berkongsi dokumen KYC anda dengan penyedia pembayaran. Prosedur ini mungkin menyebabkan kelewatan selama 1 hari perniagaan tambahan.
- Harap maklum bahawa jika anda memilih tahap dasar Yuran Rangkaian untuk ditetapkan kepada lebih rendah daripada tahap “Normal”, tindakan ini boleh menyebabkan transaksi ditolak oleh rangkaian. Lebih tinggi tahapnya, lebih besar insentif untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rantaian blok.
- Sila pastikan dompet Mata Wang Kripto anda adalah terkini sepanjang masa.
- Semua maklumat berkaitan dompet Mata Wang Kripto dan/atau butiran alamat sentiasa dihantar melalui alamat e-mel FXTM yang rasmi. Kami tidak akan pernah meminta sebarang butiran dompet Mata Wang Kripto persendirian. Jika anda menerima sebarang permintaan yang mencurigakan daripada alamat e-mel yang tidak dikenali atau tidak disahkan, sila hubungi kami di: backoffice@fxtm.com
Matawang | BTC, ETH, LTC, DASH |
Yuran / Komisen | 1% |
Masa Pemprosesan | 24 - 48 hours |
Cara Mengeluarkan Dana daripada akaun MyFXTM
- Dalam MyFXTM, sila pilih tab "Keluarkan dana" yang boleh didapati pada menu di tepi, di bawah “Wang Saya.”
- Tatal ke bawah ke bahagian “E-Dompet” di bahagian bawah halaman dan klik butang “Keluarkan” untuk meminta pengeluaran menggunakan "Kripto".
- Ikut arahan pada borang, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dalam MyFXTM dan sahkan pengeluaran.
- Baca Terma dan Syarat di sebelah kanan halaman. Apabila anda sudah bersedia untuk meneruskan, klik "Sahkan".
- Kemudian anda akan menerima kata laluan pembayaran 4 digit melalui SMS dan di alamat e-mel yang dihubungkan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Junk anda jika anda tidak melihat e-mel ini dalam Peti Masuk anda. Masukkan kata laluan ini dalam medan yang diperlukan di halaman pengesahan pengeluaran dan klik "Serah".
- Itu sahaja! Sekarang anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di tepi, klik pada “Wang Saya”. Dari menu ke bawah, klik pada “Sejarah Transaksi”. Anda boleh menjejak semua deposit dan pengeluaran yang masih menunggu untuk diselesaikan.
- Apabila status pengeluaran anda menunjukkan "Sedang diproses" dalam bahagian ini, itu bermakna permintaan anda telah diterima dan menunggu untuk diselesaikan. Apabila status tersebut berubah kepada "Dana dihantar" (biasanya dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan awal anda), dana tersebut telah dihantar ke dompet Kripto anda.
Maklumat Penting
Apabila membuat pengeluaran, sila pastikan anda mengingati perkara berikut:
- Bayaran kepada pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima mesti sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
- Sekiranya permintaan pengeluaran diserahkan, semua transaksi deposit Mata Wang Kripto akan dikembalikan ke sumber dana itu diperoleh. Pengeluaran Mata Wang Kripto akan dikembalikan ke dompet Mata Wang Kripto sama yang digunakan untuk membuat deposit tersebut.
- Sebarang keuntungan yang terhasil selepas deposit awal anda boleh dikeluarkan mengikut mana-mana Kaedah pembayaran yang disediakan untuk anda.
- Anda perlu memastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka dalam akaun anda.
- Jika akaun dagangan dan permintaan pengeluaran anda dinyatakan dalam mata wang berbeza, transaksi akan tertakluk pada pertukaran dan bayaran mungkin dikenakan, mengikut jadual Kadar Pertukaran dalam MyFXTM (log masuk diperlukan).
- Kadar pertukaran kami dikemas kini setiap hari.
- Bayaran pengeluaran akan ditolak daripada jumlah yang dikeluarkan. Sila semak jadual di atas untuk Bayaran/Komisen.
- Sila semak jadual di atas untuk waktu pemprosesan FXTM berkaitan dengan pengeluaran.
- Sila ambil perhatian, terdapat had maksimum sebanyak USD/EUR 25,000 setiap pelanggan, sebulan.
- Untuk jumlah pengeluaran (terkumpul atau tunggal) yang melebihi USD/EUR 3,000 sehari, anda mungkin diminta untuk memberikan nama dompet Mata Wang Kripto anda dan FXTM mungkin perlu berkongsi dokumen KYC anda dengan penyedia. Prosedur ini mungkin menyebabkan kelewatan 1 hari perniagaan.
- Sila ingat bahawa jumlah yang boleh dikeluarkan ke alamat Mata Wang Kripto tertentu tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan daripada alamat Mata Wang Kripto yang sama.
- Syarikat berhak memproses pengeluaran Mata Wang Kripto pelanggan melalui kaedah pembayaran yang lain, sekiranya berlaku force majeure dan/atau Bencana Alam dan/atau atas sebarang sebab lain yang di luar kawalan Syarikat yang munasabah.
- Harap maklum bahawa jika anda memilih tahap dasar Yuran Rangkaian untuk ditetapkan kepada lebih rendah daripada tahap “Normal”, tindakan ini boleh menyebabkan transaksi ditolak oleh rangkaian. Lebih tinggi tahapnya, lebih besar insentif untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rantaian blok.
- Sila pastikan dompet Mata Wang Kripto anda adalah terkini sepanjang masa.
- Semua maklumat berkaitan dompet Mata Wang Kripto dan/atau butiran alamat sentiasa dihantar melalui alamat e-mel FXTM yang rasmi. Kami tidak akan pernah meminta sebarang butiran dompet Mata Wang Kripto persendirian. Jika anda menerima sebarang permintaan yang mencurigakan daripada alamat e-mel yang tidak dikenali atau tidak disahkan, sila hubungi kami di: backoffice@fxtm.com